LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

program RM 1 untuk Bumi Palestin

Posted by momo on 2/06/2009 02:36:00 PG in


Alhamdulillah..program RM 1 UNTUK BUMI PALESTIN telah berlansung dengan berjayanya.program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Dinamik.Diadakan di Pusat Islam pada 5/2/2009 bermula pukul 5 hingga 11 malam.

Program bermula dengan pameran di belakang pusat islam , ada jualan oleh AJK imad , Solat Maghrib bersama , bacaan Yasin , Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Supani, solat isyak ,solat hajat , Perasmian majlis oleh Timbalan Pengarah Kampus (Hep). Ceramah Sejarah Palestin oleh Ustaz Saidi..Majlis tamat dengan hidangan Makanan untuk Vip dan Pelajar...


Alhamdulillah program ini berlansung penuh meriah dengan kehadiran menggalakkan oleh para pelajar uitm.Insya Allah mereka juga ada kesedaran membantu rakyat palestin dengan menderma dan menghadiri Majlis Ilmu"Taman-taman Syurga"..



Perancangan untuk aktiviti bersama palestin telah lama difikirkan oleh aku..aku pernah menghantar e-mel kepada 3 orang penting..Timbalan Pengarah Kampus , Ketua Unit Pemikiran Dan kefahaman Islam and last ketua Unit Kualiti dan Korporat..Aku bertanya pada mereka samaada tiada langsungkah aktiviti untuk rakyat palestin..agak lama juga berdiam diri..kenapa kita begitu emosi nak terus wajibkan Demonstrasi membantah 10% Non-Bumi ke Uitm..walaupun ianya hanyalah cadangan oleh MB selangor. Aku adalah antara orang yang lead demo sebab MPP..Di Bumi Palestin..Inikan perkara yang dah terjadi!! Kenapa nak berdiam diri..lebih kurang macam itulah maksud aku dalam e-mel pada mereka..akhirnya aku dipanggil untuk berbincang dengan mereka..




JANGAN MENGHARAP DENGAN DIA....



Time jumpa dengan TPK..dia cakap memang dia ada fikir nak suruh MPP buat ,tapi aku dah jadi mantan MPP, memang dah lambat..Ish2 aku ni sampai lupa pulak aku dah abis tempoh.time tu adalah beberapa hari sebelum prk..so MPP masih kosong..Padahal time tu dah lama jugalah palestin diserang..kematian menjangkau 900 orang..Ish Pm ..nak tunggu Mpp baru naik lambat dah..aku usahakan pula suruh NYDP dan YDP IMAD datang berjumpa dengan HEP untuk adakan demonstrasi..tetapi malangnya Ydp imad da naik jadi MPP pulak..so benda ni jadi delay..Ya Allah Kerja-kerja Islam mengapa nak dilambatkan..tidak baik..Akhirnya MPP baru dah naik and form Exco-exconya..

hari sabtu 17 januari aku ada meting Mantan MPP dengan MPP baru..so aku ada cakap..sebelum akak tidak dapat tidur lena malam ni , akak mencadangkan supaya buatlah himpunan aman ke,kutipan derma ke untuk rakyat palestin..oh terima kasih kak"walaupun sebaya", memang kami ada plan nak buat..Alhamdulillah, kita ni kira dah lambat ..Uia kuantan,Uitm Arau, uitm S.alam dan IPTA n IPTS lain pun ada yang buat..NGO 2 pun dah banyak yang buat bantahan..kita ni agak ramai student..nak dekat 10 ribu,so kalau rm 1 seorang boleh dapat rm10000..Tapi dah ada fakulti yang buat kutipan..antaranya fakulti akak, perakaunan..


Aku dengar depa meeting dengan Pengarah Kampus yang pertama..Memang berita yang menyedihkan, Pengarah tidak bagi buat Himpunan Aman..loh apa nih..kan benda ni baik..boleh panggil press..cuba ingat balik masa demo uitm dulu, dengar press ada ters hampir semua pelajar turun..kalau aktiviti di PI berapa ramai je 1000 pun x sampai..Sedihnya kalau Pemimpin X sefikrah..Ish2..kampus uitm lain boleh je..apapun alasan dia aku memang tidak bersetuju..


lambang melayu????


Inilah akibat Mahasiswa Uitm terlalu lesu berbanding U lain..Kami nak buat event yang hebat2 dan more islamic sedikit mesti di halang..Nak Jemput penceramah luar lagilah susah,mesti penceramah dalam ataupun yang uitm dah list kan nama..yelah takut aktivis pula.So kami ni terlalu ikut telunjuk HEP..Mana tidak lesu..kalau pelajar biasa lagilah..aku peliklah apa je yang diorang nak buat kat bilik lama-lama.Kalau diikutkan fakulti perakaunan memang banyak masa compare dengan budak2 FSPU.Pernah satu hari aku rasa bodoh dan bosan yang amat sangat bila tidak ada kerja.abis budak2 lain macammana??sama je kan..mana dia masa kamu akan kamu habiskan wahai hamba ALLAH..Kemana kamu habiskan masa yang ada???Adakah matlamat utama kamu hanya Belajar untuk mendapat sugulung Diploma,Ijazah dan sebagainya??? mana dia kesedaran nak berorganisasi or aktif dalam kokorikulum??Lebih2 lagi kesedaran untuk berdakwah dan menyertai gerakan-gerakan islam ...Inikan satu kewajipan juga selain belajar..



Macammana kalau kita pula diserang oleh Israel, adakah kita mampu untuk melawan..nak kata belajar sangat , Orang Islam Melayulah yang paling sedikit statistik membaca buku..sebab tu ada program Nilam di sekolah-sekolah..Negara Israel ada ke program Nilam???kenapa mereka ada kesedaran dan mereka yang paling sedikit bilangannya dari umat islam juga adalah penerima hadiah NOBEL paling banyak berbanding kita..Kenapa ini terjadi ..mana dia pemikir- pemikir Islam..matlamat mereka mudah sahaja , mereka bangga dengan keturunan mereka dan ingin umat islam hancur..Wallahualam mereka sedang menuju kejayaan menghancurkan kita..

maksiat??

Adakah kita mampu melawan..jika sedar ke tidak sudah berapa banyak produk-produk mereka menguasai dunia dan Malaysia sendiri..Ish2 nak boikot pun ada yang berfikir 2 kali..kalau ada piliha lan tidak mengapa tapi tidak ada plihan lain.mereka still menguasai ekonomi..ni baru ekonomi, belum lagi pemikiran anak-anak muda yang menjadi pelapis baru..bagamana menyambut hari kemerdekaan,tahun baru,valentine day,macam2 lagi..apa yang kita nampak???bangga ke dengan sambutan mereka..tinggalkan kondom merata-rata, hidu gam..punk,pengkid,arak yang siap ditaja lagi...fikir-fikirkanlah..adakah mereka ini bakal pertahankan negara..


ramai tapi takut????



Pemimpin negara pula senyum,tidak amik apa-apa tindakan pada mereka..Yang mereka tahu amik tindakan pada ulama-ulama, anak-anak muda yang berani bersuara..kenapa mereka tidak bangga pada pelapis ini..nak tunggu sampai bila untuk kita berdiam diri..Anak-anak palestin menangis , pemimpin kita senyum dengan kehadiran RIHANNA..Ish2 , sekular-sekular..WHERE IS THE AMIR OF UMMAH?????

Oleh itu , kita sebagai pelapis for future generation, marilah membangunkan bangsa dengan penerapan nilai2 islam..mudah-mudahan segala apa yang kita usahakan akan mendapat rahmat dariNYa..wallahualam...




-CONTOH PEMIMPIN UMMAH-

Menangisi pemergian Tokoh-tokoh Islam
-sumaru-

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.