LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Kenangan di RCMP

Posted by momo on 2/03/2009 06:50:00 PTG in
RCMP
islamic doctor


Kampus aku pernah di jemput untuk jadi fasi di RCMP..aku dapat mesej dari k.syida..masa tu aku kat uia.Kuantan..pening juga nak cari orang.ssapa ye yang sesuai..yelah takut-takut tak cukup pengalaman..
Akhirnya yang pergi adalah aku sendiri bersama Afiqah izzah dan Ika..memang aku banyak betul program time tu..dengan program anak angkat , kursus fasilitator under kampusnya..di hitung hari aku bercuti di rumah lebih kurang 10 hari je masa cuti semester lepas…walaupun aku baru balik dari program Rakan Muda kat leggong..terus pergi ke rumah k.syida..memang awal aku pergi sana..hari rabu petang..program hari jumaat..kesian k.syida nak melayan aku..tapi aku paling respect kat Ika sebab sangup datang dari Johor ..kalau ke perak naik bus , memang penat , tambang lagi…ish2 inilah antara contoh DAI’E ALLAH.…macam firmannya…
Surah As-saff ayat 10 dan 11
“wahai orang-orang yang beriman ! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu ) kamu beriman pada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”.
Berbalik pada sirah Nabi..betapa Nabi sendiri telah banyak berkorban untuk menyebarkan dakwah..SITI KHADIJAH isteri baginda juga walaupun seorang hartawan, tidak bongkak..malah banyak menyumbangkan hartanya untuk Dakwah…tambahan pula banyak lagi sahabat2 rasulullah yang banyak menyumbang harta serta jiwa mereka agar islam terus bersinar di bumi Allah…MANUSIA ZAMAN SEKARANG ..bagaimana??? sumbangkan apa ,jangan asik sumbang mahram je..contohilah sirah-sirah ni..
Aku ,ika da afiqah izzah naik kereta dengan k.syida..bergerak ke Kuala Kangsar agak lewat petang..nak pergi tempat tu agak susah sikit nak cari simpang masuk..so kami tersesat..At last, nak hujung maghrib baru sampai..nasib baik sempat maghrib..Alhamdulillah..So malam tu selepas makan nasi lauk paprik yang dimasak sendiri oleh sahabat RCMP ,solat isyak …kami ada ceramah..memang best..macam2 ilmu yang dicurahkan oleh ustaz..lepas semua tu kami pergi ke khemah …mantap adik2 n kami semua tido kat dalam khemah..muslimin je tido kat dalam dewan..
Nak tau apa menariknya dengan khemah tu…khemah tu didirikan di atas tempat lapang yang bertar…fuh memang tarbiyah betul..pagi dan malam macam kita duduk kat bilik ‘sauna’..siang pulak macam oven..tapi tidak dengar pun satu rungutan dari peserta-peserta yang semuanya muslimat…ish2 muslimin biasalah susah sikit nak dapat untuk jadi peserta..tidak apa,walaupun tidak ramai , program mesti diteruskan…mereka tidak datang itu mungkin tapisan dari Allah..
Walaupun agak panas , masing-masing dah penat,kami tido je..tapi ini sikit je berbanding Rasulullah, sahabat-sahabat nabi..para Mujahid, pejuang-pejuang dan rakyat palestin…ish memang lagi teruk... Saya teringat kisah Zainab Al-Ghazali yang di siksa di dalam penjara untuk memperjuangkan AD-DEEN …beliau terpaksa tidur kat dalam satu bilik khas yang dipenuhi air yang busuk dalamnya paras leher..jika beliau tertidur atau bergerak sedikit dari kedudukannya beliau akan di sebat…memang zalim kan…Tapi memang inilah sebenar-benar memperjuangkan agama kita..Kita ni mampu ke sahabat2 nak jadi seperti mereka ni..Baru dapat ujian sedikit..terus ‘FUTUR’…Apakah benar ini diri kita..Wallahualam..mudah-mudahan dijauhkan…
Esoknya pelbagai aktiviti yang diadakan , ada sesi perbincangan semula dalam bengkel.aku jadi fasi bagi 3 orang ..Nur Farahin, Shaheen dan Nurul Fatin. Juga ceramah oleh ustaz yang mantap2..paling best ada aktiviti perawi hadis..memang mencabar..aku kalau jadi depa mesti tidak boleh hafal punyalah..depa budak medic kot..hebat2..he3..nak tau mereka diberi tugasan untuk hafal hadis2 yang agak panjang , then kena hafal dalam beberapa minit..time depa menghafal,kami ganggu dengan bukak radio kuat2..baca hadis lainlah..macam2 lagilah sampai ada seorang adik fasi aku menangis sebab dia x Berjaya nak hafal semua..bagus dik !! menangis sebab takut islam x naik kan..Pagi tu Aqilah datang nak joint jadi fasi jugak..rumah dia kat Kuala kangsar ..so mak dia hantarlah kat tempat program tu...

Bila time masa yang lapang sedikit..kami sesama Ajk adalah jugak main "seven-up", "Buaya Biawak",dan berborak2 ..memang fun..diorang ni memang friendly..Paling best diorang punya super senior , kak Zura dan kak ..lupa namanya..sangup datang malam tu untuk memberikan sokongan pada adik2 mereka...walaupun mereka busy dengan kerja-kerja akademik..nak exam besar..INSYAALLAH ..they will be a Doctor...
pengalaman paling kelakar bila time aktiviti berjalan malam..memang best. bukanlah malam ..tapi stat pukul 3 pagi..selepas semua tidur..penat sih aku tidur sejam je..masuk kat bilik Sauna tu pukul 2 pagi..kami bertugas sebagai hantar adik2 ni ke check point je sebab kami kan fasi sebenarnya x terlibat...tapi aku dah nekad nak tengok apa aktivitinya..siap ika request nak jadi peserta jugak ..nak main tutup mata..

start group 1 bergerak dulu..aku group 3 so lambat lagi..then dapatlah berborak dengan adik fasi aku..best ..macam2 depa cerita..tambah lagi ukhuwah..then group kami bergerak..memang gelap.nasib baik aku punya phone ada lampu..dapatlah terangkan jalan sikit..memang sungguh indah malam tu ...bintang2, lalu pulak tepi sungai Perak..paling x bestnye banyak lembu....berlembu-lembu aku tgk...takutlah jugak..aku ni takut lembu..kena tanduk karang..susah pulak..yang nampak jalan nih lagi takut..budak2 ni bukan nampak pun lembu lalu sebelah depa..aku buat selamba je..



lembu yang comel


Alhamdulillah , sampai check point 1 , jumpalah Ika, Aqilah , Afiqah..boleh tak depa dah nak balik..wei aku kan baru sampai..aku tak nak balik...nak joint aktiviti sampai habis..then depa bertiga pun balik..ikalah ketuanya sebab dia kan kakak..berbekalkan satu lampu suluh depa pun balik..beberapa minit kemudian, aik..kenapa datang balik..diorang datang dalam keadaan tergelak-gelak,kepenatan...terus Ika cakap..mula-mula dah nak sampai dah ke kem..tiba-tiba banyak pulak lembu tepi jalan..ika nak teruskan juga ..then kami jalan depan sikit..tiba2 rasa macam lembu tu makin dekat dengan kitaorang..ish takut nanti kena kejar dengan lembu kami pun patah balik...Ya Allah...aku pun start gelak sambil tutup mulut..takut adik2 aku dengar..kesian depa hasrat nak tidur x tercapai..tapi seorang muslimin nak balik..terus depa request nak balik sama..so depa bertiga baliklah ke kem dengan selamat...HAI LEMBU, LEMBU..

Lepas semua tu, teruskan ke check point seterusnya..aku jalan dengan kak Raihan,memang best..macam-macam kami bualkan..Ada satu tempat ..aku tergelincir beberapa kali..ish depan lelaki pulak tu..malunya..tidak apa k.raihan ada..adik2 fasi aku siap risau lagi..kak Khadijah Ok ke? he2 .ok je..adik2 jalan ye..kami ikut kat belakang..time tu jalan memang licin..ada sedikit hutan..seronok tengok budak2 ni kena buli time kat check point yang lain..semuanya berakhir dah nak dekat subuh ..kami terus bersiap untuk solat subuh ..untung group 1 ,balik awal..boleh rehat.. adik-adik aku group last..tidak mengapalah dik.. tarbiyah ..

Keseluruhan program abis sebelum tengahari, lepas berkemas-kemas..kami bersalam-salaman,bermaaf-maafan..memang rasa terharu sebab nak berpisah..memang rasa kemanisan ukhuwah...InsyaAllah kita akan berjumpa lagi..teringat muka2 depa..k.Raihan,k.syida,k.syeera,k.Zura..Ain,ummul,syida,faezah,hidayah..adik2 fasi yang lain..dan ramai lagi...moga2 kamu semua terus istiqamah dalam perjuangan ...InsyaAllah..
HOPELY ALL OF YOU BE A MUSLIMAH DOCTOR..

Memory yang menusuk..
-sumerei-



0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.