0
ADAKAH KITA BERSIFAT TENANG
Posted by momo
on
3/26/2009 11:32:00 PTG
in
TAZKIRAH
SIFAT TENANG DAN TIDAK GELOJOH.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdil Qais: bermaksud, Sesungguhnya pada dirimu ada dua perkara yang dicintai oleh Allah S.W.T. iaitu lemah lembut dan tenang (tidak gelojoh).
(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan
Hadis di atas diungkapkan ketika rombongan Bani Abdil Qais datang ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja mereka sampai di Masjid Nabawi, mereka terus menghadap Baginda. Mereka terburu-buru menemui Rasulullah s.a.w. sebelum mereka sempat mandi dan menukar pakaian. Tindakan ini dilakukan oleh semua ahli rombongan kecuali Asyaj bin Abdil Qais.

Sebelum menemui Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu beliau mandi dan menukar pakaian yang bersih dan memakai wangi-wangian. Apabila Asyaj datang mengadap Rasulullah s.a.w., lantas Baginda s.a.w. mengungkapkan hadis tersebut dengan maksud memuji tindakan Asyaj yang penuh dengan ketenangan dan sopan santun.
Islam adalah agama yang sejahtera, aman dan damai. Perlakuan yang menggambarkan sebaliknya adalah tidak datang dari Islam. Sebab itulah tenang dan tidak gelojoh merupakan sifat yang baik dan terpuji dalam Islam.
Tindakan yang seperti ini akan menghasilkan gerakkerja yang baik, terancang dan berkualiti. Kerja yang dibuat secara tergopoh gapah akan menyebabkan hasilnya tidak berkualiti. Maka sebab itulah juga Rasulullah s.a.w. menyebutkan dalam sabdanya bermaksud : Apabila hendak melakukan sesuatu amalan, buatlah dengan sungguh-sungguh.(aw kama qala s.a.w.).
Ini bermakna amalan yang hendak dilakukan mestilah dalam keadaan terancang dan tersusun, teliti dan tidak tergopoh gapah atau gelojoh atau dengan kata lain mestilah dalam keadaan tenang.
Kesimpulan
Tenang adalah sifat yang baik dalam tingkah laku dan perbuatan.
Gelojoh adalah daripada amalan syaitan.
Kerja yang tiada perancangan dan ketelitian akan mengundang hasil yang tidak berkualiti.
Hasil kerja (umat Islam) yang tiada kualiti akan menyebabkan imej Islam tidak baik dan dipandang rendah.
Kehidupan yang diselubungi ketenangan mampu menghasilkan pemikiran yang tenang serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan.
Moga peringatan ini mampu sedikit sebanyak mententeramkan situasi dan memberikan ketenangan agar segala usaha yang dirancang mencapai matlamat keredhaan Allah S.W.T.
Wallahu a’lam.
Disediakan oleh:
Abd. Nasir Hj. Musa
CITU, UiTM Perak
Catat Ulasan