LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

PERAK BERGOLAK???

Posted by momo on 2/11/2009 03:24:00 PTG in


masjid ubudiyah



"Akak cuba tengok akhbar ni..betul ke Perak dah tukar MB".aku bertanya.

Alah malas nak tengok bahagian politik , biasalah tu..akak bukannya suka politik ni..Politik Malaysia ni kotor.


Politik Malaysia kotor??? betul ke? aku sebagai rakyat ada juga terfikir apa yang akak ni cakap..pernah je budak berumur bawah 10 tahun kata kat aku..tak suka Politik ..Kotor kak..apa yang kotornya..entah ...abah kita kata macam tu..Adakah benar kata-kata kakak dan seorang budak itu ???


Bagi aku,mungkin tidak semua berminat dengan politik,agaknya sibuk urusan masing-masing kot..tapi bagi aku politik tidak boleh di pisahkan dengan kehidupan..kita ni secara tidak sedar pun mungkin pernah berpolitik..contohnya nak mintak duit kat parent..mesti macam-macam kata-kata manis yang digunakan.Rasulullah juga pernah berpolitik.bukankah jika kita memisahkan antara kehidupan(politik) dengan agama kita dianggap sekular...Tapi..Malaysia cukup hebat politiknya.nape masih ada yang kata negara kita macam negara sekular? fikir-fikirkanlah.."tidak akan bergoyang pokok tanpa angin".




Peristiwa Lompat-lompat parti ibarat asam garam dalam dunia politik di Malaysia..Kenapa ye?

Terbaru di Perak.Pada asalnya Perak dipegang oleh Pakatan Rakyat..Peristiwa yang begitu kontroversi dimana beberapa ahli pakatan rakyat menyertai UMNO..Oleh itu, Perak terus jatuh ke tangan pejuang melayu iaitu UMNO..



Bagi pakatan ianya ibarat jatuh di timpa tangga di mana Nizar iaitu MB telah dilucutkan jawatannya kerana peristiwa ini..Tempatnya telah diganti oleh MB yang baru.Bagi aktivis-aktivis ianya amat memilukan setelah berjuang mendapatkan Perak tetapi tidak sampai setahun memerintah Perak telah beralih tangan ke Umno.






Pendapat saya MB lama perlu menerima hakikat ini..bukannya apa ..Jika difikirkan Pakatan memang sudah tidak mampu untuk bertahan..Lagipun selepas Pakatan naik , kita dapat melihat ramai kaum bukan melayu memegang jawatan dalam exco Perak..Ini hakikat..




Saya mengharapkan agar MB perlu banyak bersabar dalam menjaga maruah PKR,PAS dan DAP kerana jika masih mahu menunjukkan protes lebih-lebih lagi Menyentuh Kedaulatan Diraja..Apa yang kita dapat daripada sekadar memprotes..Dengan mengajak aktivis-aktivis berdemonstrasi adakah akan merubah keadaan..Bukankah ini akan menambahkan Fitnah pada Pakatan..Rakyat mungkin akan memandang rendah pada Pakatan Rakyat..Ini membangkitkan kemarahan rakyat bukan sahaja di negeri Perak malahan di seluruh Negara..Padahal kita sedia faham Kedaulatan Raja adalah begitu sensitif dikalangan rakyat..Saya sendiri pun tidak mahu kedaulatan melayu terancam..kita berhak..


Sebaik-baiknya, kita perlulah menerima pemimpin yang betul-betul layak untuk perjuangkan bangsa, agama dan negara..bukan memilih pemimpin ikut parti yang kita suka..Wallahualam





IMPIAN AL-FAROUQ
"Umar al-khattab R.A berkata pada sahabatnya:, impikanlah!!..."Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al-jarrah, muaz bin Jabbal dan Salim (Hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah..."


Bagi orang yang memahami pastilah merasakan bahawa ini adalah satu ketidakadilan ataupun penidasan buat Pakatan Rakyat..Masing-masing juga tidaklah terlalu beremosi dalam apa-apa hal..Fikirkan penyelesaian terbaik..Mungkin bagi mereka berdemonstrasi adalah penyelesaian yang terbaik..tetapi apa kata orang awam yang tidak faham cerita sebenar..mesti mereka kebingungan dan akan terus blame ke atas Pakatan Rakyat..Kalau sekadar blame pakatan di Perak tidak mengapa macammana dengan negeri lain..Bagaimana Negeri yang dah lama dipegang oleh PAS adakah turut terancam juga oleh orang yang hanya mendengar sebelah pihak je nanti..bak kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..


Ini sekadar perkongsian..saya ada terbaca di dalam buku rahsia al-arqam hasil tulisan ANN WANG SENG,dimana pemimpin mereka ustaz Asyaari ditahan di dalam ISA , pengikut mereka tidak berdemonstrasi pun, padahal pengikutnya yang ramai pasti mampu menggegarkan negara jika mereka buat..Assyaari begitu redha dengan ujian Allah..So mereka tidak di blame rakyat..


Saya tidaklah menghentam mana-mana pihak..Bagi saya, sesiapa yang merasakan dirinya ditindas hendaklah banyak bersabar, kerana Allah pasti akan membantu kalian..Kebenaran pasti tertegak..Bagi yang menzalimi orang lain itu insaflah,,kita tidak tahu sejauh mana kita mampu hidup di bumi ini ..Entah-entah esok hari..INGAT doa orang teraniaya paling cepat makbul..
Janganlah kita bila mendapat sesuatu berita kita terus bersangka buruk,kajilah dengan meneliti kebenaran kedua-dua belah pihak dan jangan terlalu percaya pada sebelah pihak sahaja..Sekarangkan informasi dunia di hujung jari..KAJILAH seperti firmannya:
surah Hujurat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik membawa sesuatu berita , maka telitilah kebenarannya , agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"..
-mujahidah -
"Alangkah indahnya kekuatan itu bersama kebenaran dan alangkah buruknya jika kelemahan itu tatkala berhadapan dengan kebatilan"

KEBENARAN PASTI TIBA!!!
sumaru yang mengharap

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.