LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Berpiknik di Hutan Lipur Sg pandan

Posted by momo on 2/01/2009 03:10:00 PTG in






-AIR TERJUN SUNGAI PANDAN-



Pada 31.1.09, hari sabtu pagi ,selepas makan nasi goreng yang kak rozi n kak yati sediakan..

Aku: kak bosanlah hari ni,x pegi mana2 ke? nak tgk tv x boleh guna,nak update blog xleh xde tenet…pg TC ke?

Kak yati: A’ah, jom kita pegi Hutan lipur Pancing..boleh mandi air terjun..kat TC x best nak mandi macam susah..malu..

Kak rozi: yelah , tapi x tau jalan..tapi kita jalan jelah .mana tau jumpa..
Aku : (monolog dalam hati),yes! provokasi yang berjaya..xlah bosan duk rumah ni..’kat umah sewa’..

Kol 10.30 am..
So pagi tu kami bertiga pergilah ke tempat di tuju..target place “HUTAN LIPUR PANCING”…
Tapi….urm x jumpa pun signboard Hutan Lipur Pancing…yang ada hanya Hutan Lipur Sg Pandan..lagi 6 km ..dah dekat nih…hah ! Sg Pandan..ah..hentam jelah…kami pun masuk ke jalan yang sungguh pelik…

Jalan ni macam ke kuari je..dah lah ada kelapa sawit tepi jalan ni..bertembung dgn lori Hantu”pasir”…ish betul ke nih nak ke SG Pandan kak? Aku bebel sorang2..Betullah akak masuk lorong yang betullah ni..

Agak jauh pulak masuk ke dalam ..sebijik kereta pun x selisih ni..kami berdoa je dalam hati..jumpa kuari yang first..then teruskan lagi perjalanan ..ni macam dah nampak aliran anak sungai je nih..urm dah dekat..so jalan lagi..Alhamdulillah dah Nampak pintu gerbang “HUTAN LIPUR SG PANDAN”..oh rupa-rupanya ada jalan lain nak ke kuari lagi satu..bagus2 x lah rosak jalan nk ke tempah perkelahan..

Beberapa minit masuk ke pintu gerbang..ish apsal xde orang je sepanjang jalan nih..dalam lagi kot aku menyedapkan hati..dah macam filem Horror pulak..pegi satu kawasan yang xde penghuni…lebih2 lagi hutan..bunyi cengkerik..aku berdoa dalam hati “ YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI SEPANJANG TRAVEL NI” aku harap jumpa manusia kat sini…
Tup2,,,kami pun sampailah ke Hutan Lipur Sg Pandan..Alhamdulillah,uish banyak pulak kereta kat sini..mesti dah lama sampai…so kami park kat tempat parking kereta..dikenakan rm 3 untuk 3 orang..oh kawasan yang terjaga rupanya…ada yang berniaga..bagus dua2 kedai orang islam yang jual..bangga aku.. Rasulullah dulu pun berniaga..harap2 ..depa ikut cara rasulullah meniaga..lebih berkat..

Then kami keluarkanlah barang2..aku tgk kawasan sekeliling yang sesuai untuk jadi port kami berkelah..ish ni dah bawah ah ni siti..kak yati mengomel..oh yeke..jom naik atas sikit..A’ah lah patutlah susah nak jumpa batu2 sg yang besar2. Ada jejambat..jom bergambar dulu..so kami bergambar..

Teruskan lagi ke depan…SUBAHANALLAH, YA ALLAH CANTIKYE CIPTAANMU...






..betul ke nih,cantiknye WATERFALL ..Aku makin cepat ke depan..urm jom pegi dekat air terjun tu kak..ish x sbr nak mandi…siap ada titi gantung yang menghubungkan jalan ke seberang sana…

Siti jom amik gambo lagi..kat tepi titi gantung ni..gambar lagi…ok dah ..jom naik titi gantung nih..kita pegi seberang sana , x ramai orang..ALHAMDULILLAH YA RAHMAN , sampain juga kami ke Sg Pandan…Perancangan awal kami nak pegi HUTAN LIPUR PANCING, tup2 dapat pegi HUTAN LIPUR SG PANDAN,laaaaa..rupa-rupanya tempatnya sama cuma nama je berbeza...hish kami xtau rupanya..masyarakat kat situ paggil hutan lipur Panching..Memang perancangan Allah yang lebih baik…mesti ada hikmahnya…inilah dia..A NICE Waterfall ..HEBAT sungguh ciptaan ilahi..





X sangka kan kak kita datang sini macam xde orang ..at last ramai pulak orang ye..kalau yang tak tahu ke tempat ni ,mesti takut..lebih2 lagi macammana lah pelancong nak datang kalau jalan masuk teruk..macammana pulak boleh ada kuari ..rosak jalan..berhabuk,debu…komen aku jelah..



-sejuk mata memandang-

Aku dan kak yati ada hasrat nak mandi kat atas air terjun tu..jomlah kak macam ada jalan..then kami cuba nak naik..tapi seorang pak cik tegur..nak naik atas ke? Pak cik dah naik dah..sunyilah dik..x sesuai untuk korang ..kalau ada lelaki xpa ni semua perempuan..oh…baru kami realize , nasib baik x naik ..entah apa yang ada kat atas air terjun tu…tapi mestilah satu tempat yang cantik..nak naik pun tinggi sangat..oklah kak jom mandi kat tepi ni jelah..mula2 kak yati x nak mandi…aku pun rasa x best..x nak mandilah..tapi kak rozi dah dalam air dah…he3 oklah jom mandi…

Satu je yang aku terfikirkan nak mandi ni nak bukak stoking x…antara basah atau aurat, akhirnya aku tetap pakai…kalau xde lelaki x pa ni ada je ..bersepah2..memang seronok nak mandi..tapi..susahnya nak jaga aurat kan..bagi wanita memang sukar..tetapi kita mesti tetapkan hati,jiwa kita sebab syaitan kan sentiasa memusuhi kita..ALLAH SELALU MEMBOLAK-BALIKKAN HATI MANUSIA, sebab tu iman kita selalu je..kejap bertambah , kejap berkurang …moga2 ALLAH menjaga hati kita dari segala sifat2 mazmumah…wallahualam.

Aku terfikir dan berharap…mesti bestkan kalau time perempuan mandi x de lelaki mandi sekali, x pun ada sites yang perempuan punya sahaja,lelaki dilarang guna…kalau macam tu nak bukak apa pun boleh selagi tutup aurat sesama perempuan…he3..berangan je aku nih…tapi bukankah ini semua boleh tercapai suatu hari nanti..bila ek???

Aku rasa mesti time DAULAH ISLAMIYAH dah tertegak kat bumi ALLAH ni…senang nak buat rules cara islam..mana2 orang yang bercouple and berpegang-pegangan masa mandi aritu mesti x de coz rasa takut pada kemurkaan ALLAH..ish2 anak2 melayu islam..xde rasa malukah kamu buat benda x elok ni…malulah pada bukan islam..macammana nak ajak depa masuk islam kalau depa tengok kita macam ini…



Aku pun takut jugak nak cakap macam ni…yelah takut hanya berkata2 sahaja tetapi pelaksanaanya xde..Cuma nak je Negara islam naik tapi x buat apa2..ish takutnye…bagaimana pula sahabat2..adakah hanya baca blog ni sahaja ? saya harap kita semua amik iktibar dari ayat ni..
Firman Allah dalam surah As-saff ayat 2 dan 3 ..


“Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? (ITU) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan”..

Tentu ada yang dah biasa dengar ayat ni..tapi adakah kita semua amik iktibar…’cakap pada diri sendiri jugak’..

Kami semua balik dalam kol 1.20pm setelah puas mandi,makan,menghayati kejadian yang diciptakan oleh ALLAH …balik tu kami x tukar pakaian pun..coz macam tertipu pulak..ingtkan ada tempat tukar pakaian kat bahagian parking kereta..pegi situ rupa2nya xde..nak naik balik dam alas..last2 kami balik dgn x tukar baju..kat kete alas dgn tuala..Nasib rumah x berapa jauh..
Memang pengalaman yang indah,ukhuwah makin erat…makan sama2 kat atas batu , baca paper…tangkap gambor,main air…dah lah tu penat nak taip.. tapi aku harap dapat pegi lagi kat tempat ni ..maybe bersama family aku pulak..ataupun ajar sahabat2 UIA.Kuantan rehlah kat sini....

Moga2 saya cite ni x de sapa yang terguris hati kerana ini hanyalah sebuah penceritaan semula dari sebuah pengalaman…sapa duk kuantan mohlah lawat HUTAN LIPUR SUNGAI PANDAN…Memang x rugi datang ,jangan datang lambat sangat, nanti penuh n xde parking..he3…sama2lah kita amik pengajaran n kongsi pengalaman…wallahualam


PENAT TAPI MENGAGUMKAN,
DIJAH ^_^


0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.