LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

0

PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK..

Posted by momo on 1/28/2009 09:55:00 PG in
Manusia merancang,Allah Merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH...Subahanallah..

biasa kan mendengar ayat ni..sebagai manusia memang banyak perancangan yang kita dah buat di dalam hidup ini..sampaikan perancangan hari tua pun dah disusun cantik..bukan mudah nak buat sesuatu plan..kena ada stategi, pemikiran yang mantap,baget,dan sebagainya...kita semua mengharapkan apa yg kita plan akan jadi kenyataan..Lebih2 lagi bila kita ni menjadi seorang ketua ataupun pemimpin,memang bukan senang...Anak2 buah tentunya mengharapkan kita buat yang terbaik...hasilnya tentulah nak yang terbaik..

SEDARKAH ANDA..bahawa perancangan kita sebenarnya tidaklah sebaik mana...Allah lah yang terhebat..
tetapi mengapa kita selalu lupakan Dia..bila apa yang kita harapkan tidak menjadi..rosak teruk.barulah kita ingt pada Allah..selalunya bila kita x dpt apa yang kita harapkan kita akan mula marah,salah kan keadaan, "Bangau Membangau",dan sebagainya..tapi jarang yang salahkan diri sendiri..

Aku selalu juga hadapi masalah macam ini,kadang2 sampai lupa pada Pencipta,terlalu taksub pada dunia..bila dapat kejayaan aku gembira..x bersyukur pada nikmat yang diberi...bila Allah tarik balik baru ingat pada dia..
Bagi pelajar macam aku , tentulah kejayaan dari segi akademik yang menjadi idaman buat kita kan..kononnya nak jadi contoh buat sahabat2 lain..kalau boleh nak anugerah dekan every sem..terus dpt ANC...ni semua tentunya idaman kita...aku pun pernah dapat dean's list ...so pointer agak ok..tapi sejak akhir2 ni result aku makin jatuh...dah x pernah lagi dapat dean's list...

salah siapa ....salah company,program banyak sangat,family,diri.....of course diri kita sendiri..aku pernah tanya seorang sahabat..urm "akak saya dah penat lah kak asyik aktif je dlm dakwah ni,tgklah result makin jatuh,,saya xnaklah pasal result saya jadi fitnah pada islam"..dik ..bukan salah kerja dakwah yang kamu lakukan ,tetapi ini adalah ujian dari Allah buat semua Hambanya...cuba cari hikmah disebalik kejadian yang menimpa diri kamu...carilah dik..mungkin kamu makin jauh dariNYA..so bila kita lupakan DIA , Dia akan lupakan kita juga akhirnya...memang akademik no 1 tapi dakwah bukan no 2...ingat tu..

MAKIN JAUH DARINYA...urm yelah..aku solat malam pun jarang.hu3 ,susahnya nak bangun malam ..tido pun dah lambat..meting paling awal pun kol 11.30p.m,nak study gak sikit...tapi memang pun dalam study tu pun aku ada gak berborak,,,konon nak hilang bosan,bukak friendster,YM konon nak tau perkembangan orang lain..tapi x nak amik kesah fiq awlawiyatnye mana...study...

"jika kamu ingin kan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu."

ayat yang best..mungkin result aku jatuh untuk Allah mengajar aku untuk menghargai,dan bersyukur tentang sebuah kejayaan..ada perangai aku yang susah nak ubah masa dapat reslt bagus dulu adalah...selalu tanya result orang lain..dengan niat yang kawan kita akan tanya kita balik..memang jahat aku ketika itu..ni dah macam perangai syaitan...tapi Ya Allah aku x sedar pun yang ini sesuatu perkara yg x baik..riak,takbur...Allah benci niat yg x baik...maafkan aku YA Allah..aku jahil...memang selepas dapat ujian ini aku dah banyak berubah..pengalaman yang mengajar erti sebuah kehidupan...aku lebih banyak berfikir.

terima kasih kak atas nasihat,Alhamdulillah saya sudah semakin memahami erti sebuah perjuangan ..cuba kita hayati perjuangan -perjuangan dahulu ..urm hebatkan...

Al-Mujadalah: 11
'Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan darjat orang-orang yang yang diberi ilmu pengetahuan itu dengan beberapa darjat'.



jika di Malaysia ini yang kita hidup dalam aman untuk belajar , bagaimana saudara seislam kita di palestin,africa,selatan thailand dan lain2 negara yg ditindas..mereka masih lagi boleh melahirkan orang yang cerdik pandai ,walaupun nak belajar pun ..bom meletup sana sini..so memang salah saya pun ..mana2 sahabat yang dah jatuh result ..tolonglah jgn jadi macam saya sebelum ini asyik salahkan dakwah je...InsyaAllah saya dah improve...

Saya cuba azamkan pada diri untuk lebih dekatkan diri pada Allah,banyakkan berzikir,baca Al-Quran,solat malam...perbanyakkan yang makruf, sikitkan yang mungkar..Doakan diri ini sentiasa istiqamah dalam perjuangan...lebih banyak ilmu di dada...supaya x ditindas.. maafkan jika coretan ini mengguris sesiapa yang membaca..moga2 ini diambil sebagai pengajaran buat sahabat2...

wallahualam

penuh pengajaran buat diri ini..

KHADIJAH

0 Comments

Catat Ulasan

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.