LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Kelebihan orang berilmu.

Posted by momo on 4/17/2009 10:46:00 PG in
cukupkah diri ini dengan ilmu..nak exam ni..dah cukup study ke..

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Daripada Abu Umamah r.a. berkata, telah disebut di sisi Rasulullah s.a.w. dua orang lelaki. Pertama orang yang ‘abid (ahli ibadah) dan kedua orang yang ‘alim (orang yang berilmu). Maka

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelebihan orang yang ‘alim atas orang yang ‘abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu”.

Dan dalam riwayat lain disebutkan: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malikat-Nya serta penghuni langit dan bumi sehingga semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yang ada di laut semuanya memohon kebaikan bagi orang yang mengajar manusia akan kebaikan”.


nasihat si sumerei..

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Jelas sekali kelebihan orang yang ‘alim berbanding dengan ‘abid. Namun harus difahami bahawa orang yang ‘alim dan mendapat kelebihan ini adalah yang beramal dengan ilmunya. Sebagai ‘abid / ahli ibadah yang rajin melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. mestilah menyertakan ilmu dalam setiap ibadahnya.

Sekiranya beribadah tanpa ilmu maka ia tidak bermakna dan bernilai di sisi Allah S.W.T. Bagaimana boleh seorang yang bersolat tetapi tanpa ilmu mengenai solat, sudah pasti solatnya hanya sekadar ikut-ikutan (taklid). Tidak memberikan kesan baik akibat daripada perlaksanaan solat yang dilakukan tanpa ilmu secukupnya. Begitulah juga amalan-amalan lain.

Orang yang ‘alim juga dikenali dan dicintai oleh semua lapisan makhluk sehinggakan para malaikat dan seluruh penghuni tujuh lapis langit dan segenap penduduk bumi, manusia, jin, binatang yang melata di bumi mendoakan agar orang ‘alim tadi sentiasa mendapat kebaikan di dalam segenap kelakuannya. Tidak ada makhluk lain yang semulia ini.

Hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebutkan bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. kebaikan, Allah menjadikannya faham dalam hal-hal keagamaan”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jadilah kita orang yang mencintai ilmu dan mempelajarinya sehingga kita menjadi manusia yang berilmu/orang yang ‘alim dan beramal dengan ilmunya. Inilah pembinaan modal insan yang paling asas dan bernilai sampai bila-bila yang mampu menjana kecemerlangan ummah secara berterusan.

Semoga kita tak merasa bosan dan penat dalam menuntut ilmu..lebih - lebih lagi nak baca buku untuk exam..salam imtihan buat sahabat aku..syamsidar, salbiah, syuhada, faraha,kak hurul ain, ros, rosma, adik2 usrah aku..dah sahabat2 lain..moga diberikan sakinah menghadapi exam nanti..

note*jangan lupa baca slip exam, kalkulator dan matrix card*

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.