0
MUNAJAT
Posted by momo
on
1/28/2009 10:58:00 PG
in
TAZKIRAH
YA RAHIM.................
Hamba ini terlalu banyak menanam pohon kesalahan
dan fakir ini tahu buahnya azab di negeri yang kekal
berpesan ya Si Arif Billah agar sirami dengan air taubat
biar buahnya duka dan penyesalan
katanya mereka gila tetapi sebenarnya tidak....
jasadnya di bumi , rohnya di langit
hatinya menjulang antara bintang
YA RAHMAN.......................
hantarkan si jahil ini seorang mursyid
untuk memanjat tangga wara' dan menuju ketinggian zuhud
dan akan hamba perangai kebatilan dengan kefanaan ilmu
bagi menebus dosa2 yang terdahulu
YA KHALIQ.................................
tunjukkan si bodoh ini rawa hikmat
ajarkan,berilah ilmu mengemudi perahu fatanah
izinkanlah hamba berdosa ini menyelami lautan ma'rifah..
kerana sudah terlalu rindu YA RAHMAN.........YA RAHIM........
kerana sudah terlalu rindu untuk pulang
ke daerah asal..
Catat Ulasan