LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

MY FATHER WISHES AND PRAYER

Posted by momo on 4/11/2009 10:43:00 PG in
my father


Tajuk ni aku memang tujukan buat abah ku Ismail bin Pilus yang tercinta..Abah seorang b ekas perajurit askar yang langsung tak garang pada anak2nya..ada kawan2 saya kata..weh anak askar eh..mesti bapak kau garang..Ish mana ada , Cuma bertegas yang bertempat je..aku pernah je di rotan sampai berbirat2 badan sebab nakal sangat..hu3 kenangan silam di zaman jahiliah aku..dulu aku tak macam sekarang, main dengan budak2 lelaki je tahu, tu yang ayah aku risau pada anak perempuannya..tu masa kanak2 tau….



Kenapa tetiba nak bercerita tentang abah ye..urm..mungkin sebab baru2 ni abah call aku suruh tengok biasiswa Honda.. Abah ni amat ambil berat tentang pelajaran anak2 nya..Entahlah aku rasa macam tu sebab setiap kali ada biasiswa baru yang keluar dlm akhbar dia akan inform kat aku, walaupun tahu biasiswa tu aku x layak dapat..Sebenarnya aku memang suka, tapi kadang2 aku rasa terharu, sebab takut menghampakan abah..nak mintak biasiswa further degree bukan mudah.. pointer mestilah atas 3.5 barulah senang, tapi aku sekarang 3.43..mampukah aku untuk fight for last strive final exam sem ni, untuk dapatkan above 3.5 cgpa…




Ni yang buatkan aku rasa sedih, mampukah aku untuk tak melukakan hati abah..Setiap kali dapat A dlm test aku akan inform abah, untuk dia rasa anaknya ini ada dpt A dlm pelajaran..Sebenarnya dia tak kisah pun kalau aku result jatuh , Cuma dia akan cakap.. tulah busy2 sangat..hu3..sory abah..



Sem – sem sebelum ni kalau aku dah x dpt dekan . aku mesti lambat bagitahu abah..First of all akan sampaikan pada kakak2 aku dulu..kalau bagus baru abah be the first..he3 macam budak2 kan..gagal je, sorok result kat mana2 ntah..




Aku kalau call abah dalam 4 kali seminggu or lebih..kenapa asyik call abah..yelah sebab abah je ada phone..mak x de..setiap call abah yang jawab.kadang2 mak ada juga angkat..time abah kat toilet, kat surau,tgh solat ke, tgh antar gas ke..aku ni memang rapat dengan abah..



Soalan yang biasa aku Tanya…assalamualaikum..tgh watpe?mak abah sihat..tak pergi mana2 ke?Then aku akan cerita pula ..kejayaan, kesedihan, kestressan, sekarang katne..bagitahu pergi program kat mana..aku akan bagitahu je..except kerja2 sir..hu3..Tapi last sekali aku akan cakap, urm abah harini….esok…lusa..date… time tu ada test, submit assignment..quiz, exam besar..
Abah akan cakap…



InsyaAllah abah doakan.. abah ni dah tak payah kerja dah , duduk je kat surau tu..doa je banyak2 untuk anak2 abah…usaha kena juga tau..


ABAH DOA JELAH UNTUK KORANG....


Setiap kali abah cakap macam tu aku mesti tergelak..bukan kat aku je..kat kakak2 aku yang lain..*aku anak perempuan terakhir dlm family*abah ni selalu macam tu..hu3..dia seorang yang peramah..byk cakap.Ayah aku pencen askar masa aku umor 2 tahun..tu yang tak merasa ayah seorang askar tu, along , angah and kak lang je yang sempat merasa kehidupan sebagai seorang anak askar..yang lain tu ingat – tak ingat je sebab masih kecil lagi..




Abah ni suka bercerita..lebih2 lagi cerita askarnya dulu..adalah cerita2 seram masa dulu..operasi kat dalam hutan..That why sekarang ni abah selalu melarang anaknya ikut aktiviti kat dalam hutan, air terjun ke..kalau nak ajak berpiknik, abah selau bawak kami pergi tepi pantai..Port Dickson tu aku dah bosan tengok..padahal kami selalu ajak abah ..jomlah abah kita ke air terjun sg gabai ke..hutan lipur ke..Abah tak suka kita pergi sana..dulu memang marah..aku hanya dpt mandi air terjun bila ikut program je..tapi bagitahu abah dia kata hati2 jelah..



Mungkin itu je kot sedikit penceritaan buat ayah ku..sebab aku teringat kat dia..Abah jangan lupa doakan kak cik ye..ni dah dekat exam ni….Ayat biasa..Dah doa dah… he3..Abah nak kau jadi orang yang Berjaya..jgn jadi macam abah..sekolah sampai darjah 6 je..InsyaAllah abah..siti akan buat yang terbaik..aku ni nak menaikkan semangat aku yang dah hilang..setiap kali aku down..aku call dialah yang tiupkan semangat buat aku selain mak ..bukan untuk exam je..apa2 pun..


mak and abah yang mencorakkan kami

Oklah abah siti habiskan cerita abah kat sini..he3..mudah-mudahan abah sentiasa dinaungi rahmat ALLAH..aminn…

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.