LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Test...Assignment...usrah...MPI.....which is AULA??

Posted by momo on 2/20/2009 08:12:00 PTG in





ULAT BUKU KE......


Assalamualaikum buat teman-teman yang memperjuangkan islam..moga kalian dalam redha Allah.

waa..dah beberapa hari aku x post apa-apa...ni semua sebab terlalu busy dengan kerja-kerja akademik..AL-maklumlah semester akhir ni memang amat mencabar..bayangkanlah kami yang selalu mengira sejak dari semester 1 hingga 5 asyik2 subject mengira..Then masuk je final sem , hu3 1 je subject yang mengira..I love calculation, but nak buat macammana dah silibus.kena redha..



memang tidak dinafikan bulan 1 adalah bulan yang mendamaikan sebab kami x dibebani dengan test.assignment pun masa tu kami fikir ..ah lambat lagi submit..semua bulan 3 or 4..sebab tu aku mampu nak buat blog..



TUPAI pun penat



Hujung bulan 2 ..memang minggu ni fakulti aku yang terkenal dengan budak2 skemanya dihidapi minggu test,kuiz ,asignment kecil-kecilan..aku pun ada test yang hanya selang beberapa hari...

memanfaatkan masa dengan membaca buku di bilik tanpa perlu buat gerak kerja-kerja lain pasti mudah...Tapi..dengan beban kerja yang tiap2 hari bertambah pasti melelahkan mental aku..Tapi Alhamdulillah masih boleh terima.Sahabat2 pasti merasa perkara yang sama kan?


Bak kata AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

Kewajipan dan tanggungjawab ita melebihi masa yang ada...



time is running



Its true ..memang betul apa yang beliau katakan..aku dah merasainya..Akademik..Akademik...Akademik...



Azimat yang membuatkan jiwa kita pening..gerak kerja?..esok nak test? program ceramah penawar hati ? then ada usrah sampai malam..esok submit assignment?...mana lebih aula nih???


Ye memang mencabar..tapi kita pasti mampu buat keputusan yang terbaik..


dalam berjemaah ni,aku ada melihat sahabat2 yang tidak mahu menggiatkan diri dalam gerak kerja islam ni sebab Akademik..mungkin jatuh kot ataupun nak maintain yang lama....



Tapi betulkah dengan mengurangkan atau x involve langsung akan buatkan kita terus berjaya dalam akademik dan seterusnya hidup kita yang telah Allah tentukan sejak dari azali lagi..BERANIKAH sahabat2 nak mengatakan ..aku akan lebih dapat pointer yang terbaik ..asalkan xpayah lagi buat gerak kerja baik ni...ISh2 betul ke?

EXAM ORIENTED


Aku ada terdengar seorang ustaz cakap umat islam ni akan makin maju dengan bergantung dan berpegang pada islam..orang kafir pula akan terus maju jika mereka meninggalkan agama mereka...Inilah hakikat kebenaran..



So janganlah kita meninggalkan gerak kerja yang baik ni semata-mata kepentingan kita untuk belajar dan menerima segulung diploma,ijazah,master dan phd..Masa menjadi pelajarlah kita banyak masa dan kewajipan kita tidak banyak..cuba tengok orang2 yang dah bekerja dan berkeluarga ..pastinya mereka ada kewajipan lain yang perlu dibuat..pastilah dakwah akan jadi number yang kebelakang..




Seperti dalam ceramah oleh ust Hasrizal di mana beliau mengatakan nak berdakwah ni anggaplah ianya satu sumbangan kita buat orang lain dan islam..bukan dengan niat nakkan pembalasan yang baik..buat dengan ikhlas ,jangan dengan terpaksa sebab wajib ,ianya pasti menyeksakan..



"BUATLAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG UNTUK ISLAM"


-PENAT TAPI MEMUASKAN-

Article ni aku tujukan khas buat sahabat2 aku yang sama-sama saling menutup kelompangan bahtera kita dengan pada masa sama taat pada nahkoda kapal kita untuk menuju pulau impian..iaitu ISLAM>REDHA ALLAH>SYURGA yg mengalir sungai -sungai..
menongkah arus perdana


ANA tahu kita banyak cabaran dan dugaan sepanjang menjadi pendokong islam tapi ingatlah kita pasti akan ingat kenangan indah ketika bersama-sama dalam kapal pelayaran seperti dilanggar oleh ikan todak, dilambung tsunami,terlanggar glacier , di serang kapal lanun, tidak jumpa pulau perhentian,kehabisan bekalan makanan..kita bergelap ditengah lautan tarbiyyah..tetapi dengan semangat dan ukhuwah yang terjalin diantara kita buatkan segala cabaran sepanjang pelayaran kita ..dapat diharungi..MANISNYA UKHUWAH bila kita menyayangi sahabat kerana ALLAH..



-CABARAN YG PAHIT-


Jika tersalah arah ditegur oleh nahkhoda..yang SI tukang masak ,memasak dengan penuh ketekunan, para kelasi tekun menjalankan kerja-kerja pelayaran.Masing-masig ada perannya..Masalah-masalah segera diselesaikan dengan tabah.semua ini akan menjadi satu kenangan indah dan pahit buat aku sebagai sahabat mereka..




SUBHANALLAH...aku bersyukur ENGKAU menganugerahkan aku sebuah kapal pelayaran yang mampu bertahan ditengah lautan yang bergelora yang didiami oleh panglima-panglima perang dan berintelektual yang setia mendengar arahan NAHKODA KAPAL yang bijak dan lagi berstrategi..
Ingat kita masih di dalam kapal yang sama ..jangan biarkan kapal lanun menyerang kita..kita pasti menang dengan berkat pertolongan ALLAH...


-gambar hiasan dunia-

Oklah ye ni je yang aku mampu kongsi setakat ini sahaja..esok ada test..nasib baik dah baca sedikit..ingat jangan jadikan akademik sebagai alasan untuk berjuang...Perkukuhkan dan perindahkanlah kapal kita dengan iman dan Taqwa.Wallahualam


Salam Imtihan ...Moga dipermudahkan

-SUMEREI-

















0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.