LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

SIBUKKANLAH DIRI UNTUK MENUNTUT ILMU

Posted by momo on 2/26/2009 07:30:00 PTG in


pada 25 hb kat pusat islam telah diadakan penutupan minggu penghayatan islam dan juga forum bicara siswa oleh kaunselor utp dan seorang ustaz dari maahad tahfiz ...x ingat pulak..



TAJUK: KEMUNCAK AKHIR ZAMAN


bersesuaian dengan tajuknya banyaklah input yang kami dapat di forum itu..Memang diakui aku datang agak lewat iaitu dalam jam 9.40 ..forum stat 9.00 pm..itupun aku tergerak hati call Salbiah..Ni semua gara-gara aku terlalu sibukkan diri nak study untuk preparation test Audit..well thank you salbiah.kalau kamu x ajak aku mungkin x de mendengar sekali majlis yang penuh manfaat..Alhamdulillah.


Agak ramai yang datang..ke pusat islam..Urm memang seronok dapat dengar cerita ustaz dan kaunselor itu..memang gandingan yang baik..Ustaz lebih kepada ISlamic manakala kaunselor tu lebih kepada campuran sains,motivasi dan islam..



"kita ni hendaklah senantiasa mencari ilmu daripada aktivis-aktivis dakwah dan majlis-majlis ilmu..Luangkanlah masa walaupun sedikit..Janganlah asyik duduk kat bilik and fokus pada subject nak exam je"



adussss!!! aku terkedu apa yang ustaz cakapkan..aku ni masih tidak mampu nak bahagikan masa untuk belajar or ke majlis ilmu yang jarang sangat di adakan di kampus aku..maybe dalam satu sem beberapa kali je..Ish malunya aku nak memikirkan sahabat-sahabat lain yang sangup melapangkan masa untuk ke pusat islam ini untuk dengar ceramah..Depa pun sama gak ada test esoknya..Siap bawa buku ke P.i..ish lemahnya aku.



romate aku pernah cakap..kita ni sebagai manusia selalu memberikan alasan atau mencipta alasan untuk tidak berjuang.."kak saya x dapat turun simpo/usrah hari ni..Esok nak submit assignment,banyak bendak tak siap lagi"..Oh setiap kali simpo ada assignment..urm x palah dik..Akak buat jelah..yang lain datang..nanti amik pengisian dengan sahabat ye.





Esok meting:antara alasan biasa


1) ish nak study nih..romate aku sibuk study.aku jelous ni


2) esok nak submit assignment


3) esok test kot..malam ni baru nak struggle..sory ye


4)maaflah ana banyak sangat kerja nih..dah seharian x tido


5)malaslah nak turun,asyik bincang yang sama je..


6) kawan ajak keluar


7) grouping/studio


8) alasan


9)alasan



ni sikit je..biasalah kita ni kan bijak dalam membina alasan..yes kita memang perlu faham dengan situasi mereka..TAPI we HAVE CHOICE!! untuk membunuh alasan tu!! dipetik dari kata2 seorang ukhti dari uitm s.alam..



Memang banyak hikmahnya aku dengar ceramah tu..macam2 yang diperbincangkan..tanda2 kiamat..memang menakutkan dan segala yang kudengar memang amat insaf..kaunselor ada menunjukkan anak luar nikah yang didaftarkan telah mencecah ratusan ribu..Astagfirullah..


itu anaknya..bagaimana pula yang dah berzina , mesti berlipat ganda..Kenapa ye???



itulah tanda2 akhir zaman..bukan makin berkurang tapi penzianaan bermaharajalela...Apa Tindakan kita YA SAHABAT..Nak tunggu sampai bila baru nak mempertahankan nilai-nilai islam dalam diri kita dan masyarakat..ana pun masih x mampu lagi..tetapi kita kena teruskan usaha..yang sedihnya banyak je couple kat kampus aku ..urm adik usrah sendiri pun aku x mampu nak tegur..serba salah! malunya pada Allah.aku x menjalankan tanggungjawab dengan baik..YA ALLAH ampunkan diri ini..




ustaz ada sebut janganlah kita melakukan maksiat walaupun sesaat..YE lah selalunya kita buat baik, tapi time buat jahat tu time tu lah izrail datang cabut nyawa kita..tengah makan keropok kawan tanpa izin..tup2 tercekik ..mati pun dalam keadaan mengaibkan.. mulut penuh dengan keropok..NAUZUBILLAH!!! ya ALLAH matikan kami dalam iman dan syahid ya ALLAH..



Jauhilah perkara2 maksiat ..Sepanjang kita hidup ini , kita perlukan sistem yang effective dalam menjana kehidupan yang akan mencapai keredhaan ALLAH..


ya Allah pedihnya rasa sakit kematian itu!! seumpama daging kita dicincang ketika kita masih hidup..ditusuk2..Bagaimana pula jika kita mati dalam keadaan su'ul khotimah!!nauzubilah .jauhkanlah..Amin ya ALLAH..



SENTIASALAH MUHASABAH DAN KOREKSI DIRI

TAJDIDKAN DIRI KITA ..WALLAHUALAM..




penuh keinsafan

-sumerei-





0

KURSUS PENYEMBELIHAN AND BARBEQUE

Posted by momo on 2/23/2009 09:00:00 PG in


Alhamdulillah Kursus Penyembelihan dan BBQ dari Ayam yang terkorban tu telah selamat dilaksanakan semalam.Kursus bermula jam 8.00 pagi di Pusat Islam dengan taklimat peyembelihan oleh Ustaz Saidi..Then depa dibahagikan ikut group..


After taklimat, depa terus ke belakang Dewan Makan Cempaka Sari untuk acara penyembelihan 23 ekor ayam..

Kenapa aku guna depa...sebab aku tidak dapat datang kursus itu sebab terlalu banyak commitment lain yang perlu di selesaikan..aku datang lewat..hu3, time depa tengah buat pertandingan cabut bulu ayam yang terpantas..Kesian...depa buat sembelihan tu tanpa ada khemah..so open air..Masa aku datang tu hujan renyai2..Aku siap berpayung,sampai je kat situ aku tengok depa tengah setia meneruskan cabut bulu ayam dengan hujan yang semakin lebat..aku tolonglah payungkan beberapa orang..Tapi x lama tu ustaz cakap..Dah!dah! tinggalkan dulu..masuk ke dalam dewan makan..so yang lain pun menyudahkan juga kerja2 tu then baru berlari ke dewan untuk berteduh..




Memang sedih x terhingga sebab tidak dapat joint acara penyembelihan..Padahal pagi2 lagi aku sempat berjongging dengan adik usrah..Tetapi aku berazam nak tolong juga walaupun dah abis penyembelihan tu..Nak tahu apa?? Tentulah operasi BBQ..


Selepas meeting dengan ahli IMAD .aku terus balik bilik dalam pukul 4.Then basuh baju , kemaskan segala2nya..Azan asar pun berkumandang..Solat ,then adik usrah aku datang bilik..Aini yang dilantik sebagai setiusaha blok..Sebenarnya aku nak jumpa dia sebab aku nak tanya apa perkembangan diri dia SEBAGAI S/U. Ada masalah apa..usrah dengan sahabat aku mcm mana..Aku juga terangkan kat dia kenapa apa peranan sebagai seorang pemimpin,Then cuba tanya kalau-kalau dia ni ada masalah hati ke dgn aku.Alhamdulillah x de..Aku ni jenis yang suka berterus-terang jika orang ada konflik dengan aku..So dalam pukul 6 aku pun menamatkan perbincangan..




masuk bilik terus berbaring.Alhamdulillah dapat gak baring,badan dah sakit2..dalam 10 minit, aku pun kemas2kan buku untuk kelas esok..Bukak balik laptop untuk sambuung kerja2 assignment iaitu kena buat website..Hu3,kawan2 aku semua pelik sebab aku seorang je yang x de group untuk buat website..Tapi aku ada reason sendiri..I want do it by my effort..Lecture pun bagi je..




Alamak dah lambat!aku dah janji dengan seorang sahabat yang aku baru kenali di dalam blog untuk ke Pusat islam..Syam cepat sikit ana nak dah janji nak jumpa kat depan dm 1 kol 7.10,sekarang 7.08 pm..Akhirnya aku mesej dia cakap sory kami lambat..Nasib baik sempat..makan malam di dm 1,solat maghrib berjemaah di Pusat Islam




Subhanallah memang dunia ni kecil je..aku dapat link NURHAYATONHAZAI BT HJ WARMAN ni melalui blog sahabat ana..bukak2 je blog dia ana terkejut..ALhamdulillah ,jumpa gak budak sekampus..terus wat perjanjian untuk berjumpa dengan dia..malam inilah aku dapat berjumpa dengan dia.Dia cakap memang sayalah orang pertama yang dia jumpa melalui blog then terus berjumpa face to face..Syukur ...Allah memberikan aku seorang sahabat baru.




After solat maghrib , kami terus pergi ke tempat BBQ..Wah banyaknya ...Di sebabkan penyepit hanya ada 2 je,aku pun jadilah tukang renjis2 minyak kat ayam ni dan membetul-betulkan bara api..memang panas dan berasap2..pedih mata kami..Tapi semua tu kami hiraukan sebab keseronokan berBBQ beramai2..tiome tu time muslimat punya turn memanggang..ramai yang tolong..Afiqah,Nabilah zai ,Syam ,Nur,AKU,Sayang,Sal,syu,dan ramai lagi adik2 part 1 and sahabat2 lain..Yang paling bestnye kami ni ada byk assignment,romate aku pun ada test esoknya,quiz and mcm2 lg..aku pun byk kerja..Aku siap cakap..Renjis2 esok test!aku menyanyi time renjis minyak kat ayam..Time tu semua gelak..Lebih2 lagi Syam..yelahbyk x cover lagi..Aku ingatkan je..sebab time tu semua mcm dah lupa je bila sibuk memanggang and bergambar..




Tapi paling terkesan di hati bila si Aqilah kata...Ya ALLAH panasnya api dunia ni...Macam manalah Api NERAKAMU! bila dia cakap semua memberikan pelbagai reaksi..Aku pun cakap ,adus!! tazkirah time memanggang..sambil berBBQ kita bertazkirah..Bagus2..dalam lebih kurang 45 minit..kami pun keluar sebab nak prepare untuk isyak..




After isyak..Terus nak pergi ke tempat memasak..laaaa dah abis ke? x lah time musli in pulak..ohhhh!! Time tu atiqah syukri,sarah,nadia aini cs datang..ALLAH hari rupa-rupanya meeting MT orientation Community..Ah!aku terlibat..lupa pulak! Kak.cat jom kat tepi Pusat Islam..kata Atiqah ..nak start dah..URM baru je bertaaruf dan berbual dengan sahabat baru nih..aku pun suruh sahabat2 lain berkenalan dengan NUR..awak pergi jelah ana tunggu sini..kata Nur..ok..

After meeting baru dapat makan BBQ..memang agak liat tapi memang sedap ..Alhamdulillah YA allah dengan rezeki mu ini..after makan dengan MT OC lain..Romate aklu balik dulu,then after bergambar dgn semua orang ,Nur balik dulu..Aku still kat situ sampai jam 11 malam..Memang seronok pergi kat PI sebab tenang..Bila pergi aku mesti x suka nak balik awal..Then kami balik dengan Zai,Nik Asma dan ada seorang aku lupa namanya..





urm..ini jelah pengalaman aku semalam..Pengalaman BBQ yang tak pernah lagi dibuat di Pusat Islam.Memang pengalaman Indah..Dahlah jumpa sahabat baru,pada masa sama dapat juga menambahkan ukhuwah dengan sahabt2..Paling best baju kami bau ayam panggang masa solat isyak dan balik bilik!!! sampai ada orang yang x joint tertanya2..oh ada BBQ ke kat belakang..HISH tak tau ke? aku tanya..he3,saya x baca notis..kata seorang pelajar..ni soalan yang biasa..balik bilik pun masih berbau lagi..Nampak gayanya telekung pun kena basuh juga..Effect juga..





Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan buat blog ni kat kelas Komputer aku..Lecturer abis lecture awal..so nilah masanya nak menaip my experience..Memang nice..Al-maklumlah dalam sejarah buat BBQ dengan budak2 IMAD..Syukur..




sweet experience..
-sumerei-


0

Test...Assignment...usrah...MPI.....which is AULA??

Posted by momo on 2/20/2009 08:12:00 PTG in





ULAT BUKU KE......


Assalamualaikum buat teman-teman yang memperjuangkan islam..moga kalian dalam redha Allah.

waa..dah beberapa hari aku x post apa-apa...ni semua sebab terlalu busy dengan kerja-kerja akademik..AL-maklumlah semester akhir ni memang amat mencabar..bayangkanlah kami yang selalu mengira sejak dari semester 1 hingga 5 asyik2 subject mengira..Then masuk je final sem , hu3 1 je subject yang mengira..I love calculation, but nak buat macammana dah silibus.kena redha..



memang tidak dinafikan bulan 1 adalah bulan yang mendamaikan sebab kami x dibebani dengan test.assignment pun masa tu kami fikir ..ah lambat lagi submit..semua bulan 3 or 4..sebab tu aku mampu nak buat blog..



TUPAI pun penat



Hujung bulan 2 ..memang minggu ni fakulti aku yang terkenal dengan budak2 skemanya dihidapi minggu test,kuiz ,asignment kecil-kecilan..aku pun ada test yang hanya selang beberapa hari...

memanfaatkan masa dengan membaca buku di bilik tanpa perlu buat gerak kerja-kerja lain pasti mudah...Tapi..dengan beban kerja yang tiap2 hari bertambah pasti melelahkan mental aku..Tapi Alhamdulillah masih boleh terima.Sahabat2 pasti merasa perkara yang sama kan?


Bak kata AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

Kewajipan dan tanggungjawab ita melebihi masa yang ada...



time is running



Its true ..memang betul apa yang beliau katakan..aku dah merasainya..Akademik..Akademik...Akademik...



Azimat yang membuatkan jiwa kita pening..gerak kerja?..esok nak test? program ceramah penawar hati ? then ada usrah sampai malam..esok submit assignment?...mana lebih aula nih???


Ye memang mencabar..tapi kita pasti mampu buat keputusan yang terbaik..


dalam berjemaah ni,aku ada melihat sahabat2 yang tidak mahu menggiatkan diri dalam gerak kerja islam ni sebab Akademik..mungkin jatuh kot ataupun nak maintain yang lama....



Tapi betulkah dengan mengurangkan atau x involve langsung akan buatkan kita terus berjaya dalam akademik dan seterusnya hidup kita yang telah Allah tentukan sejak dari azali lagi..BERANIKAH sahabat2 nak mengatakan ..aku akan lebih dapat pointer yang terbaik ..asalkan xpayah lagi buat gerak kerja baik ni...ISh2 betul ke?

EXAM ORIENTED


Aku ada terdengar seorang ustaz cakap umat islam ni akan makin maju dengan bergantung dan berpegang pada islam..orang kafir pula akan terus maju jika mereka meninggalkan agama mereka...Inilah hakikat kebenaran..



So janganlah kita meninggalkan gerak kerja yang baik ni semata-mata kepentingan kita untuk belajar dan menerima segulung diploma,ijazah,master dan phd..Masa menjadi pelajarlah kita banyak masa dan kewajipan kita tidak banyak..cuba tengok orang2 yang dah bekerja dan berkeluarga ..pastinya mereka ada kewajipan lain yang perlu dibuat..pastilah dakwah akan jadi number yang kebelakang..




Seperti dalam ceramah oleh ust Hasrizal di mana beliau mengatakan nak berdakwah ni anggaplah ianya satu sumbangan kita buat orang lain dan islam..bukan dengan niat nakkan pembalasan yang baik..buat dengan ikhlas ,jangan dengan terpaksa sebab wajib ,ianya pasti menyeksakan..



"BUATLAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG UNTUK ISLAM"


-PENAT TAPI MEMUASKAN-

Article ni aku tujukan khas buat sahabat2 aku yang sama-sama saling menutup kelompangan bahtera kita dengan pada masa sama taat pada nahkoda kapal kita untuk menuju pulau impian..iaitu ISLAM>REDHA ALLAH>SYURGA yg mengalir sungai -sungai..
menongkah arus perdana


ANA tahu kita banyak cabaran dan dugaan sepanjang menjadi pendokong islam tapi ingatlah kita pasti akan ingat kenangan indah ketika bersama-sama dalam kapal pelayaran seperti dilanggar oleh ikan todak, dilambung tsunami,terlanggar glacier , di serang kapal lanun, tidak jumpa pulau perhentian,kehabisan bekalan makanan..kita bergelap ditengah lautan tarbiyyah..tetapi dengan semangat dan ukhuwah yang terjalin diantara kita buatkan segala cabaran sepanjang pelayaran kita ..dapat diharungi..MANISNYA UKHUWAH bila kita menyayangi sahabat kerana ALLAH..



-CABARAN YG PAHIT-


Jika tersalah arah ditegur oleh nahkhoda..yang SI tukang masak ,memasak dengan penuh ketekunan, para kelasi tekun menjalankan kerja-kerja pelayaran.Masing-masig ada perannya..Masalah-masalah segera diselesaikan dengan tabah.semua ini akan menjadi satu kenangan indah dan pahit buat aku sebagai sahabat mereka..




SUBHANALLAH...aku bersyukur ENGKAU menganugerahkan aku sebuah kapal pelayaran yang mampu bertahan ditengah lautan yang bergelora yang didiami oleh panglima-panglima perang dan berintelektual yang setia mendengar arahan NAHKODA KAPAL yang bijak dan lagi berstrategi..
Ingat kita masih di dalam kapal yang sama ..jangan biarkan kapal lanun menyerang kita..kita pasti menang dengan berkat pertolongan ALLAH...


-gambar hiasan dunia-

Oklah ye ni je yang aku mampu kongsi setakat ini sahaja..esok ada test..nasib baik dah baca sedikit..ingat jangan jadikan akademik sebagai alasan untuk berjuang...Perkukuhkan dan perindahkanlah kapal kita dengan iman dan Taqwa.Wallahualam


Salam Imtihan ...Moga dipermudahkan

-SUMEREI-

















0

REBRANDING YOURSELF

Posted by momo on 2/13/2009 05:54:00 PTG in
Pentingnya setiap individu menghisab dirinya sendiri untuk selalu mengkaji atau menilai tingkat nilai kemanfaatan dia sebagai seorang hamba Allah Swt. yang segala sesuatunya akan diminta kita dipertanggungjawabkannya di akhirat kelak. Sebaik-baik manusia adalah yang dapat mengambil hikmah dari apa yang telah ia lakukan, lalu melihat hari esok yang lebih baik. Sebagaimana dalam sebuah ungkapan Hukama’ yang sangat terkenal yang ertinya ;

‘Barang siapa yang hari ini, tahun ini lebih baik dari hari dan tahun yang lalu, dialah orang yang Berjaya , tapi siapa yang hari dan tahun ini sama dengan hari dan tahun yang lalu, maka dia orang yang tertipu, dan siapa yang hari dan tahun ini lebih buruk dairpada hari dan tahun lalu, Add Imagemaka dialah orang yang terlaknat ‘ .

Untuk itu, takwa harus senantiasa menjadi bekal dan perhiasan kita setiap tahun, ada baiknya kita melihat kembali jalan untuk menuju takwa. Para ulama menyatakan setidaknya ada lima jalan yang patut kita renungkan agar pada tahun ini kita boleh mencapai ketakwaan. Jalan-jalan itu adalah:

1. Muhasabah : Yaitu menilai diri dan meningkatkan kualiti diri dalam semua urusan dengan selalu mengambil hikmah dari setiap sesuatu yang terjadi dalam diri kita.

2. Mua’hadah: Yaitu mengingat-ingat kembali janji yang pernah kita katakan. Setiap saat, setiap shalat kita seringkali bersumpah kepada Allah :


“Hanya kepada-Mu-lah kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami mohon Pertolongan”.
Kemudian kita berjanji ; “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata karena Allah Rabb semesta alam”.


Dengan demikian, ada baiknya kita kembali mengingat-ingat akan janji dan sumpah kita. Semakin sering kita mengingat janji, insya Allah kita akan senantiasa menjalani kehidupan ini dengan nilai-nilai ketakwaan. Inilah yang disebut dengan Mua’hadah.


3. Mujahadah : Ialah bersungguh-sungguh dalam beramal kepada Allah Swt. Allah menegaskan dalam Firmannya :
“Orang-orang yang sungguh (mujahadah) dijalan Kami, Kami akan berikan hidayah kejalan kami”.

Terkadang kita ibadah tidak diringi dengan kesungguhan, hanya setakat menjalankan kewajiban saja, takut jatuh ke dalam dosa dan asalkan menjalani kehidupan beragama semata-mata. Padahal bagi seorang muslim yang ingin menjadi orang-orang yang bertakwa, maka mujahadah atau penuh kesungguhan adalah hal yang tidak terpisahkan dalam mencapai ketakwaan di samping muhasabah dan muahadah.


4. Muraqabah : Ialah senantiasa merasa diawasi oleh Allah Swt. Inilah diantara asas ketakwaan yang harus dimiliki setiap kali kita memasuki awal tahun dan menutup tahun yang lalu. Perasaan selalu merasa diawasi oleh Allah dalam bahasa hadisnya adalah Ihsan.

“Ihsan adalah engkau senantiasa beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, kalau pun engkau belum bisa melihat-Nya”, ketahuilah sesungguhnya Allah melihat kepadamu”


Muraqabah atau ihsan adalah di antara jalan ketakwaan yang harus kita persiapkan dalam mengharungi dan mengisi lembaran tahun baru. Dulu di masa sahabat, sikap muraqabah tertanam dengan baik dihati setiap kaum muslimin. Kita boleh ambil sebuah contoh kisah. Suatu ketika Amirul Mukminin Umar bin Khattab bertemu dengan seorang anak gembala yang sedang menggembalakan kambing-kambingnya. Umar berkata kepada anak tersebut:


“Wahai anak gembala, juallah kepada saya seekor kambingmu! Si anak gembala menjawab : Kambing-kambing ini ada pemliknya, saya hanya sekedar menggembalakannya saja. Umar lalu berkata : Sudahlah, katakan saja kepada tuanmu, ia mati dimakan serigala kalau hilang satu tidak akan diketahuinya.


Dengan tegas si anak itu menjawab : Jika demikian, dimanakah Allah itu”?

Umar demi mendengar jawapan si anak gembala ia pun menangis dan kemudian memerdekakannya.


Lihatlah, seorang anak gembala yang tidak berpendidikan dan hidup di dalam kelas sosial yang rendah tetapi memiliki sifat yang sangat mulia yaitu sifat merasa selalu diawasi oleh Allah dalam segala hal. Itulah yang disebut dengan muraqabah. Muraqabah adalah hal yang sangat penting ketika kita ingin menjadikan takwa sebagai bekal hidup kita ditahun ini dan tahun yang akan datang. Jika sikap ini dimiliki oleh setiap muslim, insya Allah kita tidak akan terjerumus pada perbuatan maksiat. Imam Ghazali mengatakan

“Aku yakin dan percaya bahwa Allah selalu melihatku maka aku malu berbuat maksiat kepada-Nya”


5. Mua’qobah

Artinya, mencuba memberi hukuman atau celaan kepada diri sendiri, manakala dirinya melakukan sebuah kesilapan. Memberikan teguran dan ‘sanction’ kepada diri kalau diri melakukan kesalahan. Ini penting dilakukan agar kita senantiasa meningkatkan amal ibadah kita. Manakala kita terlewat shalat subuh berjamaah maka hukumlah diri dengan infak disiang hari, misalnya. Manakala diri terlewat membaca al-Quran, iqoblah diri dengan memberi bantuan kepada simiskin. Kalau diri melewatkan sebuah amal shaleh maka hukumlah diri kita sendiri dengan melakukan amal shaleh yang lain. Inilah yang disebut mua’qabah. Jika sikap ini selalu kita budayakan, insya Allah kita akan selalu mampu meningkatkan kualiti ibadah dan urusan diri kita seharian.
Menghadapi tahun 2009 dan tahun 1410 Hijriyah, marilah kita jadikan takwa sebagai hiasan diri, bekal diri, dengan menempuh lima cara tadi. Yaitu muhasabah, muahadah, mujahadah, muraqabah dan mua’qabah.
Menghitung diri, mengingat-ingat janji diri, mempunyai kesungguhan diri, selalu merasa diawasi Allah dan memberikan hukuman terhadap diri kita sendiri. Jika lima hal ini kita jadikan bekal Insya Allah menjalani kehidupan kita hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita akan selalu menjalaninya dengan indah dan selalu meningkat kualiti diri kita, insya Allah.





renew our life

0

PERAK BERGOLAK???

Posted by momo on 2/11/2009 03:24:00 PTG in


masjid ubudiyah



"Akak cuba tengok akhbar ni..betul ke Perak dah tukar MB".aku bertanya.

Alah malas nak tengok bahagian politik , biasalah tu..akak bukannya suka politik ni..Politik Malaysia ni kotor.


Politik Malaysia kotor??? betul ke? aku sebagai rakyat ada juga terfikir apa yang akak ni cakap..pernah je budak berumur bawah 10 tahun kata kat aku..tak suka Politik ..Kotor kak..apa yang kotornya..entah ...abah kita kata macam tu..Adakah benar kata-kata kakak dan seorang budak itu ???


Bagi aku,mungkin tidak semua berminat dengan politik,agaknya sibuk urusan masing-masing kot..tapi bagi aku politik tidak boleh di pisahkan dengan kehidupan..kita ni secara tidak sedar pun mungkin pernah berpolitik..contohnya nak mintak duit kat parent..mesti macam-macam kata-kata manis yang digunakan.Rasulullah juga pernah berpolitik.bukankah jika kita memisahkan antara kehidupan(politik) dengan agama kita dianggap sekular...Tapi..Malaysia cukup hebat politiknya.nape masih ada yang kata negara kita macam negara sekular? fikir-fikirkanlah.."tidak akan bergoyang pokok tanpa angin".




Peristiwa Lompat-lompat parti ibarat asam garam dalam dunia politik di Malaysia..Kenapa ye?

Terbaru di Perak.Pada asalnya Perak dipegang oleh Pakatan Rakyat..Peristiwa yang begitu kontroversi dimana beberapa ahli pakatan rakyat menyertai UMNO..Oleh itu, Perak terus jatuh ke tangan pejuang melayu iaitu UMNO..



Bagi pakatan ianya ibarat jatuh di timpa tangga di mana Nizar iaitu MB telah dilucutkan jawatannya kerana peristiwa ini..Tempatnya telah diganti oleh MB yang baru.Bagi aktivis-aktivis ianya amat memilukan setelah berjuang mendapatkan Perak tetapi tidak sampai setahun memerintah Perak telah beralih tangan ke Umno.






Pendapat saya MB lama perlu menerima hakikat ini..bukannya apa ..Jika difikirkan Pakatan memang sudah tidak mampu untuk bertahan..Lagipun selepas Pakatan naik , kita dapat melihat ramai kaum bukan melayu memegang jawatan dalam exco Perak..Ini hakikat..




Saya mengharapkan agar MB perlu banyak bersabar dalam menjaga maruah PKR,PAS dan DAP kerana jika masih mahu menunjukkan protes lebih-lebih lagi Menyentuh Kedaulatan Diraja..Apa yang kita dapat daripada sekadar memprotes..Dengan mengajak aktivis-aktivis berdemonstrasi adakah akan merubah keadaan..Bukankah ini akan menambahkan Fitnah pada Pakatan..Rakyat mungkin akan memandang rendah pada Pakatan Rakyat..Ini membangkitkan kemarahan rakyat bukan sahaja di negeri Perak malahan di seluruh Negara..Padahal kita sedia faham Kedaulatan Raja adalah begitu sensitif dikalangan rakyat..Saya sendiri pun tidak mahu kedaulatan melayu terancam..kita berhak..


Sebaik-baiknya, kita perlulah menerima pemimpin yang betul-betul layak untuk perjuangkan bangsa, agama dan negara..bukan memilih pemimpin ikut parti yang kita suka..Wallahualam





IMPIAN AL-FAROUQ
"Umar al-khattab R.A berkata pada sahabatnya:, impikanlah!!..."Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al-jarrah, muaz bin Jabbal dan Salim (Hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah..."


Bagi orang yang memahami pastilah merasakan bahawa ini adalah satu ketidakadilan ataupun penidasan buat Pakatan Rakyat..Masing-masing juga tidaklah terlalu beremosi dalam apa-apa hal..Fikirkan penyelesaian terbaik..Mungkin bagi mereka berdemonstrasi adalah penyelesaian yang terbaik..tetapi apa kata orang awam yang tidak faham cerita sebenar..mesti mereka kebingungan dan akan terus blame ke atas Pakatan Rakyat..Kalau sekadar blame pakatan di Perak tidak mengapa macammana dengan negeri lain..Bagaimana Negeri yang dah lama dipegang oleh PAS adakah turut terancam juga oleh orang yang hanya mendengar sebelah pihak je nanti..bak kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..


Ini sekadar perkongsian..saya ada terbaca di dalam buku rahsia al-arqam hasil tulisan ANN WANG SENG,dimana pemimpin mereka ustaz Asyaari ditahan di dalam ISA , pengikut mereka tidak berdemonstrasi pun, padahal pengikutnya yang ramai pasti mampu menggegarkan negara jika mereka buat..Assyaari begitu redha dengan ujian Allah..So mereka tidak di blame rakyat..


Saya tidaklah menghentam mana-mana pihak..Bagi saya, sesiapa yang merasakan dirinya ditindas hendaklah banyak bersabar, kerana Allah pasti akan membantu kalian..Kebenaran pasti tertegak..Bagi yang menzalimi orang lain itu insaflah,,kita tidak tahu sejauh mana kita mampu hidup di bumi ini ..Entah-entah esok hari..INGAT doa orang teraniaya paling cepat makbul..
Janganlah kita bila mendapat sesuatu berita kita terus bersangka buruk,kajilah dengan meneliti kebenaran kedua-dua belah pihak dan jangan terlalu percaya pada sebelah pihak sahaja..Sekarangkan informasi dunia di hujung jari..KAJILAH seperti firmannya:
surah Hujurat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik membawa sesuatu berita , maka telitilah kebenarannya , agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"..
-mujahidah -
"Alangkah indahnya kekuatan itu bersama kebenaran dan alangkah buruknya jika kelemahan itu tatkala berhadapan dengan kebatilan"

KEBENARAN PASTI TIBA!!!
sumaru yang mengharap

0

MY BELOVED PROPHET

Posted by momo on 2/10/2009 11:20:00 PG in

"Sifat Romantik Nabi Muhammad"



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".



Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.




Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kitatauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman"

0

10 tips working in 2009

Posted by momo on 2/10/2009 12:37:00 PG in
1) Do not get into trouble

2) Aim for greater heights


3) Stay focussed on your job


4) Exercise to maintain good health


5) Practice Team work



6) Rely on your trusted partner to watch your back, take your time trusting others...


7) Save for rainy days


8) Rest and relax

9) Always smile when your boss is around

10) Nothing is impossible


0

program RM 1 untuk Bumi Palestin

Posted by momo on 2/06/2009 02:36:00 PG in


Alhamdulillah..program RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN telah berlansung dengan berjayanya.program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Dinamik.Diadakan di Pusat Islam pada 5/2/2009 bermula pukul 5 hingga 11 malam.

Program bermula dengan pameran di belakang pusat islam , ada jualan oleh AJK imad , Solat Maghrib bersama , bacaan Yasin , Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Supani, solat isyak ,solat hajat , Perasmian majlis oleh Timbalan Pengarah Kampus (Hep). Ceramah Sejarah Palestin oleh Ustaz Saidi..Majlis tamat dengan hidangan Makanan untuk Vip dan Pelajar...


Alhamdulillah program ini berlansung penuh meriah dengan kehadiran menggalakkan oleh para pelajar uitm.Insya Allah mereka juga ada kesedaran membantu rakyat palestin dengan menderma dan menghadiri Majlis Ilmu"Taman-taman Syurga"..



Perancangan untuk aktiviti bersama palestin telah lama difikirkan oleh aku..aku pernah menghantar e-mel kepada 3 orang penting..Timbalan Pengarah Kampus , Ketua Unit Pemikiran Dan kefahaman Islam and last ketua Unit Kualiti dan Korporat..Aku bertanya pada mereka samaada tiada langsungkah aktiviti untuk rakyat palestin..agak lama juga berdiam diri..kenapa kita begitu emosi nak terus wajibkan Demonstrasi membantah 10% Non-Bumi ke Uitm..walaupun ianya hanyalah cadangan oleh MB selangor. Aku adalah antara orang yang lead demo sebab MPP..Di Bumi Palestin..Inikan perkara yang dah terjadi!! Kenapa nak berdiam diri..lebih kurang macam itulah maksud aku dalam e-mel pada mereka..akhirnya aku dipanggil untuk berbincang dengan mereka..




JANGAN MENGHARAP DENGAN DIA....



Time jumpa dengan TPK..dia cakap memang dia ada fikir nak suruh MPP buat ,tapi aku dah jadi mantan MPP, memang dah lambat..Ish2 aku ni sampai lupa pulak aku dah abis tempoh.time tu adalah beberapa hari sebelum prk..so MPP masih kosong..Padahal time tu dah lama jugalah palestin diserang..kematian menjangkau 900 orang..Ish Pm ..nak tunggu Mpp baru naik lambat dah..aku usahakan pula suruh NYDP dan YDP IMAD datang berjumpa dengan HEP untuk adakan demonstrasi..tetapi malangnya Ydp imad da naik jadi MPP pulak..so benda ni jadi delay..Ya Allah Kerja-kerja Islam mengapa nak dilambatkan..tidak baik..Akhirnya MPP baru dah naik and form Exco-exconya..

hari sabtu 17 januari aku ada meting Mantan MPP dengan MPP baru..so aku ada cakap..sebelum akak tidak dapat tidur lena malam ni , akak mencadangkan supaya buatlah himpunan aman ke,kutipan derma ke untuk rakyat palestin..oh terima kasih kak"walaupun sebaya", memang kami ada plan nak buat..Alhamdulillah, kita ni kira dah lambat ..Uia kuantan,Uitm Arau, uitm S.alam dan IPTA n IPTS lain pun ada yang buat..NGO 2 pun dah banyak yang buat bantahan..kita ni agak ramai student..nak dekat 10 ribu,so kalau rm 1 seorang boleh dapat rm10000..Tapi dah ada fakulti yang buat kutipan..antaranya fakulti akak, perakaunan..


Aku dengar depa meeting dengan Pengarah Kampus yang pertama..Memang berita yang menyedihkan, Pengarah tidak bagi buat Himpunan Aman..loh apa nih..kan benda ni baik..boleh panggil press..cuba ingat balik masa demo uitm dulu, dengar press ada ters hampir semua pelajar turun..kalau aktiviti di PI berapa ramai je 1000 pun x sampai..Sedihnya kalau Pemimpin X sefikrah..Ish2..kampus uitm lain boleh je..apapun alasan dia aku memang tidak bersetuju..


lambang melayu????


Inilah akibat Mahasiswa Uitm terlalu lesu berbanding U lain..Kami nak buat event yang hebat2 dan more islamic sedikit mesti di halang..Nak Jemput penceramah luar lagilah susah,mesti penceramah dalam ataupun yang uitm dah list kan nama..yelah takut aktivis pula.So kami ni terlalu ikut telunjuk HEP..Mana tidak lesu..kalau pelajar biasa lagilah..aku peliklah apa je yang diorang nak buat kat bilik lama-lama.Kalau diikutkan fakulti perakaunan memang banyak masa compare dengan budak2 FSPU.Pernah satu hari aku rasa bodoh dan bosan yang amat sangat bila tidak ada kerja.abis budak2 lain macammana??sama je kan..mana dia masa kamu akan kamu habiskan wahai hamba ALLAH..Kemana kamu habiskan masa yang ada???Adakah matlamat utama kamu hanya Belajar untuk mendapat sugulung Diploma,Ijazah dan sebagainya??? mana dia kesedaran nak berorganisasi or aktif dalam kokorikulum??Lebih2 lagi kesedaran untuk berdakwah dan menyertai gerakan-gerakan islam ...Inikan satu kewajipan juga selain belajar..



Macammana kalau kita pula diserang oleh Israel, adakah kita mampu untuk melawan..nak kata belajar sangat , Orang Islam Melayulah yang paling sedikit statistik membaca buku..sebab tu ada program Nilam di sekolah-sekolah..Negara Israel ada ke program Nilam???kenapa mereka ada kesedaran dan mereka yang paling sedikit bilangannya dari umat islam juga adalah penerima hadiah NOBEL paling banyak berbanding kita..Kenapa ini terjadi ..mana dia pemikir- pemikir Islam..matlamat mereka mudah sahaja , mereka bangga dengan keturunan mereka dan ingin umat islam hancur..Wallahualam mereka sedang menuju kejayaan menghancurkan kita..

maksiat??

Adakah kita mampu melawan..jika sedar ke tidak sudah berapa banyak produk-produk mereka menguasai dunia dan Malaysia sendiri..Ish2 nak boikot pun ada yang berfikir 2 kali..kalau ada piliha lan tidak mengapa tapi tidak ada plihan lain.mereka still menguasai ekonomi..ni baru ekonomi, belum lagi pemikiran anak-anak muda yang menjadi pelapis baru..bagamana menyambut hari kemerdekaan,tahun baru,valentine day,macam2 lagi..apa yang kita nampak???bangga ke dengan sambutan mereka..tinggalkan kondom merata-rata, hidu gam..punk,pengkid,arak yang siap ditaja lagi...fikir-fikirkanlah..adakah mereka ini bakal pertahankan negara..


ramai tapi takut????



Pemimpin negara pula senyum,tidak amik apa-apa tindakan pada mereka..Yang mereka tahu amik tindakan pada ulama-ulama, anak-anak muda yang berani bersuara..kenapa mereka tidak bangga pada pelapis ini..nak tunggu sampai bila untuk kita berdiam diri..Anak-anak palestin menangis , pemimpin kita senyum dengan kehadiran RIHANNA..Ish2 , sekular-sekular..WHERE IS THE AMIR OF UMMAH?????

Oleh itu , kita sebagai pelapis for future generation, marilah membangunkan bangsa dengan penerapan nilai2 islam..mudah-mudahan segala apa yang kita usahakan akan mendapat rahmat dariNYa..wallahualam...




-CONTOH PEMIMPIN UMMAH-

Menangisi pemergian Tokoh-tokoh Islam
-sumaru-

0

TO BE PURE MUSLIM ..by RASULULLAH...

Posted by momo on 2/06/2009 02:05:00 PG in


I hope these questions will help you to motivate your listeners InsyaAllah.


Dialogue between a traveler and the prophet (SAWS) Allahuma Salley Aala Sayedina Mohammed Wa'Ala Aalehi Sayedina Mohammed Wa Barik Wa sallem.



A traveler once came to the masjid to see the prophet(SAWS).After greeting the prophet he was asked where he was from. The traveler replied that he came from very far just to get a few questions answered. Following is the dialogue between the traveler and the prophet(SAWS).


Traveler: I do not want azaab to be written in my account.
Prophet(SAWS). : behave well with your parents


Traveler: I want to be known amongst people as an intelligent person.
Prophet(SAWS).: fear Allah always.



Traveler: I want to be counted amongst Allah's favorites.
Prophet(SAWS) : recite quran every morning and evening.



Traveler: I want my heart to always be enlightened. ( roshan and munawer)
Prophet(SAWS): never forget death



Traveler: I never want to be away from Allah's blessing.
Prophet(SAWS): always treat fellow creatures well.


Traveler: I never want to be harmed by my enemies.
Prophet(SAWS): always have faith in only Allah.



Traveler: I never want to be humiliated.
Prophet(SAWS): be careful of your actions.



Traveler: I wish to live long.
Prophet(SAWS): always do sile rahm. ( goodness towards blood relations)



Traveler: I want my sustenance to increase.
Prophet(SAWS) : always be in wudhoo.



Traveler: I wish to stay free of adhaab in the grave.
Prophet(SAWS): always wear pure (paak) clothes.



Traveler: I never want to burn in hell.
Prophet (SAWS): control your eyes and tongue.



Traveler: how do I get my sins forgiven.
Prophet(SAWS): always ask forgiveness from Allah with a lot of humility.


Traveler: I want people to respect me always.
Prophet(SAWS) : never extend your hands of need at people.



Traveler: I want to always be honored.
Prophet(SAWS): never humiliate or put down anyone.



Traveler: I don't want to be squeezed by fishare qabr. ( squeezing in the grave)
Prophet(SAWS): recite sura e mulk often.



Traveler: I want my wealth to increase.
Prophet(SAWS): recite sura e waqia every night.



Traveler: I want to be safe and at peace on day of judgement.
Prophet(SAWS): do zikr of Allah from dusk to night.



Traveler: I want to be in full attention and concentration during namaaz.
Prophet(SAWS) : always do wudhoo with oncentration and attention.

WANNA BE...

Dr. Qamar U. Ahmed-- ^_^

0

ADAKAH KIAMAT SUDAH DEKAT?????

Posted by momo on 2/05/2009 02:03:00 PTG in


Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade membace sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... planet marikh (planet ke 4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yg terbalik pd bulan september lepas. maknanye ... planet yg dekat dengannye juga (bumi la) akan brtukar arah pergerakan dia jugak. maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur. (tanda-tanda besar kiamat)...


Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat sudah ditutup. tidak ada harapan lagi!!! maklumat ni juga telah dhentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak islam..


Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi..so sama2
kita nantikan...






mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? ) objek merah di langit kelihatan...





A.S dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)


Benarlah kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR ..


a)Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar,bumi akan kiamat pada tahun 2066...*


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripadabumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planetini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnahpada tahun 2065...


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...





* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun.... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...



Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaulah....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam


TOLONGLAH DALAMI MAKSUD SURAH ASY SYAMS, insyaAllah pintu hatimu akan terbuka, kerana Surah ini merupakan sumpah Allah.Hamba hanya menyampaikan apa yang hamba tahu, sesungguhnya Yang MahaMengetehui ...




Itu adalah Allah kerana itu adalah salah satu daripada sifat-sifatNya yang 99 itu. Kita sebagai makhluknya yang merupakankhalifah di muka bumi ini sesungguhnya mempunyai sedikit percikan daripada 99 Sifat-Sifat Allah itu. Jika kita makhluknya melanggari 99 Sifat-Sifat Allah itu sesungguhnya kita telahpun melanggari perintahAllah itu sendiri. Sesungguhnya kata hati yang berdetik hanya sekali ituadalah amat benar datang daripada Allah. Apabila hati kita itu banyakkata-kata mengiakan atau menidakkan apa yang terdetik sekali itu, maka itu adalah nafsu kita sendiri dengan diikuti oleh bisikan syaitan yangdirejam...

-WE GETTING CLOSE TO ALLAH-


**SUBHANALLAH**

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.