LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Khas for women

Posted by momo on 3/31/2009 12:20:00 PG in


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam . Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.



unit citu uitm perak

1

ALAHAI EXAM

Posted by momo on 3/30/2009 06:06:00 PG in


Sedihnya aku sekarang susah sikit nak update blog.dengan kerja melambak-lambak,program yang baru je abis , test pada 3, 6 dan 9 /4 ni.. disusuli pulak dengan final exam lagi 3 minggu.


Banyak je cerita yang nak dikongsi,tapi cukuplah sekadar yang mampu.

exam aku akan start pada 23/4/2009,


24/4 ,27/4,30/4 dan 5/5 ni lah tarikh2 exam aku..MUET pulak dalam 5,6 n 7/5..wah ni dalam sejarah aku ada gap exam yang sedikit sepanjang 3 tahun aku belajar. hu3, bila ada orang tanya bila final start..aku pun cakap lah tarikh2 ni..aduish sadisnya kita kan..dahlah final sem ni ramai yang selalu sangkut paper.yang gap x sampai sehari tu semua nya subject membaca..takutnya..



cukuplah sekadar tu je luahan aku.x dapat nak cerita lama2..Harini pun ada quiz n x sempat abiskan 4 chapter lagi..aku tulis ni pun time azan subuh tengah berkumandang..oklah nak solat ..salam..



aku menanti tarikh 5/5/2009..my last final exam..jom kita be happy..he3..

sumerei yang dah busy...

0

ADAKAH KITA BERSIFAT TENANG

Posted by momo on 3/26/2009 11:32:00 PTG in



SIFAT TENANG DAN TIDAK GELOJOH.


Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdil Qais: bermaksud, Sesungguhnya pada dirimu ada dua perkara yang dicintai oleh Allah S.W.T. iaitu lemah lembut dan tenang (tidak gelojoh).
(Hadis Riwayat Muslim)



Keterangan
Hadis di atas diungkapkan ketika rombongan Bani Abdil Qais datang ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja mereka sampai di Masjid Nabawi, mereka terus menghadap Baginda. Mereka terburu-buru menemui Rasulullah s.a.w. sebelum mereka sempat mandi dan menukar pakaian. Tindakan ini dilakukan oleh semua ahli rombongan kecuali Asyaj bin Abdil Qais.




Sebelum menemui Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu beliau mandi dan menukar pakaian yang bersih dan memakai wangi-wangian. Apabila Asyaj datang mengadap Rasulullah s.a.w., lantas Baginda s.a.w. mengungkapkan hadis tersebut dengan maksud memuji tindakan Asyaj yang penuh dengan ketenangan dan sopan santun.





Islam adalah agama yang sejahtera, aman dan damai. Perlakuan yang menggambarkan sebaliknya adalah tidak datang dari Islam. Sebab itulah tenang dan tidak gelojoh merupakan sifat yang baik dan terpuji dalam Islam.




Tindakan yang seperti ini akan menghasilkan gerakkerja yang baik, terancang dan berkualiti. Kerja yang dibuat secara tergopoh gapah akan menyebabkan hasilnya tidak berkualiti. Maka sebab itulah juga Rasulullah s.a.w. menyebutkan dalam sabdanya bermaksud : Apabila hendak melakukan sesuatu amalan, buatlah dengan sungguh-sungguh.(aw kama qala s.a.w.).



Ini bermakna amalan yang hendak dilakukan mestilah dalam keadaan terancang dan tersusun, teliti dan tidak tergopoh gapah atau gelojoh atau dengan kata lain mestilah dalam keadaan tenang.




Kesimpulan
Tenang adalah sifat yang baik dalam tingkah laku dan perbuatan.
Gelojoh adalah daripada amalan syaitan.



Kerja yang tiada perancangan dan ketelitian akan mengundang hasil yang tidak berkualiti.
Hasil kerja (umat Islam) yang tiada kualiti akan menyebabkan imej Islam tidak baik dan dipandang rendah.



Kehidupan yang diselubungi ketenangan mampu menghasilkan pemikiran yang tenang serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan.

Moga peringatan ini mampu sedikit sebanyak mententeramkan situasi dan memberikan ketenangan agar segala usaha yang dirancang mencapai matlamat keredhaan Allah S.W.T.
Wallahu a’lam.



Disediakan oleh:
Abd. Nasir Hj. Musa
CITU, UiTM Perak

0

REHLAH , WALIMAH & SHOPPING

Posted by momo on 3/21/2009 10:04:00 PTG in
20/3/2009

"INGAT esok berkumpul di wakaf depan pukul 8.45 pagi." itulah kata2 ingatan buat aku oleh syam walhal aku dah tahu pun..yelah ..


itulah plan kami sejak beberapa hari..


flash back" syam jom kita ajak adik2 pergi walimah kak akmarina..memang ana nak ajak pun..bincang dalam bilik je..he3 mudah sungguh nak plan program kalau dah sebilik..



setelah berbincang dengan pimpinan adik2,so kami pun dah plan nak buat rehlah pada paginya kat tepi pantai.."teluk batik kot"..lepas zohor baru bergerak ke rumah akhi awis kat pantai remis..


"dijah nak tahu tadi afiqah call ana , dia cakap muslimin pun nak ikut sama2 rehlah kononnya nak protect kita..baiknya hati dan kami tergelak sama2 kat bilik..enti cakap apa" ah tentulah tak boleh..sibuk je..kita pergi sendiri..naik keta kot..sewa je..


Then esoknya (21/3/2009) kami berkumpul di wakaf..bila nak sampai kereta sewa ni..dah hampir jam 10.30 ni.kami semua dah mula rasa x selesa dan muka pun kalau tengok dah macam kucing kelaparan.."nampaknya terpaksalah kita batalkan rehlah tu..mana sempat..aku mengomel..


mesej adik usrah adawiyah""salam.mana keretanya dik,lamanya..'"


mesej received "sesungguhnya orang yang bersabar itu adalah orang yang sangat gagah..ni la tarbiyah ..jap lagi kami sampai"..fuh mesej ringkas but meaningful..terus insaf..yes this is kind of tarbiyah..2 jam kot tunggu..menyesal tak bawak buku ke..boleh baca..nilah dia perancangan Allah..TARBIYAH MASA..



sambil duk menunggu si sal pula nak berposing dengan baju barunya..bergambar..aku pun teruslah joint..nak senangkan hati..aku plak ajak ros ,sal n atiqah rowi ke padang tepi jalan..kononnya nak bergambar kat situ..kami pun bergambar lagi,then bercerita kisah2 silam..main apa,selalu x kena marah dgn parent,mcm2 lagi kami bincang,betullah selalu ayat yg kita dengar" jika nak kenali sahabat maka bermusafirlah dengan mereka"..urm ni pun kira ada lah juga kena dgn ayat tu..byk masa nak berborak.




Hon2..kami pun dipanggil..oh kereta sewa dah sampai, naik dgn sarah memang best..mcm2 kami bualkan..he3..syam , and faraha pun naik kete dgn aku..so kai pun berkonvoilah ke teluk batik..syam pulak mencadangkan nak beli hadiah untuk kak akma..kereta kami berhenti di the store setiawan...2 kete lg terus ke teluk batik..masa tu lagi beberapa minit nak pukul 12 tgh..
After beli present,kami pun terus ke teluk batik,main redah je,aku yg tunjukkan jalan,ingat2 lupa jalan nak ke sana..

Alhamdulillah sampai dgn selamatnya..sampai2 kami terus cari mereka,afiqah,tiqah rowi ,sal ,ros,abi,atiqah syukri and fadilah..uish dah siap beli makanan nak bersantai di tepi pantai..jumpa pulak bebudak part 1 ,bekelah kat situ..Then bentang tikar kami pun berdoa,berbual,makan, cakap round table,..apa ibrah dari rehlah ni, adik2 ni macam meraikan kami yang dah nak grad kot.


Baik sungguh adik2 ni,time tu jumpa kuda,terus semua jadi jakun,jom bergambar dgn kuda,besar sungguh kuda tu..tapi x nak post kami bergambar dgn kuda..aku agak takut dgn kuda tu,rasa2 semua pun sama kot..nak sentuh tapi x berani,sekali kuda gelengkan kepala semua terus lari>>>memang kelakar..Paling x best ,makan keropok lekor yg sedap tu aku terkena kuahnya kat tudung baru.waaa..umah akhi awis pun tak sampai lagi dah kotor..sabar jelah..semua gelakkan aku..nakal betul adik2 ni..



After that, dalam kol 1.45 kami terus mencari masjid untuk solat zohor, uish habis2 tu semuanya bersiap2 bersolek,termasuk aku,wanita kena jaga imej..betul tak,,bersembur2 minyak wangi dengan bedaknya..he2,paling kelakar fadilah mintak aku sedikit bedak ,aku sengaja curahkan lebih,terus dia letak kat muka,dah macam hantu putihnya..tapi mujur afiqah yang lapkan mukanya..baik sungguh..he2 lawak pun ada..


Memang kami bertolak agak lambat, dalam kol 2.20 p.m, pergi ke pantai remis dengan penuh tawakkal..dalam setengah jam gerak , min mesej syam:"Alhamdulillah kami dah sampai", apa min sampai dulu, depa kan bertolak lambat dari uitm coz ada futsal sesama depa..X palah kita gerak je..he3 memang kereta aku jadi leader for all kereta,tapi kami drive mcm terlalu cepat kot, then beberapa kali tunggu 2 kereta yg abi n afiqah bawak kat tepi jalan..tu yang jadi lambat lagi coz kami masuk kiri depa terus terus,x perasan kami masuk kiri..hu2 ,xpa janji nak sampai kerumah kak akma je is done enough..



Akhirnya selepas melalui macam2 ujian jalan raya kami pun sampai ke rumahnya, apa dah siap2 kemaskan meja..hu2 lambatnya kita datang,dalam kol 3.30 p.m..Then terus jumpa kak akmarina yang cantik memakai baju bewarna krim,menambah keayuannya,pasangan yang secocok..hu3..masa tu jumpalah alumni kam, kak linda, kak ita, kak siti khadijah,kak iza,dan kak ? X ingat pulak..sory..makan2,berborak2, bergambar ,min pun bergambar sekali...
dalam jam 4.25 ,kami bergerak keluar , ikut jalan beruas..


Terserempak pulak kedai makan mee udang, aku mintak sarah berhenti,nak beli,sedap tau mee udang..teringat masakan mak angkat aku masa program opkim anjuran bersatu kat kg,telaga nenas..sedapp....lastly plan nak ke air tawar pula untuk beli barang2 dinner imad..then after solat di sebuah masjid kat beruas..ada kisah,aku ni dah lah takut nak bawak kereta , lesen dah full,tp x berani lg nak drive,,di tambah pula dengan sarah yang bawak dengan penuh kesyahidannya..dgn jalan sempit, 2 buah kete lain dah sampai ke masjid tu .tapi kami terlepas, then nak pusing balik tu..sarah berani pusing kat jalan sempit,knonnya lepaslah,tapi x lepas,undur balik..pusing lagi x lepas lagi, syam pulak siap cakap,sarah stop kejap biar motor tu lepas dulu,sarah pun ikutlah.





woi kita ni cross kat tgh2 jalan..aku monolong, x mampu nak cakap,takut..dah nampak kereta melaju dari jauh,lagilah takut..aku siap cakap,sarah2,sarah2...dalam hati berdoa jelah..Alhamdulillah dah pusing..solat asar, balik ..ada ke kami terlepas pekan setiawan,dah nak sampai kampus baru perasan x jumpa2 pekan tu..akhirnya patah balik.



Ada ke dah nak sampai , kami kehabisan minyak,mujur, dekat dgn stesen minyak shell,syam n faraha offer diri pg beli minyak..aku dgn sarah berdua kat dlm kete..Beberapa minit kemudian,ada seorang pakcik chinese yg agak berumur x pakai baju naik motor, berhenti depan kete kami, tersenyum je, kami ingat dia nak tolong , nak je cakap xde apa2 yang rosak,bila dia makin dekat, terus sarah cakap,kak cat bukak tingkap,aku n dia pun bukak tingkap dengan kelam kabut,tiba2 pakcik tu lalu je terus, kami terus tunduk malu, gelak dengan lucunya,,rupa-rupanya pak cik tu nak lalu kat tepi kereta utuk ke simpang belakang, patulah berhenti,nak amik ukur jarak boleh lepas ke tak..bila fikir balik memang kelakar n memalukan ..hanya aku n sarah je tahu, tak bagi tahu sesiapa..he2


teruskan perjalanan ke kedai macam2,aku pun amik kesempatan beli present untuk sahabat..birthdaynya nak dekat..prepared je dulu..pastu kami pergi solat maghrib kat surau air tawar..balik kat uitm dalam kol 9.30malam..dah risau dah,kena tulis nama ke tak,tgh jalan plan nak cakap apa kat pak guard ,nak kata pg walimah,wah sampai malam kot..tak logi pulak,Alhamdulillah xde apa2..perempuan paling lewat masuk ke kampus pukul 9 malam..guys pulak jam11 malam..syukur balik dengan penuh keletihan,pengalaman, dan perut lapar..
balik tu faraha singgah bilik,kami pun makan mee udang sama2, Alhamdulillah memang sedap,kalau lalu sana lagi,memang nekad kena beli,x rugi beli,maybe perut dah makin lapar kot..



Alhamdulillah di kesempatan masa ni aku berjaya menulis lagi pengalaman yang indah ni..moga ianya x berhenti di sini sahaja..teringat abi kata"nanti bila kita jumpa n rehlah macam ni ,jangan lupa dah bawak anak2 datang ke mari"wah plan masa depan..InsyaAllah moga kami di kurniakan keluarga yang bahagia sebagaiman Nabi Muhammad dan Siti Khadijah..nama aku kottt..


Alhamdulillah di kesempatan masa ni aku berjaya menulis lagi pengalaman yang indah ni..moga ianya x berhenti di sini sahaja..teringat abi kata"nanti bila kita jumpa n rehlah macam ni ,jangan lupa dah bawak anak2 datang ke mari"wah plan masa depan..InsyaAllah moga kami di kurniakan keluarga yang bahagia sebagaiman Nabi Muhammad dan Siti Khadijah..nama aku kottt..

ukhuwah fillah abadan abada dan susah senang kita hadapi bersama..






0

APA YANG KAU PERJUANGKAN YA ANNAS??

Posted by momo on 3/18/2009 12:31:00 PG in

engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setiakawan
engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang, kerenah isteri tidak kau tahan
engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pungkang
engkau ingin berjuang, diri engkau, tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya, APA YANG HENDAK ENGKAU PERJUANGKAN?

PERKONGSIAN DARI SEORANG UKHTI...

0

SYAKHOFILLAH AHMAD BUKHORI

Posted by momo on 3/17/2009 12:48:00 PTG in
kuat kan semangat dalam tempuhi dugaan


"kita selalu mohon kepada Allah kebahagiaan, tapi allah bagi huru-hara, kita mohon kebijaksanan Allah bagi masalah, kita mohon kekuatan Allah bagi kesedihan.Tapi kita tak tahu sebenarnya Allah bagi huru-hara supaya lebih belajar utk tenang, Allah bagi kita kesedihan supaya lebih kuat dan tabah dan Allah bagi kita masalah utk lebih berfikir. Beruntunglh orang-orang yg menghadapi ujian dari Allah dengan tawakal dan tenang serta bertambah takwa dan keimanannya"
MESEJ:
salam buat semua sahabat2 , bukhori dalam keadaan tenat.doakan dan buat hajat..

Semalam saya , syamsidar,salbiah,kak hurul dan syuhada pergi melawat bukhori di hospital seri manjung..kami bertolak dari kampus dalm pukul 6 petang .bergegas dalam keadaan lapar dan penat..yelah baru je abis test..tapi dah dapat pinjam kereta siti..kami pun gagahkan juga melawat akhi bukhori..

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan walaupun kereta proton saga yang lama tu banyak ragamnya ..tapi mujahidah kami iaitu syamsidar boleh jadi superwoman..banyak kereta dengan penuh bersemangat, menyeramkan sikit,kadang2 terberhenti mengejut..memang kalau difikirkan amat seram..tapi Alhamdulillah berjaya sampai..lepas ni mesti dia boleh masuk pertandingan F1..he3..

kami sampai jam 7 .45 p.m..Alamak dah terlepas waktu melawat nih!..xpa kita pergi solat dulu..After solat berjemaah kami terus ke tempat wad..Susah juga malam2 nak melawat..mula-mulanya pak guard tak bagi masuk ..cuma boleh seorang sahaja..then syam pun keluarkan hujahnya"takkanlah perempuan nak lawat lelaki sorang2"..oklah masuk berdua je..jangan lama2..

Syukur..aku masuk dulu dengan syam..kami yang masuk paling lama..kesian depa tunggu..yelah kami tanya macam2..kat akhi..Alhamdulillah dia nampak sihat..katanya sakit dia dah lama..every semester masuk wad..kat hospital ipoh pun dah 4 kali masuk..oh tak tahu pun akhi..memang sir ..tanya lagi sakit apa..tapi dia memang tak nak bagitahu..xpalah mungkin belum masanya nak declare....


second round sal dengan syu pula..last k.hurul dengan syam balik..Time tu dah pukul 9 malam ..kami kelaparan..Akhirnya beli maggi segera yang tak boikot punya ..makan kat dalam kereta ..beli dua kongsi ramai2..Balik tu kami singgah kat kedai "roti segar "..terus order makanan,paling best syam belanja makan..seronok..rasa ukhuwah makin terserlah pulak2..he3..yelah lepas ni kami tak tahu nak sambung degree dicampakkan ke mana2 uitm cawangan ke or induk..ntah bila pulak nak berjalan2 sama2 macam ni..

Akhirnya kami pun bergerak pulang ke kampus..Asalnya perempuan kena pulang ke kampus sebelum jam 9 malam ..Kami sampai ke kampus jam 10 .45 malam..Tapi sangat bersyukur pak guard x tahan pun..kami mudah je masuk..mungkin hasil "mengangkat tangan pada pak guard"buatkan kami tak ditahan..mungkin tulis nama jelah..he3..Balik bilik memang penat.. kerja memang banyak tak buat lagi..baju tamrin semalam tak berbasuh..pagi semalam sibuk nak prepare test..assingnment banyak..kerja2 company lagi..hu2 tapi inilah nikmat berjemaah...kerja melambak tu semuanya pelaburan dunia..hasilnya melambak2 di akhirat kelak..InsyaAllah.


TO akhi bukhori :"moga cepat sembuh..doa kami untuk akhi...jangan bersedih dengan ujian Allah..moga segala ujian kesakitan menghapus dosa2 akhi"..

21 haribulan ni pulak kami berlima bercadang nak ke kenduri kahwin kak akmarina kat pantai remis..he3..syam bawak lagi ke??????//takutttttt...kena mengucap banyak2 dulu....
sumerei yang takut....tapi best....





0

ORANG-ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Posted by momo on 3/12/2009 08:28:00 PTG in

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)



2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di saff bahagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)




6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)



7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)



9. Orang - orang yang berinfak.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)



11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")




12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


SUBHANALLAH MUDAHNYA NAK DAPAT PAHALA.....TAPI ADAKAH KITA SEDAR???

0

PENAT ....PROGRAM...LAGI-LAGI TEST...Hmmm...

Posted by momo on 3/12/2009 04:42:00 PTG in


YA ALLAH THABATKAN HATI KAMI




Alhamdulillah..dapat juga aku buat usrah bersama adik2 walaupun hanya 3 orang yang hadirkan diri..malu nak cakap aku dah sebulan tak buat usrah..apa nak jadi dengan aku ni..tak responsible langsung..tapi sebenarnya usrah aku telah diganti dengan mewajibkan depa hadirkan aktiviti-aktiviti di pusat islam..macam forum bicara siswa , family day dan rm 1 untuk palestin..ahh ni alasan je..busy dengan aktiviti akademik.bukan aku sahaja tapi adik2 usrah pun sama..



Cabaran semester akhir ni memang mencabar,tapi baru je lecturer aku kata level diploma perakaunan ni hanya 20% je compare dengan level degree ni..waaa..takutnya nak masuk degree nanti..tak mengapa akan aku cuba juga..



tadi semasa di surau fakulti , terjumpa dengan zam zarina,kami berbual then dia ada cakap,urm macam mana dengan usrah akak.."oh,akak baru je buat semalam..tapi 3 orang je yang datang.".walaupun ada seorang yang joint saja2..yang lain busy kot..


akak sekarang ketandusan program pentarbiyahan and usrah..yelah akak usrah saya dah grade semester lepas..baytch akak sekarang paling senior dikampus..memang ada budak2 degree..tapi depa x joint pun imad..so akak hanya memberi tapi xde minyak..memanglah ada kuliyyah penawar hati di pusat islam setiap rabu malam, tapi hanya pergi sekali je setakat ni....maknanya akak tak ada usrah lah..setakat pergi program2 dakwah kat ump, and lain2 tu amat berbeza dengan kita mempunyai seorang naqibah macam sebelum ni..hu2 kak AYA saya rindukan usrah akak!!! erm macam mana ek dia dah further degree kat uitm terengganu..



"oh akak kita buat usrah sesama kita nak tak..ina bagi kat akak..akak bagi kat ina"..urm mantapnya adik nih!!malu akak ..rasa rendah diri dengan adik yang seorang ni..kita ni masih jahil ..Ya Allah bantulaha aku...kadang2 rasa sedih bila kita melihat tiada perubahan pada adik2 usrah..lama gak pegang depa ..tapi inilah mehnahnya..saya rasa saya gagal dalam dakwah fardiyyah..jiwa saya macam lebih kepada dakwah umum..pandai bergaul n masuk degan semua orang..tapi dari segi prosessnya...masih gagal..


Setelah cakap kat ina akak ko ni gagal lah dalam dakwah fardiyyah..then dia kata ..akak ada lawat tak adik2,belanja depa,tido bilik depa,makan sama2,mesej,calling...urm tak buat sangatlah dik.macam biasa jee..xde ke yang luar biasa.."akak memang ini perkara biasa tapi paling penting adalah tautan hati...akak kena baca buku tautan hati nih...InsyaAllah ina,,ni buku yang kat bilik akak ni masih menanti di baca..masa makin mencumburui...



INGAT KAK NABI PUN PERNAH KENA TEGUR OLEH ALLAH,,"HIDAYAH TU MILIK AKU!"..janganlah akak nak berputus asa dalam dakwah ni..memang jalan dakwah ni perit..namun kita harus teruskan usaha..jangan mintak hasilnya tapi usahanya yang menjadi taruhan..


SUBHANALLAH, terima kasih buat adik zam zarina kerana pertemuan kita selepas kelas masing2 di surau memberikan impak yang amat besar dalam diri akak..moga kita terus mantap dalam ukhuwah dan perjuangan..


AKU ada plan 22/3 ni nak buat rehlah dengan adik2 usrah yang seramai 9 orang tu..kalau campur dah senior dalam 11 orang..tapi tak tahulah depa boleh pergi ke tak..aku harap piknik kali ini akan memberikan dan mendatangkan seribu hikmah buat kami semua..ni pun kuharapkan termasuk dalam salah satu dakwah fardiyyah..


next usrah adalah penentunya sama ada depa betul2 nak pegi atau tak.ye lah mana tau time tu clash dengan program lain ke ..he3 cadangnya nak pergi kat air terjun sekitar perak..moga2 ALLAH permudahkan niat suci kami..lagipun nak meraikan diri ini yang dah tua...nak grade sem ni INSYAALLAH..



13-15 ni pulak ada program company..16.3 pulak ada test akaun..dah lah banyak chapter tak baca lagi..then ada kuiz subject lain pulak..presentation..nak siapkan assignment web yang nak kena present dalam sebulan lagi....dah lah x de group buat sorang.gusi pulak bengkak..tapi dah kurang sikit sebab puasa khamis ni memang banyak mengurangkan stress pada gusi geraham aku..YA ALLAH bantulah aku...


AYAH aku pulak selalu dah berpesan ..semester akhir ni buat betul2 ..naikkan sikit pointer tu ..senang nak mintak biasiswa mana2..mak pula..nasihat ..jangan aktif2 sangat siti!..ye mak abah INSYAALLAH anakanda akan penuhi this obligation..hu3...doakan anakmu ini ye mak abah..miss u so much..


Itu jelah sedikit luahan hati dari seorang mahasiswa,daie' dan anak...



SUMEREI YANG MENGIAW





0

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Posted by momo on 3/07/2009 07:54:00 PG in
9/3 / 2009 bersamaan 12 rabiuawal 1430 Hijrah.. semua umat islam pasti menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw..

Qudwah Hasanah or role model kita siapa ek???Harry Potter, Artis ,Pelakon,Pelawak,Penyangak or sesiapa je??? Di Harapkan agar kita menjadikan Nabi kita yang mulia ini sebagai Role Model kita..

Kita begitu mudah nak sambut birthday kawan2 kita sampai sangup beli macam-macam..tidur lambat untuk tunggu jam berdetik ke angka 12 tengah malam..Sangup kan kita ....Memang betul kita patut meraikan tetapi sekadar yang termampu dan janganlah sampai berlebih-lebihan..

mesti ada yang ada pengalaman menjadi mangsa si penyambut birthday yang terdiri dikalangan kawan2 sendiri.dibaling telur busuk,tepung,baling air..n macam2 asalkan meriah..bakar mercun, beli perkakas birthday,topi,tiup2 mainan..semua ini kita sangup kan?? yelah best..siap bakar lilin kat kek birthday.kononnya nak ikut umur...lagi byk lagi banyak umur kita..kalu aku 21..urm maybe 21 batang lilin kot?? jap2 ..boleh ke pasang lilin kat kek ..sebab aku pernah dengar citer x elok pasang lilin kat kek..nape ek??? ada sesiapa boleh tolong komen..please..

Berbalik kepada Sambutan Maulidur Rasul ..nape ye ada yang tak ada perasaan apa-apa ..sedangkan Rasulullah adalah Nabi kita.memberi syafaat n pengajaran pada kita..moga kita sentiasa mengingati Nabi kita,


tak kenal maka tak kenal ..Susah nak sayang seseorang jika tidak mengenalinya..Cuba baca sirah Nabi,then baru kita akan cinta kepada nabi..macam ada sejarah yang diceritakan seorang ustaz..seorang sahabat nabi yang kata"aku menyintai diri aku dulu ,baru Allah dan Engkau Ya rasulullah..." Sesungguhnya engkau tidak beriman...Terus sahabat itu kata ..Aku menyintai Allah kemudian Rasulullah dan kemudian baru aku..Subhanallah...

Rasulullah banyak memberikan pengajaran dan begitu sayang pada kita semua ..Sampai ketika menghadapi sakaratul maut..Beliau masih ingat pada umatnya..."ummati, ummati, ummati"..


"Ya Rasulullah , walaupun aku tidak pernah berjumpa denganmu namun cinta aku kepadamu amat mendalam.tak sabar rasanya nak bertemu dengan orang yang begitu mulia iaitu Nabi kita.moga kita menjadi umat yang mendapat syafaat dari Nabi Muhammad.."


Mudah je , selalulah berselawat ke atas nabi, amalkan sunnahnya, dia pasti akan gembira dengan umat yang ditinggalkannya..sesungguhnya dia tidak meninggalkan kita dengan tangan kosong melainkan harta yang tak ternilai iaitu Sunnahnya dan Al- quran..Berpegang padanya akan selamatkan kita dari tersesat buat selama-lamanya..Subhanallah




Saya menyeru umat islam agar sentiasa berselawat ke atas nabi..sebagai tanda kita menyayangi beliau..wallahualam

"salam maulud nabi"
----sumerei------













0

BE PUNCTUAL SITI KHADIJAH!!!

Posted by momo on 3/04/2009 01:36:00 PTG in
"I WILL BE MORE APPREACIATE IF MY STUDENT COME EARLY THAN ME..NEXT WEEK WILL MORE BETTER..FIGHT TO BE PUNCTUAL COMING TO THE CLASS..I AM VERY SAD WHEN THERE ARE SEVERAL MY STUDENT STILL CANNOT BE PUNCTUAL IN MY CLASS.."..said my lecturer taxation...sambil pandang kat aku..

Urm memang aku banyak kali datang lambat ke kelas dia..ini memang first time dia tegur..Teguran dia memang penuh hikmah..X memalukan sesiapa..Ya Allah aku faham dia menegur aku secara indirect..pagi tadi datang lambat kelas dia,dalam lewat 5 minit je..sebab aku pergi beli breakfirst..Dia memang sangat awal datang..

Terima kasih Puan Ilmiah..Tq for advice us..InsyaAllah saya cuba datang awal ke kelas..Memang ..aku akui ,menggangu kelas n then kelam kabut nak bukak buku..

Tapi memang rasa sangat bersalah..kita pun pasti akan rasa sedih kalau adik2 usrah datang lambat ke ta'lim..nikan dia lecturer yang banyak mengajar aku..:

Masa abis kelas aku terus ke depan nak minta maaf,tapi...x sempat coz dia dah keluar..
waaa. nampaknya aku terpaksa luahkan dalam blog ni dulu..InsyaAllah aku cuba datang lebih awal ..Tapi memang selalu time kelas dia pulak tu aku datang lambat..kelas lain x pun..hu2 nthah apa2 lah aku ni..

INSYAALLAH I WILL FIGHT TO COME EARLY IN EVERY WHERE..

sumerei yang insaf

1

Kuatkan semangat kak Hurul AIN 'sinar matamu'

Posted by momo on 3/01/2009 06:17:00 PTG in
Innalillahhi wa innailahirojiun...

ungkapan yang biasa kita dengar..

26.1.2009, selepas aku pulang awal dari test audit aku singgah ke library.Abis je menelaah surat khabar arus perdana aku pun pulang ke bilik..

Sampai je kat bilik..Romate aku ,Syam terus kata "Dijah ,Ayah kak hurul dah kembali ke rahmatullah",Innalillah ..'ana baru je pg bilik dia'..Ok ana pegi..


bilik kami selang beberapa bilik je..Then sampai je kat bilik dia ,dia terus genggam tangan saya..Crying..ye memang patut kita menangisi pemergian orang yang banyak berkorban untuk kita..aku pun pegang kak hurul..tenangkan dia.then dia pun stat bercerita macam mana berita tu sampai kat dia..


"Time tu akak tgh jawab test audit,balik awal gak ,then check phone dah banyak sangat miscall..Then akak call balik mak akak,mak macam x bersuara sangat..bagi kat kakak pun sama,then akhirnya abang ipar yang cakap" AYAH DAH KEMBALI KERAHMATULLAH..


dengar je berita tu..akak terus x mampu cakap..nangis je..Ayah banyak memang baik pada kami walaupun nampak garang,tegas dengan anak2 tetapi dia amat caring..kami sayang Ayah sangat..akak redha dengan pemergian dia..dia dah lama sakit..Allah lebih sayangkan ayah..kak hurul bercerita dalam keadaan yang sebak...maybe dah abis air mata..


Sabar ye kak hurul ain..La Tahzan,itu kan janji Allah.."Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian".Ni nak balik macammana ni ..InsyaAllah kak roha dalam perjalanan ke sini..aku masih mengurut2 belakang badannya..Aku x mampu menangis sebab nak support dia..lagipun otak dah kepenatan lepas test tadi..Syukur dapat call time abis test..ni semua perancangan ALLAH.






oleh itu sebagai sahabat kak hurul kami senantiasa mendoakan agar dikau tabah dengan ujian ALLAH..Kami jua akan merasai kepahitan pemergian orang yang tercinta ..cuma menunggu masa..


DAN KITA PUN PASTI AKAN PERGI MENUJU ILAHI...PASTI! PASTI!PASTI!



moga Allah segala ujian Allah akan menjadikan kita lebih matang , lebih menghargai harta yang masih ada,dan sebagainya..INGAT RAMAI LAGI YANG DAH MENJADI YATIM PIATU sejak kecil lagi..LIKE OUR PROPHET 'RASULULLAH'..


BERSYUKUR SELAGI KITA MASIH ADA HARTA YANG PALING BERNILAI..IMAN N TAQWA..SERTA KELUARGA KITA..






AL-FATIHAH KUTUJUKAN BUAT HAJI MUHAMMAD ANUAR BIN HAJI SATAR


moga ruhnya dicucuri rahmat..

juga kudoakan buat seluruh umat islam samaada hidup mahupun yang dah meninggal dunia..moga kita diampunkan segala dosa2..amin..


wallahualam...

-sumerei-

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.