LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

Nak tanya ke tak Nak??

Posted by momo on 5/05/2009 02:34:00 PTG in



Bertanya Anak Kunci Ilmu


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud ;


Daripada Ali bin Abi Talib k.w berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda;


“Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah S.W.T. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang.


Pertama: Orang yang bertanya,


Kedua: Guru yang menjawab,


Ketiga: Orang yang mendengar jawapan itu,


Keempat: Orang yang cinta kepada mereka”.

(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Keterangan
Menuntut ilmu bukanlah suatu yang mudah. Ianya perlukan pengorbanan. Tingkatan manusia dalam satu-satu keadaan kadang-kadang berbeza antara satu sama lain. Begitulah kefahaman seseorang apabila mempelajari/menerima ilmu juga berbeza.


Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa bertanya itu menjadi keperluan dalam menuntut ilmu. Antara tujuannya ialah supaya mereka yang menuntut ilmu ini jelas dan faham dengan penjelasan yang diberikan oleh guru. Ia juga boleh menghilangkan kekeliruan di kalangan pelajar.


Sekiranya pelajar menerima sahaja tanpa perlu mendapatkan penjelasan, berkemungkinan pelajar menerima sesuatu yang kabur dan ini juga memungkinkan kefahaman dan perlaksanaan yang salah. Tambahan pula ilmu yang dipelajari itu ada kaitan langsung dengan agama atau amalan/ibadah.

Melalui bertanya, ilmu boleh dikembangkan malah ianya dapat membuka kebaikan kepada semua. Alangkah baik sekiranya seseorang itu dapat bertanya sesuatu sehingga pintu kebaikan terbuka luas.

Inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud:

“Sesungguhnya kebaikan itu laksana beberapa gudang, dan bagi setiap gudang itu ada anak kuncinya. Maka beruntunglah bagi seorang hamba yang telah dijadikan oleh Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan, dan celakalah bagi seseorang yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Namun perlu diingat bahawa, bertanya itu bukanlah bertujuan menambahkan kekeliruan atau merendahkan sesiapa atau sehingga membawa kepada pertengkaran dan perdebatan. Bertanya mestilah beradab dan bersopan. Ianya tidak menyinggung mana-mana pihak atau merendahkan mana-mana pihak. Tujuan bertanya ialah untuk mendapatkan penjelasan dan menghilangkan kekeliruan.

Marilah sama-sama kita menghindarkan diri daripada keadaan yang tidak baik dan jadikanlah diri kita ini sebagai kunci/pembuka kepada jalan-jalan kebaikan bukannya penutup/penghalang kebaikan.

Wallahu a’lam.

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.