LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

SAYONARA MPP SESI 2007/2008

Posted by momo on 1/28/2009 04:04:00 PTG in

Tarikh bersejarah dalam bulan 1 tahun ini iaitu pada 15.1.2009, hari mempangkah calon2 MPP sesi 2009 telah diadakan di fakulti masing-masing...urm semasa 14-10 -2008 lagi MPP telah dibubarkan..so kami yang masih tinggal ni tetap menjadi pemangku MPP..abang razak jadi YDP mpp sementara...aku masih jwtn yg sama ..yang x menjadi pemangku atas dasar dah abis sem dan praktikal tahun ini adalah kak ummi,abg yazid,kak ija,ika ,qaiyum,elly,dan yg dah lama menghilangkan diri abg lutfi yg mendapat 4 flat semester lepas..congrats..

memang dalam sejarah kami menjadi MPP tahun lepas..yela memang dah bubar awal pun tapi dah jadi pemangku pun sama gak..memang lama..selalunya jadi MPP setahun je...tapi memang banyak hikmahnya...aku dapat gak jadi Orientation Community(oc) pada sem baru ini atas dasar aku adalah MPP..he3 best..tapi nanti aku story kat teman2 pengalaman aku jadi OC 4 semester berturut-turut..

dalam menjadi wakil pelajar..memang banyak mehnah dan tribulasi yang aku hadapi bersama MPP yang lain..paling sukar bila meeting ,esoknya nak exam..dasyat2 bagi yg pernah mengalaminya..x cukup masa,tertekan tengok kawan2 sebilik baca buku..kita dok bersidang dlm bilik meeting tu..tapi inilah yang selalu YDP kita org cakapkan..Kita ni kana hidup lain sikit dari pelajar biasa..Ya memang betul,tapi kami ni student nak study gak..kadang2 geram ada ,berselisih faham ada, termengumpat ada,termasam muka ada n macam2 lagi problem terjadi antara kami...hu3 memang menakutkan jadi MPP ni..tapi ini semua dah jadi kenangan n pengalaman..

pernah gak terfikir nak letak jawatan,pasal result jatuh tetapi selalu semangat aku dikukuhkan oleh sahabat aku NYDP ,ika ..aku rasa lebih kuat bila bersama dia..memang kami pernah bergaduh..coz aku ni nakal selalu usik2 dia..so sampai dia terkeluar statement .."ko ni main-main cubit muka aku macam aku anak anjing" dia cakap masa sesi luahan hati ..memang agaknya dia marah kot..hu3,aku terasa dengan apa dia cakap..terus bergaduh..ni semua salah aku..jahil..sepatutnya aku kena jaga hati sahabat..maafkan aku ika...lama gak aku x sentuh dia..he3 tapi sekarang kami makin rapat..lebih2 lagi dia praktikal n aku masih pegang jawatan MPP,memang terasa ketiadaannya..ika memang pandai..baru2 ni dapat dean's list..tahniah..so x leh kata terlalu aktif xleh cemerlang dalam pelajaran..dia selalu mengajar aku speaking...tapi dia xde nih aku nak speaking dgn sapa...hu3..dah lah sem ni amik MUET..

tapi yang paling best , kami dalam meeting pun ada sesi penberian tazkirah..sesi luahan hati..aku pun pernah kena marah dgn abang yazid pasal aku miss ponteng meeting dengan persatuan lain..depa kata aku tresurer amat diperlukan dlm meeting masa tu.sekali je kot.aku ada hal yg lebih penting.tapi memang dia cakap aku ni memalukan..hu3 susahkan jadi MPP ..x semua orang boleh memahami kita...tapi memang time ika kena dgn yazid lagi best..he3..hanya ika je tau..muka ko ketat ****..tapi memang bagus..ianya mengajar kami ..xlah kami nak mengutuk mpp lain kat luar..kira abis kat situ je..

Actually rakan2 se MPP lain gak bagus2 ..banyak yang kami kongsi bersama...maklumlah mpp lelaki cuma 4 orang je...so MPP masa kami pegang lebih feminine..tapi mantap je..sebenarnya aku citer ni...memang best,susah dan apa2 thah..cuma aku tetap teruskan kerana aku telah dipilih oleh Allah kedalam MPP ini ada tujuan lain,bukanlah kolej,sijil,elaun topup dan sebagainya kelebihan yg kami dapat adalah tujuan utama tetapi nilai Dakwah itu sendiri..kuasa..ya kuasa..

seperti kita selalu dengar hadis

'jika kamu nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan lisan dan jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hati ,sesungguhnya itulah selemah-lemah iman"

Proksi MPP amatlah besar nilainya didalam sesebuah kampus,tengoklah UM,UIAM,USM dan lain2 ..mereka amat menghargai jika dapat sesuatu kemenangan ...so aku kenalah hargainya kerana ini adalah tempat aku merancakkan kegiatan dakwah kepada semua pelajar di tempatku belajar..mungkin x menyeluruh tapi aku buat yang termampu..kami di sini hanya ada aspirasi je..he2..so x semuanya faham apa nilai islam yang sebenarnya..so adanya kami dapatlah membataskan pemikiran yang sekular..urm nak buat fesyen show..hah karaoke..ish jgn boss..x baik..nanti x semua boleh joint..apa kata kita wat forum.available for all..x baik diskriminasi yang pakai baju sopan2 tuh..he2 ..dapat gak akhirnya walaupun dibantah yg lain...Alhamdulillah.. Allah yang selalu menangkan kita...tu je kot ..yang penting dah lepas pun tanggungjawab as MPP..bukan senang tau.

teringat masa aku nak hantar borang pencalonan MPP .ada seorang guy yang agak islamic..aku tanya..arif x nak jadi MPP ke kamu kan ada kredibiliti..dia cakap.."x nak lah nanti sebelah kaki masuk neraka ,sebelah kaki masuk syurga" ...takutnya ayat yang dia cakap..tapi nak tunggu sampai bile? untuk kita laksanakan..kalau aku x masuk mesti org yg berpemikiran pak turut ni masuk..kan lagi teruk kampus...sekarang ni pun dah ada kelab mak nyah, pengkid, gay,lesbian,couple2 dan sebagainya..bila lagi nak banteras..Nauzubillah..

berkaitan kepimpinan pulak..saya ada joint kuliyyah maghrib kat kuantan, ustaz bercerita tentang kisah saidina umar yang baru dilantik menjadi khalifah..
s.umar: wahai kaum muslimin , jika aku melakukan kebaikan ,maka bantulah aku bersama-sama menegakkan kalam Allah ..tapi jika aku melakukan kesalahan jangan lah kalian berdiam diri atau takut untuk menegur aku..

seorang sahabat: bangun sambil menunjukkan pedangnya..wahai amirul mukminin,jika aku nampak kamu melakukan kemungkaran sewaktu engkau melakukan aku tidak teragak-agak menegur engkau dengan mata pedang ini.

s. umar: Alhamdulillah..dengan tenang dia menjawab..aku bersyukur bahawa rakyat aku berani untuk menegakkan kebenaran..

aku terkedu mendengar cerita ustaz itu..lupa namanya..dtg lambat sikit..Ya Allah begitu hebat hambamu yang mendapat tarbiyyah dari rasulMu sendiri..walaupun digelar singa Allah..tetapi ada rakyatnya yg berani berhadapan dengan beliau kerana sikapnya yang open minded..dia tahu teguran itu semuanya kerana Allah..

berbalik pada zaman sekarang adakah semua pemimpin macam itu..sangupkah mereka menerima teguran macam itu..biarlah pemimpin bukan islam macam mana pun..yang paling penting pemimpin islam sekarang ini..macam mana?? adakah jika ditegur sedemikian rupa..pengawal tangkap dia...masukkan dalam penjara di kemunting..kalau pelajar menegur ..tangkap dia..buang dari u..senarai hitamkan nama mereka..biar mereka dapat tingkatkan kadar pengangguran..adakah ini yang akan terjadi wahai pemimpin pilihan Allah...di mana hak pengguna, hak mahasiswa , rakyat jika tidak mendapat peluang untuk bersuara...tepuk dada tanya iman...

sampai bila kita nak merubah diri kita jika x mampu untuk menerima tarbiyyah dari orang lain,bagaimana dengan orang yang akan dipimpin oleh kita kelak jika x mahu menerima apa2 teguran...wahai sahabat , RASULULLAH pun menerima pendapat orang lain...bagaimana rasulllah menerima pendapat salman al-farisi ketika memberikan cadangan untuk menggali parit ketika perang khandak ...bukankah seorang rasul itu mendapat petunjuk terus dari Allah , kenapa nabi tetap terima...inilah dia contoh tauladan yang RAsulullah nak terapkan dalam diri setiap umatnya...wallahualam..moga2 kita mengambil iktibar...

Ya Allah terimalah apa yang aku dah kerjakan , mudah- mudahan sahabat2 yang berjuang di kampus ini , u lain dan mana2 lagi daie ilallah sentiasa tabah dalam perjuangan ..moga success selalu..amin

buat MPP baru sesi 2009 aku ucapkan salam tahniah dan takziah...moga2 redha dengan apa yang Allah berikan...penuhilah janji2 kamu masa berkempen.senyum sokmo.



0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.