LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

"ANUGERAH KEPIMPINAN SISWI CEMERLANG"

Posted by momo on 1/22/2009 05:21:00 PTG in


ISNIN 12 PM
p:Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Siti Khadijah
A: wslm, ye saya , nape ?
p: Tahniah awak dapat Anugerah kepimpinan siswi cemerlang 2008 ..khamis ni datang ke DSI masa majlis penutupan bulan kualiti..
A: Alhamdulillah.ok terima kasih kak..

Ya Allah akhirnya permohonan hambaMu ini kau kabulkan seperti firmanMU

" BERDOALAH , AKAN AKU PERKENANKAN " ...

Pada saat2 akhir aku mengisi borang dengan bersaing dengan banyak pelajar dari fakulti lain..sambil dibantu oleh adik usrah aku Najla dan Azizah..depa tolong sampai lewat malam untuk tulis program apa yang aku involve..4 muka lah juga..nak tulis tulisan buruk so aku lantiklah setiausaha..TQ dik..nanti akak belanja ek..


Aku menulis ini bukan kerana apa cuma betapa gembira dan bersyukurnya aku kepada Allah kerana akhirnya ada juga wakil dari budak2 IMAD mcm PMI setelah 4 tahun tiada wakil.sebelum ini kak siti Munawirrah..so aku menaiki pentas dengan membawa imej ISLAM dan dapat buktikan kami ini boleh kecap kejayaan..SYUKUR YA ALLAH..moga dengan kemenangan aku ini menjadi contoh pada generasi mujahid-mujahidah @ adik2 yang sefikrah dan tidak menjadikan imej yang dipegang mereka sebagai alasan untuk tidak bergiat aktif dalam kampus..

selalunya anugerah ini hanya dmonopoli oleh orang2 yang bergiat aktif dalam sukan,kesenian,lakonan,tarian,nyayian dan sebagainya serta aktif handle program kot...aku rasa aku dapat mesti handle program..he3..paling penting rezeki..Syukur..coz best gak hadiah dia..aku lebih suka pada sijil dia kot..maybe senang nak cari keje dalam kegawatan ekonomi sekarang ni..

Anugerah ini juga dapat menutup segala fitnah terhadap aku..Ye la aku busy dengan kerja company, sebagai pimpinan , pelajar ,anak ,daie',MPP dan sebagainya menyebabkan result aku jatuh ..3 keatas ,cuma x dpt dean' list..so my family asyik cakap "jangan aktif sangat"..aku pun jawab yelah..Ya Allah ,mak,abah,along,alang,dikda tolonglah faham..Ini kerja yang wajib aku laksanakan..kalau tidak aku siapa lagi..lebih2 lagi dakwah ini..

Aku paling takut bila orang tanya wat apa pegi Dsi , bukan x nak bagitau mereka tapi aku takut timbul perasaan yang boleh menarik aku ke neraka..jadi aku jawab dijemput hadir..bila tanya lagi baru aku cakap yg sebenarnya..malam khamis aku dipanggil meting di pusat islam.adalah juga mpp baru dalam meting tu.So aku tanya ada ke sesiapa yang pegi majlis bulan kualiti tu..then RAEDI ckp kami MT je yg pegi..the tiba2 abg Razak tnya cat pegi ke ,aku cakap ye..dia terus kata oh mesti ko dapat anugerah khas pengarah kampus..aku terus cakap mana ada ..x layak ..aku dpt anugerah ini je..org yg dlm meting x tau terus tau..anugerah apa kak cat yg lain tanya ..ish ..anugerah kepimpinan siswi cemerlang je..tapi memang perasaan aku agak berbangga..

Khamis pagi..


sekarang Di umumkan Anugerah Khas pengarah kampus ...Abdul Razak..YA Allah abg Razak ke..memang nak kena ni..aku terus ckp pada dia... eleh! rupa-rupanya dia yg dapat..tapi sungguh, memang dia x tau , dia cuma dijemput hadir ..rupa-rupanya dia dapat anugerah tu...satu je aku nak puji dia ,sikapnya merendah diri,x de perasaan bangga pun pada muka dia..padahal dia dapat anugerah yg agak berprestij jugak.tahniah pada dia..


InsyaAllah saya akan cuba mengawal diri dari bersikap riak..Ya Allah jauihilah aku dan semua umat islam dari sifat2 mazmumah dan riak..ALHAMDULILLAH YA RAHMAN ,aku masih diberi kesempatan untuk menaip blog ini..mudah-mudahan menjadi iktibar buat teman2 dan paling penting pada diri saya sendiri....wassalam







STRIVE FOR ISLAM
-SUMEREI-




0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.