LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

MALAM PRA GRADUAN ..

Posted by momo on 4/11/2009 10:09:00 PTG in



Selepas pulang dari klinik dalam pukul 4.00 petang aku sempat lagi ber YM dengan kawan aku..Sebenarnya aku lupa pula hari ini ada Majlis Malam Pra Graduan kat Hotel Syuen , Ipoh.Sampailah time jiran depan bilik bertanyakan hal nak pinjam iron..


Dijah boleh pinjam iron tak..boleh je..Tapi syam punya..Syam pula cakap.saya punya iron tu bahaya sikit..kalau berani guna jelah..dia pun dah byk kali terkena renjatan yg kecil..wiyernya pun dah berseletip byk kali dah..takpalah jah..aku pinjam kat orang lain..hu3..sian..opss aku pun tak iron tudung and jubah untuk pergi MPG tu..


Tup2 dah azan..urm.. naik bus kol 5 tau kat depan fspu..aku dengan pantasnya ambil wuduk dulu..solat ..then cubalah iron..wa.. tak mandi lagi..last2 nampak Fatimah..adik2 tolong akak…ironkan tudung..ok2..dialah yang gosokkan tudung..terukkan aku..menyusahkan sahabat..
Then semua siap..aku pergilah kat bilik Hani..jap lagi kak ain datang ..kita gerak sama..



Akhirnya kami pun sampailah di tempat pelajar berkumpul untuk naik bus..Sedikit cerita tentang sahabat saya yang bernama siti rohani..Dia seorang pelajar tabah yang tidak mampu berjalan..means OKU..Kegembiraan dia adalah kebahagian saya..memang sukar menjadi seorang oku..melihat dia yang macam tu buatkan aku rasa bersyukur dengan nikmat pancaindera yang Allah kurniakan..Ya….


MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN.?.


memag payah nak naikkan hani kedalam bas..kesian dia..dia sebenarnya boleh berjalan sikit2 tapi tak kuatlah..kak ain lah yang banyak membantu..sebenarnya kaka in tak nak pergi, tapi mengingatkan keadaan hani..dia banyak berkorban..dia pun pergi..


Then after naik..lebih kurang 1 jam kami pun sampai depan hotel yang tepi jalan tu..Time tu hujan lebat tau..kami terfikir..alamak hotel tu pintu masuknya ada byk tangga..aku terfikir sebab dah pernah pergi program kat situ semester lepas.Hani macam mana pula ni..hujan lebat pula tu..then sampai2 je..aku terus turun..nak betulkan kerusi roda dia..turunlah e-roomate aku, fiza payungkan aku..tapi basah juga..nasib baik pemandu bas tolong..ambilkan wheel chair dari tempat letak barang..hu3..memang susah..tapi kami usahakan juga..nasib baik penjaga pintu hotel kata kami masuk ikut lif kat basement 2..oh terus tolak hani ikut laluan parking kereta..


Time tolak hani tu..kami pun bercerita hal tadi..lawaklah ada ke bagi paying yang bukak..then rosak..rupa-rupanya pemandu bas punya..oh patutlah dia gelak..saya ni kak dah bingung nak turunkan hani macammana..ada ke letak kerusi roda tu jauh2..last2 patah balik..
Akhirnya kami sampai ke kaunter pendaftaran..


Boleh kami request duduk bertiga sama2 ..yelah nanti sapa nak jaga dia..ok ..akhirnya dapat no meja 41..Alhamdulillah..kami duduk semeja dengan bebudak fakulti hani iaitu pengurusan pejabat(OM)..Lepas mendaftar kami pun pergi ke tingkat 4 untuk cop tempat untuk solat manghrib..


Paling sukar kan hotel ni tak ada sediakan ruang solat yang sempurna dengan tempat wuduk di dalamnya…dahlah kecik..masuk2 nak termuntah tgk penuh dgn budak2 uitm yang dah sampai dulu..mcm2 bau minyak wangi..


Then hani request nak ke toilet..cek2 takde OKU toilet kat situ..adus hani ada tandas duduk je..takpelah..dahlah nak masuk ke toilet tu sempit..bengang aku..si empunya badan rilek je..tengoklah Allah dah jadikan sesuatu ada hikmahnya..letakkan ujian yang berat buat hani sesuai dengan kesabarannya.. Allah takkan membebani hambanya dengan beban yang tak mampu dipikulnya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul…



Lama gak lah nak setting untuk betul2 bejaya masuk ke toilet..aku kena pegang pintu tanda sebab dia nak kunci dari dalam agak jauh..kalaulah kami takde mesti lagi sukar hani..Akhirnya siaplah..aku pun dah amik wuduk kat dlm toilet…Then masuk ke bilik solat…After maghrib aku jumpalah dengan kawan2 sekelas..haritu aku demam , jadi petang terakhir kelas tak jumpalah dengan mereka..diorang pun tegur..kathy datang..dah elok demam..Alhamdulillah..




Paling memeranjatkan aku terjumpa seorang rakan yang aku kenal dengan sifat sefikrahnya..sedih gak .lainlah..manakah pegangan kamu asalnya tu.hu3…kenapakah situasi dinner merubah peganganmu..aku terfikir..ada juga jumpa kawan2 yang macam tu lagi…mulalah aku nak demam balik mengingatkan benda ni ..Sedihnya..


YA ALLAH YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI MANUSIA..THABATKANLAH AKU DAN SAHABAT SEPERJUANGAN DLM JALANMU INI..AMIN..

Then kami pun masuklah ke dewan tu..wah indahnya dewan tu dihiasi dengan lampu2..kami punya meja tak penuh..Cuma ada 6 drp 10 orang ..byklah makanan …hu3..tu yang best tu..Then startlah ucapan dari wakil DUN manjoi,asalnya vip yang dijemput…MB..ZAMBRY…NASIB BAIK TAK DATANG…hantar wakil je…hu3…
Paling geram malam tu dijemputnya artis kumpulan yg nyanyi kat “nasi lemak kopi o”..dah macam kelab dangdut pula..aku punya meja dah lah sebelah speaker..macam nak meletup hati aku..kuat sangat bunyinya..paling menyampah dan nak buatkan aku menangis..pelajar gembira bila penyanyi yang pakai baju tak cukup kain tu turun and pergi meja-ke meja untuk mintak pelajar menyanyi dengan dia..bila ada yang respon..yang lain turut gelak..hish geram2……


Lepas tu pula..ada ke dia ajak pelajar2 yang akan grade sem ni untuk naik ke pentas untuk menjadi penari-penari..lebih memalukan siswi pun turut serta..berjoget..dah macam disko pun ada…hu3..memalukan.


.PENGARAH KAMPUS PUN ADA GAK NAK MENYANYI..BAGUSKAN KAMI PUNYA PENGARAH..WELL ROUNDED PERSON..


INIKAH PRODUK UITM TERBILANG….MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA…KETUANAN MELAYU.

.sepanjang 3 semester aku pergi malam pra graduan ni..inilah semester paling teruk..dahlah semester yang aku patut diraikan.before ni aku dijemput sebagai MPP..siap adalah nasyid juga..sem ni HARAMMMM…


.YA ALLAH KALAULAH DITURUNKAN BENCANA PADA MALAM TU..MESTI AKU PUN TERGOLONG DALAM ORANG YANG DIBINASAKAN TU..


kejap2 aku keluar untuk hilangkan kegeraman…rasa nak balik pula..tapi nak buat macammana naik bus..pak guard penuh kat depan tu.terjumpa ustazah..kasihan dia..rupa-rupanya dia pun duduk luar sebab tak tahan..pergi toilet..aku pun jumpa kawan2 sekelas..bergambar lah kami…hu3..
Nak buat macammana karaoke adalah kegemaran dan hiburan buat pengarah kampus kami…saya tahu suasana akan suram..tapi perlu ke pertaruhkan keimanan kerana HIBURAN…ALAHAI produk uitm…ditarbiyah menggunakan acuan barat…sedangkan tema …


SANGKAR HAYAT>>pakaian..TRADISIONAL…
ALHAMDULILLAH..dah abis..jom kak keluar sekarang.kami pun tolak hani keluar..susah gak nk keluar..jalan dihalangi oleh kerusi2..Kami pun bergambar..jumpa lecturer n bergambar sekali..hu3



Jom turun..kat loby pun cantik..memang cantik..bergambar lagi..gila gambar..selepas tu ..bus dah sampai..ramai dah turun..jom kak naik lif ke laluan yang kita naik tadi.ok2..boleh tak dalam lif pun bergambar..hu3..then kami turun ke B1, eh kak bukan jalan ni kak..silap..turun ke B3 pula..eh bukan lagi..Ya Allah sesat pula kami..dahlah sunyi..akhirnya yang betul adalah B2..hu3..kami pun naik bas.



Cat kamera kat kamu kan..urm ..alamak tak delah kak..saya rasa ada kat dlm wheel chair hani..Ya Allah kamu ni biar betul..hu3..aku ni buat hal pula..takde rasa tanggungjawab langsung ..kamera akak ain tu..aku marahkan diri…macam mana ni..Ya Allah ujian apa pula ni..aku risau, walaupun tak tunjukkan..bus dah berjalan..selama hampir 45 minit aku menderita pemikiran..mana aku letak kamera tu..kesian kak ain tak tunjukkan marah pun..aku pula serba salah.sampai2 je,akulah orang yang first keluar..nak amik kerusi roda hani..harap2 ada..then …


.Alhamdulillah ada…terus aku sorokkan dan cakap kat kak ain..takdelah kak..Takpelah cat..He3..ada….Alhamdulillah…



SYukur YA Allah ..jumpa pun..dah lah nak exam ni…risau aku,kalau hilangkan barang orang..memang sukar nak hadapi muka orang tu…Tapi aku belajar something dari kak ain..memang dia ni penuh dengan kesabaran,kalau aku mesti dah menangis, takut, geram..membebel, dah warning suruh ganti balik…tapi kak ain tak marah pun..dia diam je…Akhlaknya buatkan saya lebih sayangkan dia…



Dpt mesej reply dari dia…Akak ni tak de pun marah kat cat , akak fikir kamera tu boleh dibeli, tapi gambar2 kenangan sem akhir kita tu nak diganti dengan apa..tu yang buat akak terkilan..

Aku balas…”Allah menguji persahabatan kita kak.”.


sekejap je hilang untuk uji siapa sebenarnya kita…Syukur….terasa makin mantap ukhuwah…Buat hani , maybe ini sahaja yang mampu saya buat untuk memberi kebahagiaan buat kamu..moga sukses ..jangan rasa merendah diri dengan keadaan kamu..saya, sahabat2 lain n pembaca blog ada untuk support kamu…MAY ALLAH BLESS US..amin..


Sumerei.

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.