LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Kelebihan orang berilmu.

Posted by momo on 4/17/2009 10:46:00 PG in
cukupkah diri ini dengan ilmu..nak exam ni..dah cukup study ke..

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Daripada Abu Umamah r.a. berkata, telah disebut di sisi Rasulullah s.a.w. dua orang lelaki. Pertama orang yang ‘abid (ahli ibadah) dan kedua orang yang ‘alim (orang yang berilmu). Maka

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelebihan orang yang ‘alim atas orang yang ‘abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu”.

Dan dalam riwayat lain disebutkan: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malikat-Nya serta penghuni langit dan bumi sehingga semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yang ada di laut semuanya memohon kebaikan bagi orang yang mengajar manusia akan kebaikan”.


nasihat si sumerei..

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Jelas sekali kelebihan orang yang ‘alim berbanding dengan ‘abid. Namun harus difahami bahawa orang yang ‘alim dan mendapat kelebihan ini adalah yang beramal dengan ilmunya. Sebagai ‘abid / ahli ibadah yang rajin melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. mestilah menyertakan ilmu dalam setiap ibadahnya.

Sekiranya beribadah tanpa ilmu maka ia tidak bermakna dan bernilai di sisi Allah S.W.T. Bagaimana boleh seorang yang bersolat tetapi tanpa ilmu mengenai solat, sudah pasti solatnya hanya sekadar ikut-ikutan (taklid). Tidak memberikan kesan baik akibat daripada perlaksanaan solat yang dilakukan tanpa ilmu secukupnya. Begitulah juga amalan-amalan lain.

Orang yang ‘alim juga dikenali dan dicintai oleh semua lapisan makhluk sehinggakan para malaikat dan seluruh penghuni tujuh lapis langit dan segenap penduduk bumi, manusia, jin, binatang yang melata di bumi mendoakan agar orang ‘alim tadi sentiasa mendapat kebaikan di dalam segenap kelakuannya. Tidak ada makhluk lain yang semulia ini.

Hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebutkan bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. kebaikan, Allah menjadikannya faham dalam hal-hal keagamaan”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jadilah kita orang yang mencintai ilmu dan mempelajarinya sehingga kita menjadi manusia yang berilmu/orang yang ‘alim dan beramal dengan ilmunya. Inilah pembinaan modal insan yang paling asas dan bernilai sampai bila-bila yang mampu menjana kecemerlangan ummah secara berterusan.

Semoga kita tak merasa bosan dan penat dalam menuntut ilmu..lebih - lebih lagi nak baca buku untuk exam..salam imtihan buat sahabat aku..syamsidar, salbiah, syuhada, faraha,kak hurul ain, ros, rosma, adik2 usrah aku..dah sahabat2 lain..moga diberikan sakinah menghadapi exam nanti..

note*jangan lupa baca slip exam, kalkulator dan matrix card*

0

MALAM PRA GRADUAN ..

Posted by momo on 4/11/2009 10:09:00 PTG in



Selepas pulang dari klinik dalam pukul 4.00 petang aku sempat lagi ber YM dengan kawan aku..Sebenarnya aku lupa pula hari ini ada Majlis Malam Pra Graduan kat Hotel Syuen , Ipoh.Sampailah time jiran depan bilik bertanyakan hal nak pinjam iron..


Dijah boleh pinjam iron tak..boleh je..Tapi syam punya..Syam pula cakap.saya punya iron tu bahaya sikit..kalau berani guna jelah..dia pun dah byk kali terkena renjatan yg kecil..wiyernya pun dah berseletip byk kali dah..takpalah jah..aku pinjam kat orang lain..hu3..sian..opss aku pun tak iron tudung and jubah untuk pergi MPG tu..


Tup2 dah azan..urm.. naik bus kol 5 tau kat depan fspu..aku dengan pantasnya ambil wuduk dulu..solat ..then cubalah iron..wa.. tak mandi lagi..last2 nampak Fatimah..adik2 tolong akak…ironkan tudung..ok2..dialah yang gosokkan tudung..terukkan aku..menyusahkan sahabat..
Then semua siap..aku pergilah kat bilik Hani..jap lagi kak ain datang ..kita gerak sama..



Akhirnya kami pun sampailah di tempat pelajar berkumpul untuk naik bus..Sedikit cerita tentang sahabat saya yang bernama siti rohani..Dia seorang pelajar tabah yang tidak mampu berjalan..means OKU..Kegembiraan dia adalah kebahagian saya..memang sukar menjadi seorang oku..melihat dia yang macam tu buatkan aku rasa bersyukur dengan nikmat pancaindera yang Allah kurniakan..Ya….


MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN.?.


memag payah nak naikkan hani kedalam bas..kesian dia..dia sebenarnya boleh berjalan sikit2 tapi tak kuatlah..kak ain lah yang banyak membantu..sebenarnya kaka in tak nak pergi, tapi mengingatkan keadaan hani..dia banyak berkorban..dia pun pergi..


Then after naik..lebih kurang 1 jam kami pun sampai depan hotel yang tepi jalan tu..Time tu hujan lebat tau..kami terfikir..alamak hotel tu pintu masuknya ada byk tangga..aku terfikir sebab dah pernah pergi program kat situ semester lepas.Hani macam mana pula ni..hujan lebat pula tu..then sampai2 je..aku terus turun..nak betulkan kerusi roda dia..turunlah e-roomate aku, fiza payungkan aku..tapi basah juga..nasib baik pemandu bas tolong..ambilkan wheel chair dari tempat letak barang..hu3..memang susah..tapi kami usahakan juga..nasib baik penjaga pintu hotel kata kami masuk ikut lif kat basement 2..oh terus tolak hani ikut laluan parking kereta..


Time tolak hani tu..kami pun bercerita hal tadi..lawaklah ada ke bagi paying yang bukak..then rosak..rupa-rupanya pemandu bas punya..oh patutlah dia gelak..saya ni kak dah bingung nak turunkan hani macammana..ada ke letak kerusi roda tu jauh2..last2 patah balik..
Akhirnya kami sampai ke kaunter pendaftaran..


Boleh kami request duduk bertiga sama2 ..yelah nanti sapa nak jaga dia..ok ..akhirnya dapat no meja 41..Alhamdulillah..kami duduk semeja dengan bebudak fakulti hani iaitu pengurusan pejabat(OM)..Lepas mendaftar kami pun pergi ke tingkat 4 untuk cop tempat untuk solat manghrib..


Paling sukar kan hotel ni tak ada sediakan ruang solat yang sempurna dengan tempat wuduk di dalamnya…dahlah kecik..masuk2 nak termuntah tgk penuh dgn budak2 uitm yang dah sampai dulu..mcm2 bau minyak wangi..


Then hani request nak ke toilet..cek2 takde OKU toilet kat situ..adus hani ada tandas duduk je..takpelah..dahlah nak masuk ke toilet tu sempit..bengang aku..si empunya badan rilek je..tengoklah Allah dah jadikan sesuatu ada hikmahnya..letakkan ujian yang berat buat hani sesuai dengan kesabarannya.. Allah takkan membebani hambanya dengan beban yang tak mampu dipikulnya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul…



Lama gak lah nak setting untuk betul2 bejaya masuk ke toilet..aku kena pegang pintu tanda sebab dia nak kunci dari dalam agak jauh..kalaulah kami takde mesti lagi sukar hani..Akhirnya siaplah..aku pun dah amik wuduk kat dlm toilet…Then masuk ke bilik solat…After maghrib aku jumpalah dengan kawan2 sekelas..haritu aku demam , jadi petang terakhir kelas tak jumpalah dengan mereka..diorang pun tegur..kathy datang..dah elok demam..Alhamdulillah..




Paling memeranjatkan aku terjumpa seorang rakan yang aku kenal dengan sifat sefikrahnya..sedih gak .lainlah..manakah pegangan kamu asalnya tu.hu3…kenapakah situasi dinner merubah peganganmu..aku terfikir..ada juga jumpa kawan2 yang macam tu lagi…mulalah aku nak demam balik mengingatkan benda ni ..Sedihnya..


YA ALLAH YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI MANUSIA..THABATKANLAH AKU DAN SAHABAT SEPERJUANGAN DLM JALANMU INI..AMIN..

Then kami pun masuklah ke dewan tu..wah indahnya dewan tu dihiasi dengan lampu2..kami punya meja tak penuh..Cuma ada 6 drp 10 orang ..byklah makanan …hu3..tu yang best tu..Then startlah ucapan dari wakil DUN manjoi,asalnya vip yang dijemput…MB..ZAMBRY…NASIB BAIK TAK DATANG…hantar wakil je…hu3…
Paling geram malam tu dijemputnya artis kumpulan yg nyanyi kat “nasi lemak kopi o”..dah macam kelab dangdut pula..aku punya meja dah lah sebelah speaker..macam nak meletup hati aku..kuat sangat bunyinya..paling menyampah dan nak buatkan aku menangis..pelajar gembira bila penyanyi yang pakai baju tak cukup kain tu turun and pergi meja-ke meja untuk mintak pelajar menyanyi dengan dia..bila ada yang respon..yang lain turut gelak..hish geram2……


Lepas tu pula..ada ke dia ajak pelajar2 yang akan grade sem ni untuk naik ke pentas untuk menjadi penari-penari..lebih memalukan siswi pun turut serta..berjoget..dah macam disko pun ada…hu3..memalukan.


.PENGARAH KAMPUS PUN ADA GAK NAK MENYANYI..BAGUSKAN KAMI PUNYA PENGARAH..WELL ROUNDED PERSON..


INIKAH PRODUK UITM TERBILANG….MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA…KETUANAN MELAYU.

.sepanjang 3 semester aku pergi malam pra graduan ni..inilah semester paling teruk..dahlah semester yang aku patut diraikan.before ni aku dijemput sebagai MPP..siap adalah nasyid juga..sem ni HARAMMMM…


.YA ALLAH KALAULAH DITURUNKAN BENCANA PADA MALAM TU..MESTI AKU PUN TERGOLONG DALAM ORANG YANG DIBINASAKAN TU..


kejap2 aku keluar untuk hilangkan kegeraman…rasa nak balik pula..tapi nak buat macammana naik bus..pak guard penuh kat depan tu.terjumpa ustazah..kasihan dia..rupa-rupanya dia pun duduk luar sebab tak tahan..pergi toilet..aku pun jumpa kawan2 sekelas..bergambar lah kami…hu3..
Nak buat macammana karaoke adalah kegemaran dan hiburan buat pengarah kampus kami…saya tahu suasana akan suram..tapi perlu ke pertaruhkan keimanan kerana HIBURAN…ALAHAI produk uitm…ditarbiyah menggunakan acuan barat…sedangkan tema …


SANGKAR HAYAT>>pakaian..TRADISIONAL…
ALHAMDULILLAH..dah abis..jom kak keluar sekarang.kami pun tolak hani keluar..susah gak nk keluar..jalan dihalangi oleh kerusi2..Kami pun bergambar..jumpa lecturer n bergambar sekali..hu3



Jom turun..kat loby pun cantik..memang cantik..bergambar lagi..gila gambar..selepas tu ..bus dah sampai..ramai dah turun..jom kak naik lif ke laluan yang kita naik tadi.ok2..boleh tak dalam lif pun bergambar..hu3..then kami turun ke B1, eh kak bukan jalan ni kak..silap..turun ke B3 pula..eh bukan lagi..Ya Allah sesat pula kami..dahlah sunyi..akhirnya yang betul adalah B2..hu3..kami pun naik bas.



Cat kamera kat kamu kan..urm ..alamak tak delah kak..saya rasa ada kat dlm wheel chair hani..Ya Allah kamu ni biar betul..hu3..aku ni buat hal pula..takde rasa tanggungjawab langsung ..kamera akak ain tu..aku marahkan diri…macam mana ni..Ya Allah ujian apa pula ni..aku risau, walaupun tak tunjukkan..bus dah berjalan..selama hampir 45 minit aku menderita pemikiran..mana aku letak kamera tu..kesian kak ain tak tunjukkan marah pun..aku pula serba salah.sampai2 je,akulah orang yang first keluar..nak amik kerusi roda hani..harap2 ada..then …


.Alhamdulillah ada…terus aku sorokkan dan cakap kat kak ain..takdelah kak..Takpelah cat..He3..ada….Alhamdulillah…



SYukur YA Allah ..jumpa pun..dah lah nak exam ni…risau aku,kalau hilangkan barang orang..memang sukar nak hadapi muka orang tu…Tapi aku belajar something dari kak ain..memang dia ni penuh dengan kesabaran,kalau aku mesti dah menangis, takut, geram..membebel, dah warning suruh ganti balik…tapi kak ain tak marah pun..dia diam je…Akhlaknya buatkan saya lebih sayangkan dia…



Dpt mesej reply dari dia…Akak ni tak de pun marah kat cat , akak fikir kamera tu boleh dibeli, tapi gambar2 kenangan sem akhir kita tu nak diganti dengan apa..tu yang buat akak terkilan..

Aku balas…”Allah menguji persahabatan kita kak.”.


sekejap je hilang untuk uji siapa sebenarnya kita…Syukur….terasa makin mantap ukhuwah…Buat hani , maybe ini sahaja yang mampu saya buat untuk memberi kebahagiaan buat kamu..moga sukses ..jangan rasa merendah diri dengan keadaan kamu..saya, sahabat2 lain n pembaca blog ada untuk support kamu…MAY ALLAH BLESS US..amin..


Sumerei.

0

MY FATHER WISHES AND PRAYER

Posted by momo on 4/11/2009 10:43:00 PG in
my father


Tajuk ni aku memang tujukan buat abah ku Ismail bin Pilus yang tercinta..Abah seorang b ekas perajurit askar yang langsung tak garang pada anak2nya..ada kawan2 saya kata..weh anak askar eh..mesti bapak kau garang..Ish mana ada , Cuma bertegas yang bertempat je..aku pernah je di rotan sampai berbirat2 badan sebab nakal sangat..hu3 kenangan silam di zaman jahiliah aku..dulu aku tak macam sekarang, main dengan budak2 lelaki je tahu, tu yang ayah aku risau pada anak perempuannya..tu masa kanak2 tau….



Kenapa tetiba nak bercerita tentang abah ye..urm..mungkin sebab baru2 ni abah call aku suruh tengok biasiswa Honda.. Abah ni amat ambil berat tentang pelajaran anak2 nya..Entahlah aku rasa macam tu sebab setiap kali ada biasiswa baru yang keluar dlm akhbar dia akan inform kat aku, walaupun tahu biasiswa tu aku x layak dapat..Sebenarnya aku memang suka, tapi kadang2 aku rasa terharu, sebab takut menghampakan abah..nak mintak biasiswa further degree bukan mudah.. pointer mestilah atas 3.5 barulah senang, tapi aku sekarang 3.43..mampukah aku untuk fight for last strive final exam sem ni, untuk dapatkan above 3.5 cgpa…




Ni yang buatkan aku rasa sedih, mampukah aku untuk tak melukakan hati abah..Setiap kali dapat A dlm test aku akan inform abah, untuk dia rasa anaknya ini ada dpt A dlm pelajaran..Sebenarnya dia tak kisah pun kalau aku result jatuh , Cuma dia akan cakap.. tulah busy2 sangat..hu3..sory abah..



Sem – sem sebelum ni kalau aku dah x dpt dekan . aku mesti lambat bagitahu abah..First of all akan sampaikan pada kakak2 aku dulu..kalau bagus baru abah be the first..he3 macam budak2 kan..gagal je, sorok result kat mana2 ntah..




Aku kalau call abah dalam 4 kali seminggu or lebih..kenapa asyik call abah..yelah sebab abah je ada phone..mak x de..setiap call abah yang jawab.kadang2 mak ada juga angkat..time abah kat toilet, kat surau,tgh solat ke, tgh antar gas ke..aku ni memang rapat dengan abah..



Soalan yang biasa aku Tanya…assalamualaikum..tgh watpe?mak abah sihat..tak pergi mana2 ke?Then aku akan cerita pula ..kejayaan, kesedihan, kestressan, sekarang katne..bagitahu pergi program kat mana..aku akan bagitahu je..except kerja2 sir..hu3..Tapi last sekali aku akan cakap, urm abah harini….esok…lusa..date… time tu ada test, submit assignment..quiz, exam besar..
Abah akan cakap…



InsyaAllah abah doakan.. abah ni dah tak payah kerja dah , duduk je kat surau tu..doa je banyak2 untuk anak2 abah…usaha kena juga tau..


ABAH DOA JELAH UNTUK KORANG....


Setiap kali abah cakap macam tu aku mesti tergelak..bukan kat aku je..kat kakak2 aku yang lain..*aku anak perempuan terakhir dlm family*abah ni selalu macam tu..hu3..dia seorang yang peramah..byk cakap.Ayah aku pencen askar masa aku umor 2 tahun..tu yang tak merasa ayah seorang askar tu, along , angah and kak lang je yang sempat merasa kehidupan sebagai seorang anak askar..yang lain tu ingat – tak ingat je sebab masih kecil lagi..




Abah ni suka bercerita..lebih2 lagi cerita askarnya dulu..adalah cerita2 seram masa dulu..operasi kat dalam hutan..That why sekarang ni abah selalu melarang anaknya ikut aktiviti kat dalam hutan, air terjun ke..kalau nak ajak berpiknik, abah selau bawak kami pergi tepi pantai..Port Dickson tu aku dah bosan tengok..padahal kami selalu ajak abah ..jomlah abah kita ke air terjun sg gabai ke..hutan lipur ke..Abah tak suka kita pergi sana..dulu memang marah..aku hanya dpt mandi air terjun bila ikut program je..tapi bagitahu abah dia kata hati2 jelah..



Mungkin itu je kot sedikit penceritaan buat ayah ku..sebab aku teringat kat dia..Abah jangan lupa doakan kak cik ye..ni dah dekat exam ni….Ayat biasa..Dah doa dah… he3..Abah nak kau jadi orang yang Berjaya..jgn jadi macam abah..sekolah sampai darjah 6 je..InsyaAllah abah..siti akan buat yang terbaik..aku ni nak menaikkan semangat aku yang dah hilang..setiap kali aku down..aku call dialah yang tiupkan semangat buat aku selain mak ..bukan untuk exam je..apa2 pun..


mak and abah yang mencorakkan kami

Oklah abah siti habiskan cerita abah kat sini..he3..mudah-mudahan abah sentiasa dinaungi rahmat ALLAH..aminn…

4

SABARLAH WAHAI DIRI...

Posted by momo on 4/04/2009 07:37:00 PTG in





Syam handphone ana rosak.esok kita pergi betulkan kat taman maju ye..
esoknya pagi..
jom pergi nak tak! petang boleh tak, ada kerja nak buat..oklah petang ye urm boleh lah kita makan roti canai sekali.
nanti ana tanya sesiapa yang ada motor nak pinjam ..boleh pergi banyak destinasi..kalau naik bus uitm tempat2 tertentu je yang boleh turun.

calling ... Salam Razak boleh pinjam motor x? nak pergi kedai nak betulkan handset..
aku ok je..bila..petang ni..lepas asar..
Nak amik kat mana..kat Blok bidara ye.. ok...
tapi kan cat brek x makan tau..yelah yang bawak pun syam , diakan power bwk motor weng2.

Plan yang dah dikira baik...Aku ni tengah agak tension je hari ni..Dengan nak Final exam...tu x pa lagi ada gap 10 hari..
Tapi aku start lah pagi tadi dengan membaca subject Investment(maf 380).Testnya isnin ni...Tapi sikit je..suku chapter pun x abis...hu3..camne ni..nak baca tapi kenapa macam x masuk je..waaaa..

Then aku pun buatlah web...kena present rabu depan..Dah lah x de group , wat sorang2 ..memang mantap aku kena siapkan..romate aku relax je keje web x yah busy2.aku ni semua kena buat.jelous gak, tapi x pe ni tarbiyyah..Insya Allah time present nanti aku akan buat yang terbaik.. KERJA MEMANG X PERNAH SELESAI..esok ada grouping..moga2 aku sempatlah baca maf n siapkan website..


berbalik pada plan nak pergi ..Azan asar dah berkumandang..kami pun bersiap2, aku pun start telepon razak guna phone roomate ..eh apsal x jawab2 ni..hu2.banyak kali tak jawab..
camne ni syam..nak pinjam moto kat budak lain,malu...dah janji nak pinjam moto dia...
WHY...WHY...WHY..

aku pun macam marah lah juga..duk lah mengadap blog , web, buku..rasa seronok pula baca blog orang..tgk pula blog sahabat yang baru best pula..duk jordan ada , uia ada, um, ..mcm2 lah..dah kawin,single, mcm2 kos,main salji ada..he3..rasa hilang sikit amarah ni...

nak tahu,aku pun sabarlah kalau2 dia akan call balik..tapi xde apa2 feedback..waa dia ni pergi mana..Last2 sampai kol 6.15 aku tunggu, tiba2 hujan pulaaaa...waaa..aku macam nak menangis dah..hujan pula, Ya Allah sabar jelah..tunggu punya tunggu x berhenti2 sampailah kol 7 mlm..masih renyai2..hu2..dahlah tu..
Syam jom pergi dining beli nasi..lapar pula..ok .

Akhirnya beli nasi kat dm dengan menngunakan kupon fatimah,dia suruh belikan makanan n belanja terus aku..
senyumlah diri walaupun pahit...
Nak tahu kenapa sedih sangat, aku dah plan nak baiki phone , nak berjalan dengan roomate naik motor, nak ke kedai mamak untuk makan roti canai yang xde langsung kat uitm perak ni..so kami ni suka bebenar roti canai tu,,hu2 dah plan nak makan sama2 kat luar..then aku nak tapau mee goreng mamak..kat sini mana ada..bukan sebab aku suka masakan mamak..tapi jarang ada , n lapar dia akan jad sodap..plan pula nak beli stationary aku yang dah abis..syampooo..mcm2 lagi..

TAPI macam mana nak buat , Allah tak izinkan..InsyaAllah esok pula nak cuba pergi kedai ..harini aku x study langsung.adik usrah aku pula sangup pinjamkan enset lama dia untuk aku guna for temporary..tengkiu dik..moga saya dan sahabat2 yg baca diberikan kesabaran yang tinggi..aku tengah meluahkan perasaan di blog ni..hu2, lega sikit..

baru je lepas makan, dah dapat henset adik usrah, so malam ni meeting, x pe kot masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk gerak kerja islam juga..

sebenarnya malu gak nak citer aku stress sebab benda yang kecik, tapi aku tetap manusia..masih lemah ..dambakan kasih tuhanku...moga2 sahabat2 juga begitu..



now , AKU DAH NAMPAK HIKMATNYA X DAPAT PERGI KE BANDAR U,SEBAB KALAU AKU PERGI MESTI BASAH KUYUP ATAUPUN PERKARA YANG LEBIH BURUK DAH BERLAKU..SIAN ROMATE AKU,DIA DAH BANYAK BERKORBAN UNTUK AKU..TQ SO MUCH SYAM..ALLAH SAJALAH YANG AKAN MEMBALAS JASAMU..







sem akhir ni memang kena pandai urus masaaaa.....wallahualam..jangan gelak ye saya tulis nthah apa2 ni..LEGANYA HATI INI..

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.