LETS ZIKR EVERY BREATH


I made this widget at MyFlashFetish.com.

EVEN A FISH ZIKR TO AR-RAHIM

1

ABC FOR ALLAH

Posted by momo on 1/30/2009 09:24:00 PG in





ABC Poems





A





is for Allah
Lord of the Universe, who is One,
He made the earth, stars, and sun

He made angels to worship and pray,
He made man from a dab of clay




B




is for Bilal
Bilal is that tall, brave African man,
Islam freed him and gave him iman
Calling the Muslims to come and pray,
Was his duty each night and day


C




is for Children
Black, white, red, yellow, and brown,
Better than the jewels in a crown
Laughing or crying, short or tall,
Allah loves children, one and all


D




is for Du'a
Remembering Allah all nights and days,
By giving Him our thanks and praise
Thank Allah with "Al Hamdulillah"
And praise Him with "Subhanallah

E




is for Earth
With its mountains, rivers, and seas,
Animals, birds, fruits, and trees
They all declare Allah's Might,
Following His laws, wills, and light


F




is for Faith
That which the Muslims call Iman,
Is in the heart of the believing man
Will come from his lip and hand,
Love for Allah pouring out like sand

G




is for Gabriel
An angel created by Allah from light,
His duty is to serve Allah all day and night
To Prophet Muhammad (S) he did appear,
To bring mankind the Holy Qur'an so dear


H




is for Heaven
God's garden of joy, peace, and love,
The home for Muslim's souls above
The path to this heavenly place
Is faith in Allah's guidance and grace


I




is for Islam
A way of life for all of who,
Give to Allah the praise that is due
We worship and pray five times a day,
Because we know it is the best way


J




is for Jesus
Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam,
To his people Allah's word did he carry
By Allah's help he made the sick well,
So people would believe what he had to tell


K




is for Ka'bah
First house of Allah in Makkah was made,
By Ibrahim and Isma'il the stones were laid
Millions of believers from every race,
Come for Hajj tot his extra special place


L




is for Life
A precious gift from Allah to you,
Don't waste it, he knows what you do
Don't chase pleasure or forget Allah,
No matter how little, say "Al-Hamdulillah


M




is for Muhammad
Peace be upon him, Abdullah's son,
From Allah's enemies he did not run
Of all the Prophets he was the last,
Islam his message which we hold fast


N




is for Nuh
Peace be upon him, a Prophet who was very good,
Allah told him to build an ark, fast as he could
Take pairs of animals and the believers-all,
The flood was coming and the waves would be tall!


O




is for Obedience
It is the duty of each Muslim to obey,
The Qur'an and the Sunnah all the way
Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray,
And to your parents do not say, "Nay!"


P




is for Prayer
It is the cornerstone of Muslim life,
And the devil it cuts like a knife
Prayer five times a day is a must,
In Allah you should put your trust


Q




is for Qur'an
A blessing and guide for all of mankind,
In it Allah's message you will find
Of all His messages it is the last,
Perfect for present, future, and past


R




is for Ramadan
For Muslims this blessed month of fasting,
Is to celebrate Allah's love everlasting
All day, no food, nor drink, nor evil deeds,
Pray and read Qur'an, to heaven this leads


S




is for Surah
One hundred and fourteen in the Qur'an,
Read them and trust in Al-Rahman,
Do you know ten of them that you can say?
Knowing them will help you pray


T




is for Tawheed
La ilaaha illallah, Allah is the only one,
There is no partner with Him, nor son
Alla is the answer to all that we need,
Watch your heart and tongue, He knows every deed


U




is for Ummah
The Muslim community which Muhammad (S) found,
The brotherhood of Islam made it sound
Allah's laws in the Qur'an and Sunnah,
Are to help everyone in the Ummah


V




is for Victory
It is the help from Allah to you,
His guidance in everything you do
Work and prayer a Muslim does need,
To celebrate Allah's victory, indeed!


W




is for Wudu'
We must keep our minds and bodies clean,
Because by Allah we are always seen
Whenever you hear the call of athan,
Prepare and come pray as soon as you can


X




is for "Seen" *
X is not easy for us to rhyme,
So we'll not waste much of your time
In higher math X is hard to find,
But Allah's path is clear even to the blind
(* the Arabic letter "seen" stands for the unknown)


Y




is for Yunus
Peace be upon him, a good man in a wicked town,
He ran to the sea and a whale gobbled him down
By the mercy of Allah he was saved to tell,
His people to become good and obey Allah well


Z




is for Zero-sin
It is the way we each begin,
Free from wordly sin
So, don't let yourself forget,
Keep out of the devil's threat!


from:
Dr. Qamar U. Ahmed

0

WANITA SOLEHAH IDAMAN MUJAHID

Posted by momo on 1/29/2009 05:24:00 PTG in






artikel yang menyentuh hati, semoga diri dan sahabat-sahabatku dapat menghayatinya….



Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh….
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah…”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku…pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) ”

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.
(An-Nissa’:34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.


0

SAYONARA MPP SESI 2007/2008

Posted by momo on 1/28/2009 04:04:00 PTG in

Tarikh bersejarah dalam bulan 1 tahun ini iaitu pada 15.1.2009, hari mempangkah calon2 MPP sesi 2009 telah diadakan di fakulti masing-masing...urm semasa 14-10 -2008 lagi MPP telah dibubarkan..so kami yang masih tinggal ni tetap menjadi pemangku MPP..abang razak jadi YDP mpp sementara...aku masih jwtn yg sama ..yang x menjadi pemangku atas dasar dah abis sem dan praktikal tahun ini adalah kak ummi,abg yazid,kak ija,ika ,qaiyum,elly,dan yg dah lama menghilangkan diri abg lutfi yg mendapat 4 flat semester lepas..congrats..

memang dalam sejarah kami menjadi MPP tahun lepas..yela memang dah bubar awal pun tapi dah jadi pemangku pun sama gak..memang lama..selalunya jadi MPP setahun je...tapi memang banyak hikmahnya...aku dapat gak jadi Orientation Community(oc) pada sem baru ini atas dasar aku adalah MPP..he3 best..tapi nanti aku story kat teman2 pengalaman aku jadi OC 4 semester berturut-turut..

dalam menjadi wakil pelajar..memang banyak mehnah dan tribulasi yang aku hadapi bersama MPP yang lain..paling sukar bila meeting ,esoknya nak exam..dasyat2 bagi yg pernah mengalaminya..x cukup masa,tertekan tengok kawan2 sebilik baca buku..kita dok bersidang dlm bilik meeting tu..tapi inilah yang selalu YDP kita org cakapkan..Kita ni kana hidup lain sikit dari pelajar biasa..Ya memang betul,tapi kami ni student nak study gak..kadang2 geram ada ,berselisih faham ada, termengumpat ada,termasam muka ada n macam2 lagi problem terjadi antara kami...hu3 memang menakutkan jadi MPP ni..tapi ini semua dah jadi kenangan n pengalaman..

pernah gak terfikir nak letak jawatan,pasal result jatuh tetapi selalu semangat aku dikukuhkan oleh sahabat aku NYDP ,ika ..aku rasa lebih kuat bila bersama dia..memang kami pernah bergaduh..coz aku ni nakal selalu usik2 dia..so sampai dia terkeluar statement .."ko ni main-main cubit muka aku macam aku anak anjing" dia cakap masa sesi luahan hati ..memang agaknya dia marah kot..hu3,aku terasa dengan apa dia cakap..terus bergaduh..ni semua salah aku..jahil..sepatutnya aku kena jaga hati sahabat..maafkan aku ika...lama gak aku x sentuh dia..he3 tapi sekarang kami makin rapat..lebih2 lagi dia praktikal n aku masih pegang jawatan MPP,memang terasa ketiadaannya..ika memang pandai..baru2 ni dapat dean's list..tahniah..so x leh kata terlalu aktif xleh cemerlang dalam pelajaran..dia selalu mengajar aku speaking...tapi dia xde nih aku nak speaking dgn sapa...hu3..dah lah sem ni amik MUET..

tapi yang paling best , kami dalam meeting pun ada sesi penberian tazkirah..sesi luahan hati..aku pun pernah kena marah dgn abang yazid pasal aku miss ponteng meeting dengan persatuan lain..depa kata aku tresurer amat diperlukan dlm meeting masa tu.sekali je kot.aku ada hal yg lebih penting.tapi memang dia cakap aku ni memalukan..hu3 susahkan jadi MPP ..x semua orang boleh memahami kita...tapi memang time ika kena dgn yazid lagi best..he3..hanya ika je tau..muka ko ketat ****..tapi memang bagus..ianya mengajar kami ..xlah kami nak mengutuk mpp lain kat luar..kira abis kat situ je..

Actually rakan2 se MPP lain gak bagus2 ..banyak yang kami kongsi bersama...maklumlah mpp lelaki cuma 4 orang je...so MPP masa kami pegang lebih feminine..tapi mantap je..sebenarnya aku citer ni...memang best,susah dan apa2 thah..cuma aku tetap teruskan kerana aku telah dipilih oleh Allah kedalam MPP ini ada tujuan lain,bukanlah kolej,sijil,elaun topup dan sebagainya kelebihan yg kami dapat adalah tujuan utama tetapi nilai Dakwah itu sendiri..kuasa..ya kuasa..

seperti kita selalu dengar hadis

'jika kamu nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan lisan dan jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hati ,sesungguhnya itulah selemah-lemah iman"

Proksi MPP amatlah besar nilainya didalam sesebuah kampus,tengoklah UM,UIAM,USM dan lain2 ..mereka amat menghargai jika dapat sesuatu kemenangan ...so aku kenalah hargainya kerana ini adalah tempat aku merancakkan kegiatan dakwah kepada semua pelajar di tempatku belajar..mungkin x menyeluruh tapi aku buat yang termampu..kami di sini hanya ada aspirasi je..he2..so x semuanya faham apa nilai islam yang sebenarnya..so adanya kami dapatlah membataskan pemikiran yang sekular..urm nak buat fesyen show..hah karaoke..ish jgn boss..x baik..nanti x semua boleh joint..apa kata kita wat forum.available for all..x baik diskriminasi yang pakai baju sopan2 tuh..he2 ..dapat gak akhirnya walaupun dibantah yg lain...Alhamdulillah.. Allah yang selalu menangkan kita...tu je kot ..yang penting dah lepas pun tanggungjawab as MPP..bukan senang tau.

teringat masa aku nak hantar borang pencalonan MPP .ada seorang guy yang agak islamic..aku tanya..arif x nak jadi MPP ke kamu kan ada kredibiliti..dia cakap.."x nak lah nanti sebelah kaki masuk neraka ,sebelah kaki masuk syurga" ...takutnya ayat yang dia cakap..tapi nak tunggu sampai bile? untuk kita laksanakan..kalau aku x masuk mesti org yg berpemikiran pak turut ni masuk..kan lagi teruk kampus...sekarang ni pun dah ada kelab mak nyah, pengkid, gay,lesbian,couple2 dan sebagainya..bila lagi nak banteras..Nauzubillah..

berkaitan kepimpinan pulak..saya ada joint kuliyyah maghrib kat kuantan, ustaz bercerita tentang kisah saidina umar yang baru dilantik menjadi khalifah..
s.umar: wahai kaum muslimin , jika aku melakukan kebaikan ,maka bantulah aku bersama-sama menegakkan kalam Allah ..tapi jika aku melakukan kesalahan jangan lah kalian berdiam diri atau takut untuk menegur aku..

seorang sahabat: bangun sambil menunjukkan pedangnya..wahai amirul mukminin,jika aku nampak kamu melakukan kemungkaran sewaktu engkau melakukan aku tidak teragak-agak menegur engkau dengan mata pedang ini.

s. umar: Alhamdulillah..dengan tenang dia menjawab..aku bersyukur bahawa rakyat aku berani untuk menegakkan kebenaran..

aku terkedu mendengar cerita ustaz itu..lupa namanya..dtg lambat sikit..Ya Allah begitu hebat hambamu yang mendapat tarbiyyah dari rasulMu sendiri..walaupun digelar singa Allah..tetapi ada rakyatnya yg berani berhadapan dengan beliau kerana sikapnya yang open minded..dia tahu teguran itu semuanya kerana Allah..

berbalik pada zaman sekarang adakah semua pemimpin macam itu..sangupkah mereka menerima teguran macam itu..biarlah pemimpin bukan islam macam mana pun..yang paling penting pemimpin islam sekarang ini..macam mana?? adakah jika ditegur sedemikian rupa..pengawal tangkap dia...masukkan dalam penjara di kemunting..kalau pelajar menegur ..tangkap dia..buang dari u..senarai hitamkan nama mereka..biar mereka dapat tingkatkan kadar pengangguran..adakah ini yang akan terjadi wahai pemimpin pilihan Allah...di mana hak pengguna, hak mahasiswa , rakyat jika tidak mendapat peluang untuk bersuara...tepuk dada tanya iman...

sampai bila kita nak merubah diri kita jika x mampu untuk menerima tarbiyyah dari orang lain,bagaimana dengan orang yang akan dipimpin oleh kita kelak jika x mahu menerima apa2 teguran...wahai sahabat , RASULULLAH pun menerima pendapat orang lain...bagaimana rasulllah menerima pendapat salman al-farisi ketika memberikan cadangan untuk menggali parit ketika perang khandak ...bukankah seorang rasul itu mendapat petunjuk terus dari Allah , kenapa nabi tetap terima...inilah dia contoh tauladan yang RAsulullah nak terapkan dalam diri setiap umatnya...wallahualam..moga2 kita mengambil iktibar...

Ya Allah terimalah apa yang aku dah kerjakan , mudah- mudahan sahabat2 yang berjuang di kampus ini , u lain dan mana2 lagi daie ilallah sentiasa tabah dalam perjuangan ..moga success selalu..amin

buat MPP baru sesi 2009 aku ucapkan salam tahniah dan takziah...moga2 redha dengan apa yang Allah berikan...penuhilah janji2 kamu masa berkempen.senyum sokmo.



0

NIKMAT DAN REDHA

Posted by momo on 1/28/2009 12:03:00 PTG in


Saidina Ali R.A


JIKA ENGKAU PERLUKAN NIKMAT DUNIA,CUKUPLAH ISLAM SEBAGAI NIKMAT UNTUKMU.JIKA ENGKAU INGIN MENJADI ASYIK ,CUKUPLAH KETAATAN ITU SEBAGAI KEASYIKANMU DAN JIKA ENGKAU MAHU PENGAJARAN , MAKA CUKUPLAH MAUT ITU SEBAGAI PENGAJARANMU........


Abdullah bin Mas'ud
TUNAIKANLAH APA YANG DIWAJIBKAN ALLAH KEATASMU , MAKA ENGKAU AKAN JADI ORANG YANG PALING HEBAT IBADAHNYA.JAUHILAH LARANGAN-LARANGAN ALLAH,MAKA ENGKAU AKAN MENJADI ORANG YANG PALING ZUHUD.TERIMALAH DENGAN SENANG APA YANG TELAH DIBAHAGIKAN OLEH ALLAH UNTUKMU,MAKA ENGKAU AKAN MENJADI ORANG YANG PALING KAYA....

Ahli Falsafah Islam
ORANG YANG TAMAK ITU FAKIR , SEKALIPUN DUNIA ITU MILIKNYA
DAN ORANG YANG TAAT MESTI DIPATUHI , WALAUPUN DIA SEORANG HAMBA
DAN ORANG YANG TIDAK TAMAK ADALAH KAYA , SEKALIPUN DIA LAPAR....




0

MUNAJAT

Posted by momo on 1/28/2009 10:58:00 PG in


YA RAHIM.................



Hamba ini terlalu banyak menanam pohon kesalahan

dan fakir ini tahu buahnya azab di negeri yang kekal

berpesan ya Si Arif Billah agar sirami dengan air taubat

biar buahnya duka dan penyesalan

katanya mereka gila tetapi sebenarnya tidak....

jasadnya di bumi , rohnya di langit

hatinya menjulang antara bintang




YA RAHMAN.......................


hantarkan si jahil ini seorang mursyid

untuk memanjat tangga wara' dan menuju ketinggian zuhud

dan akan hamba perangai kebatilan dengan kefanaan ilmu

bagi menebus dosa2 yang terdahulu




YA KHALIQ.................................


tunjukkan si bodoh ini rawa hikmat

ajarkan,berilah ilmu mengemudi perahu fatanah

izinkanlah hamba berdosa ini menyelami lautan ma'rifah..

kerana sudah terlalu rindu YA RAHMAN.........YA RAHIM........

kerana sudah terlalu rindu untuk pulang

ke daerah asal..



0

PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK..

Posted by momo on 1/28/2009 09:55:00 PG in
Manusia merancang,Allah Merancang dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH...Subahanallah..

biasa kan mendengar ayat ni..sebagai manusia memang banyak perancangan yang kita dah buat di dalam hidup ini..sampaikan perancangan hari tua pun dah disusun cantik..bukan mudah nak buat sesuatu plan..kena ada stategi, pemikiran yang mantap,baget,dan sebagainya...kita semua mengharapkan apa yg kita plan akan jadi kenyataan..Lebih2 lagi bila kita ni menjadi seorang ketua ataupun pemimpin,memang bukan senang...Anak2 buah tentunya mengharapkan kita buat yang terbaik...hasilnya tentulah nak yang terbaik..

SEDARKAH ANDA..bahawa perancangan kita sebenarnya tidaklah sebaik mana...Allah lah yang terhebat..
tetapi mengapa kita selalu lupakan Dia..bila apa yang kita harapkan tidak menjadi..rosak teruk.barulah kita ingt pada Allah..selalunya bila kita x dpt apa yang kita harapkan kita akan mula marah,salah kan keadaan, "Bangau Membangau",dan sebagainya..tapi jarang yang salahkan diri sendiri..

Aku selalu juga hadapi masalah macam ini,kadang2 sampai lupa pada Pencipta,terlalu taksub pada dunia..bila dapat kejayaan aku gembira..x bersyukur pada nikmat yang diberi...bila Allah tarik balik baru ingat pada dia..
Bagi pelajar macam aku , tentulah kejayaan dari segi akademik yang menjadi idaman buat kita kan..kononnya nak jadi contoh buat sahabat2 lain..kalau boleh nak anugerah dekan every sem..terus dpt ANC...ni semua tentunya idaman kita...aku pun pernah dapat dean's list ...so pointer agak ok..tapi sejak akhir2 ni result aku makin jatuh...dah x pernah lagi dapat dean's list...

salah siapa ....salah company,program banyak sangat,family,diri.....of course diri kita sendiri..aku pernah tanya seorang sahabat..urm "akak saya dah penat lah kak asyik aktif je dlm dakwah ni,tgklah result makin jatuh,,saya xnaklah pasal result saya jadi fitnah pada islam"..dik ..bukan salah kerja dakwah yang kamu lakukan ,tetapi ini adalah ujian dari Allah buat semua Hambanya...cuba cari hikmah disebalik kejadian yang menimpa diri kamu...carilah dik..mungkin kamu makin jauh dariNYA..so bila kita lupakan DIA , Dia akan lupakan kita juga akhirnya...memang akademik no 1 tapi dakwah bukan no 2...ingat tu..

MAKIN JAUH DARINYA...urm yelah..aku solat malam pun jarang.hu3 ,susahnya nak bangun malam ..tido pun dah lambat..meting paling awal pun kol 11.30p.m,nak study gak sikit...tapi memang pun dalam study tu pun aku ada gak berborak,,,konon nak hilang bosan,bukak friendster,YM konon nak tau perkembangan orang lain..tapi x nak amik kesah fiq awlawiyatnye mana...study...

"jika kamu ingin kan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu."

ayat yang best..mungkin result aku jatuh untuk Allah mengajar aku untuk menghargai,dan bersyukur tentang sebuah kejayaan..ada perangai aku yang susah nak ubah masa dapat reslt bagus dulu adalah...selalu tanya result orang lain..dengan niat yang kawan kita akan tanya kita balik..memang jahat aku ketika itu..ni dah macam perangai syaitan...tapi Ya Allah aku x sedar pun yang ini sesuatu perkara yg x baik..riak,takbur...Allah benci niat yg x baik...maafkan aku YA Allah..aku jahil...memang selepas dapat ujian ini aku dah banyak berubah..pengalaman yang mengajar erti sebuah kehidupan...aku lebih banyak berfikir.

terima kasih kak atas nasihat,Alhamdulillah saya sudah semakin memahami erti sebuah perjuangan ..cuba kita hayati perjuangan -perjuangan dahulu ..urm hebatkan...

Al-Mujadalah: 11
'Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan darjat orang-orang yang yang diberi ilmu pengetahuan itu dengan beberapa darjat'.



jika di Malaysia ini yang kita hidup dalam aman untuk belajar , bagaimana saudara seislam kita di palestin,africa,selatan thailand dan lain2 negara yg ditindas..mereka masih lagi boleh melahirkan orang yang cerdik pandai ,walaupun nak belajar pun ..bom meletup sana sini..so memang salah saya pun ..mana2 sahabat yang dah jatuh result ..tolonglah jgn jadi macam saya sebelum ini asyik salahkan dakwah je...InsyaAllah saya dah improve...

Saya cuba azamkan pada diri untuk lebih dekatkan diri pada Allah,banyakkan berzikir,baca Al-Quran,solat malam...perbanyakkan yang makruf, sikitkan yang mungkar..Doakan diri ini sentiasa istiqamah dalam perjuangan...lebih banyak ilmu di dada...supaya x ditindas.. maafkan jika coretan ini mengguris sesiapa yang membaca..moga2 ini diambil sebagai pengajaran buat sahabat2...

wallahualam

penuh pengajaran buat diri ini..

KHADIJAH

0

EKSPEDISI BERKAYAK

Posted by momo on 1/23/2009 12:42:00 PG in
Bestnyer nak pegi lagi je rasa....ADVENTURE TU!!.........................




tarikh bersejarah dalam hidup aku bila dapat joint expedisi berkayak di Tasik Raban , Lenggong Perak pada 16 dan 17 -1-2009..sebenarnya dah lama mengidamkan nak joint unit kesatria,maknanya bersama dengan budak2 komander yg tuff-tuff..cuma masa x mengizinkan..aku patut berterima kasih pada encik zam coz ajak aku joint kayaking ni..bukan senang nak joint,tempat terhad...




Selepas prk yang membanggakan dimana adik usrah aku dilantik jadi S/U,dan 2 org min salah seorgnya jadi tresurer n exco kerohanian..InsyaAllah YDP yg baru ini bagus orangnya..aku terus bersiap2 bertolak dari kampus kol 5.30 ptg hari jumaat..wah satu bus gak yg joint ..kebanyakannya student n the rest staff.so sampai ke chalet tu dalam kol 8 mlm..kami solat dulu,makan nasi dengan ikan bakar..memang lazat n ada taklimat berkayak..x sabar rasanya nak berkayak esok pagi..aku bermonolog..





Sebenarnya aku dalam dilema sebelum nak pg berkayak ni coz akak aku ajak joint Daurah kat kuantan..difikir punya fikir aku pilih berkayak jugak.. ada sebab tertentu yg x leh nak cite..ha! jgn buruk sangka ..aku pun belajar fiq aulawiyat..malam tu aku n kak fatihah duk sebilik dgn staff 2 orang ..kami ni special sikit dpt stay dgn staff ...baik betul layanan en zam pada saya ni..maybe MPP kot..he3..


dalam byk2 progrm bulan kualiti yg berlansung pada tarikh 17 hb ni Pengarah Kampus memilih tok rasmikan aktiviti berkayak ni tapi x dpt joint berkayak coz kakinya sakit..




Tepat jam 7.00 pagi,kami berkumpul untuk senaman warm up..then belajar cara2 nak berkayak dgn betul..he2 byk betul kami bergambar time tu...tibalah masanya kami memilih partner..Ya Allah kami kena pilih partner lelaki dengan pompuan...NI yg wat aku rasa nak balik ni..tapi nak wat camne..aku sorang jelah yg nak bantah..alasan mereka nanti x sampai kalau pompuan dgn pompuan..dia kena ada yg kuat dgn lemah baru secocok..waaaaa...nak tak,nak aku kena gaklah...pastu duk depan plak tu..belakang aku en zam..lajunya dia kayak..aku lembap kot..cepat je dah letih..mana x nye 12 kilometer sambil melawan arus sg perak yg x lah deras..kalau deras x terlawan kot..ni hanya tempat2 je yg ada aliran sg perak kat tasik raban ni..




so stat lah aku berkayak..masuk 3 kampung..kampung first terkenal dgn ikan pekasamnya..aku beli kot untuk bwk blik kat umah..kenangan ..then teruskan perjalanan berhenti plak ke kg kedua..teruskan lagi ,,adus penatnya ,panas..dpt topi,pakai sun block pun masih panas ...org belakang pun bertukar kpd en azman..kelakar kan main tukar2 plak...ada je staff yg ikut naik bot ,DR kamid pun ikut gak, yelah takut ada yg tenggelam,cedera ke..dalam tau ..50 meter pling dlm..lagipun ini tasik tertua di asia tenggara.bangga x dpt joint progrm ni...




Akhirnya after penat..dah makan,rehat kat satu pulau kecil..ramai yg turun ke tasik ..kat tepi2 jelah pakai jaket keselamatan la...aku x ikut serta..tau x memang teruk macam pesta maksiat plak aku rasa..sedih tgk depa berenang ,then sengaja saling tolak2 ,so terjadilah persentuhan di antara lelaki dan perempuan ..tapi aku sorang je yg rasa benda ni mcm salah ..yg lain sibuk wat hal sendiri..nak tegur aku sorang je yg bertudung labuh..Ya Allah ..dlm group yg main air tu ada gak beberapa org adik usrah sahabat2 ana..penting ni aku dtg..leh observe depa..
satu tempat berehat yang mengingatkan aku...di jeti kampung kedua..aku x dpt nak naik coz bergoyang kayak ...so jurulatih hulurkan tangan untuk tolong aku...konon nak tolong ...heh ! dasar lelaki...aku terus cakap ,xpa2 its ok ...aku cuba gak ..akhirnya berkat kesabaran dapat gak naik ke jeti...inilah antara cabaran yg teman2 kena hadapi...persentuhan antara lelaki dan perempuan??doakanlah kita mudah menjaga nilai2 kewanitaan...dalam mengelak fitnah wanita dan maruah kita...



abis berkayak kol 3.30 p.m..memang penat sgt ..dah nak sampai kami x larat berpaut pada bot n depa tarik sampai chalet...he3 mmg betul x larat...so abislah progrm berkayak ni..kol 4.30 p.m kami bertolak balik..fuh dalam bus semua tertido...penat sih!




Sebenarnya aku joint program ni juga nak buktikan yg kita ni berdakwah di semua tempat..jika aku x mampu nak menghalang pencampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sekurang2 nya dgn imej ISLAM ini dapat juga memberi sedikit impak pada mereka..meraka agak menghormati aku...lebih2 aku mantan MPP,OC ,ramai lah yg kenal aku...kakak fasi mereka kot..so depa sedikit sebanyak ikutlah juga cakap aku...berjemaah dgn staff..




seperti mana yang kita biasa dengar "ALLAH X AKAN TANYA HASIL DAKWAH KAMU, TETAPI ALLAH AKAN TANYA APA YANG KAMU PERBUAT"...so seperti mana sirah nabi IBRAHIM yang mana burung pipit cuba membantu untuk memadamkan api walaupun dia tahu x byk yg dpt dicurahkan air itu ke dlm api...dia tetap berusaha...SEJAUH MANAKAH USAHA KITA YA SAHABAT DALAM SEBARKAN DAKWAH ALLAH INI? 'tepuk dada tanya iman!!!...



Ya Rahman...memang sukar nak jaga iman ini..aku ni jenis yg kuat terpengaruh pada keadaan...memang rasa bersalah juga datang program ini..tapi bila lagi nak dtg progrm macam ini...Aku sorang je ...yg pakai tudung labuh...en zam pernah kata dulu pernahlah ada seorg lagi labuh tudungnya ..joint je kayak..memang susah nak menjaga tapi kalau kita yakin InsyaAllah boleh...Kalau ramai yg sefikrah joint progrm ni tentu dapat mengurangkan maksiat...tapi aku sorang...mana yang lain,,aku selalu je ajak adik2 ni n sahabat seusia supaya joint progrm berkayak ,camping, jadi mpp,sekretariat mpp,ajk kolej n sebagainya tapi depa syik beri mcm2 alasan..KENAPA nak dakwah pada org2 sefikrah je ke?




mengambil kata2 Brother SHAH KIRIT tentang kita wajib berdakwah pada bukan islam sepatutnya dan pada masa sama islah sesama islam...


x igt ke pada AS-Syahid Imam HASSAN AL-BANNA pun berdakwah kat disko , kedai2 makan,surau n berbagai tenpat yg ramai org yg x paham islam sebenarnya...tapi ramai yang memilih di pusat islam je...paling best pun beriadah di padang ..itupun dgn adik usrah sendiri...Marilah Ya ukhti,akhi,,jgn asyik berdiam diri...Think ahead..memang nampak suatu progrm tu agak teruk..urm mesti sosial punya bila joint.... tapi bila kita ramai mereka pasti akan tunduk pada ISLAM akhirnya...bagus,bykkanlah aktiviti pusat islam tapi pada masa sama jointlah progrm anak angkat"rakan muda",ke, kayak,panjat gunung,lawatan industri,sukan ke,orientation comunity ke...or yg selain unsur keagamaan jointlah...coz bila kita ramai kita pasti cemerlang dlm dakwah di sana..insyaALLAH ...Jangan asyik nak blame org nak joint progrm macam ini ...kononnya mesti jadi sosial punya..jika kita yakin ALLAH pasti bantu..jika saya sorang je macammana nak berdakwah pada mereka secara meluas...




YA ALLAH bantulah hambaMu ini untuk terus bergiat cemerlang dalam penyebaran dakwahMu dengan bantuan sahabat2 yang istiqamah dalam perjuangan...ISLAM PASTI AKAN TERTEGAK DI BUMIMU JUA...amin yA ALLAH ,AMIN YA ALLAH.....Moga2 cita ini akan menjadi iktibar pada sahabat yg membaca ...jangan marah jika ana tersilap tulis ...cuma ini sedikit luahan kekesalan tentang dosa dan dalam proses membina semangat kaum muslimin dan muslimat untuk teruskan perjuangan.... memang ujian Allah itu berat tapi bukankah Allah dah kata pada kita ...




'ADAKAH KAMU MERASA SUDAH BERIMAN SEDANGKAN KAMU BELUM DI UJI'

surah Al-ankabut : 2

sepotong lagu :
berjuang memang pahit...,kerana syurga itu manis..

bukannya jalan dakwah itu hamparan karpet merah tetapi hamparan yang berduri..
sebagaimana perginya Syed Qutb di atas tali gantung..
bagaimana pula sayap perjuangan kiri Zainab Al-ghazali yang disiksa di penjara melebihi beratnya siksa ke atas seorang muslimin...kenapa ya mereka nak semua itu ..x penat ke??? kenapa ye??? jawapannya mudah sahaja "kerana SUNNATULLAH..Dan nak berehat di JANNAH selama-lamanya.."



Ya ALLAH jika ujian sekecil ini aku x sangup macammanalah jika lebih berat kau timpakan pada aku...moga2 aku sentiasa sabar dalam ujian MU YA RABB....AMIN ....




ikhlas,


SUMARU YANG HARU



0

"ANUGERAH KEPIMPINAN SISWI CEMERLANG"

Posted by momo on 1/22/2009 05:21:00 PTG in


ISNIN 12 PM
p:Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Siti Khadijah
A: wslm, ye saya , nape ?
p: Tahniah awak dapat Anugerah kepimpinan siswi cemerlang 2008 ..khamis ni datang ke DSI masa majlis penutupan bulan kualiti..
A: Alhamdulillah.ok terima kasih kak..

Ya Allah akhirnya permohonan hambaMu ini kau kabulkan seperti firmanMU

" BERDOALAH , AKAN AKU PERKENANKAN " ...

Pada saat2 akhir aku mengisi borang dengan bersaing dengan banyak pelajar dari fakulti lain..sambil dibantu oleh adik usrah aku Najla dan Azizah..depa tolong sampai lewat malam untuk tulis program apa yang aku involve..4 muka lah juga..nak tulis tulisan buruk so aku lantiklah setiausaha..TQ dik..nanti akak belanja ek..


Aku menulis ini bukan kerana apa cuma betapa gembira dan bersyukurnya aku kepada Allah kerana akhirnya ada juga wakil dari budak2 IMAD mcm PMI setelah 4 tahun tiada wakil.sebelum ini kak siti Munawirrah..so aku menaiki pentas dengan membawa imej ISLAM dan dapat buktikan kami ini boleh kecap kejayaan..SYUKUR YA ALLAH..moga dengan kemenangan aku ini menjadi contoh pada generasi mujahid-mujahidah @ adik2 yang sefikrah dan tidak menjadikan imej yang dipegang mereka sebagai alasan untuk tidak bergiat aktif dalam kampus..

selalunya anugerah ini hanya dmonopoli oleh orang2 yang bergiat aktif dalam sukan,kesenian,lakonan,tarian,nyayian dan sebagainya serta aktif handle program kot...aku rasa aku dapat mesti handle program..he3..paling penting rezeki..Syukur..coz best gak hadiah dia..aku lebih suka pada sijil dia kot..maybe senang nak cari keje dalam kegawatan ekonomi sekarang ni..

Anugerah ini juga dapat menutup segala fitnah terhadap aku..Ye la aku busy dengan kerja company, sebagai pimpinan , pelajar ,anak ,daie',MPP dan sebagainya menyebabkan result aku jatuh ..3 keatas ,cuma x dpt dean' list..so my family asyik cakap "jangan aktif sangat"..aku pun jawab yelah..Ya Allah ,mak,abah,along,alang,dikda tolonglah faham..Ini kerja yang wajib aku laksanakan..kalau tidak aku siapa lagi..lebih2 lagi dakwah ini..

Aku paling takut bila orang tanya wat apa pegi Dsi , bukan x nak bagitau mereka tapi aku takut timbul perasaan yang boleh menarik aku ke neraka..jadi aku jawab dijemput hadir..bila tanya lagi baru aku cakap yg sebenarnya..malam khamis aku dipanggil meting di pusat islam.adalah juga mpp baru dalam meting tu.So aku tanya ada ke sesiapa yang pegi majlis bulan kualiti tu..then RAEDI ckp kami MT je yg pegi..the tiba2 abg Razak tnya cat pegi ke ,aku cakap ye..dia terus kata oh mesti ko dapat anugerah khas pengarah kampus..aku terus cakap mana ada ..x layak ..aku dpt anugerah ini je..org yg dlm meting x tau terus tau..anugerah apa kak cat yg lain tanya ..ish ..anugerah kepimpinan siswi cemerlang je..tapi memang perasaan aku agak berbangga..

Khamis pagi..


sekarang Di umumkan Anugerah Khas pengarah kampus ...Abdul Razak..YA Allah abg Razak ke..memang nak kena ni..aku terus ckp pada dia... eleh! rupa-rupanya dia yg dapat..tapi sungguh, memang dia x tau , dia cuma dijemput hadir ..rupa-rupanya dia dapat anugerah tu...satu je aku nak puji dia ,sikapnya merendah diri,x de perasaan bangga pun pada muka dia..padahal dia dapat anugerah yg agak berprestij jugak.tahniah pada dia..


InsyaAllah saya akan cuba mengawal diri dari bersikap riak..Ya Allah jauihilah aku dan semua umat islam dari sifat2 mazmumah dan riak..ALHAMDULILLAH YA RAHMAN ,aku masih diberi kesempatan untuk menaip blog ini..mudah-mudahan menjadi iktibar buat teman2 dan paling penting pada diri saya sendiri....wassalam







STRIVE FOR ISLAM
-SUMEREI-




0

MUET REGISTERATION

Posted by momo on 1/21/2009 12:30:00 PG in



KRING!!!,tepat kol 6.10 a.m aku dikejutkan oleh bunyi yg paling aku menyampah selain bunyi bising org pompuan menyanyi di pentas..Alhamadulillah bangun gak aku,syukur Ya Allah aku masih diberi nafas untuk terus hidup dimuka bumiMU..terukkan bgn lambat,he3 malam tu x qiam,coz tido lmbt..sabtu joint progrm berkayak sejauh 13 k.m ..memang penat,malamnya meeting bersama Mpp baru..kalau org lain aku tanya memang balik tu terus pengsan atas katil..
terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang diberi..
After subuh kami terus bersiap ke pejabat pentadbiran.dahlah aku terlepas masa ari jumaat aritu untuk berebut amik borang MUET,kali ini aku pasti dptnye..InsyaAllah..ni plan je lah..
So pagi isnin 19 .1 tu aku dgn syam"romate" dgn cuaca masih gelap dan bunyi katak masih mengatak-ngatak.jam loceng kat kolej berdering2..... kami ke pejabat pentadbiran..
'YA ALLAH , RAMAINYA ORANG' ,aku ckp agak kuat,,memang ramai ..nearly 300 people sedang beratur depan pejabat tu..nak tau ada yg datang n beratur dari kol 4.45 pagi..aku tanya solat katne ,depa kata kat foyer library..bukan solat subuh je boleh tapi qiam pon sodap nih!.

urm makin masa nak menjelang kol 7.30 makin bertambah orang nak amik muet,opis bukak 7.30,so memang penatlah,lapar,bersesak2.
bila pak guard nak bukak pintu,semua bersesak ke depan pintu,sampai ada yg terhenyak ke pintu,ada yg menjerit:HOI BERATURLAH,JGN POTING Q"AKU DTG B4 SUBUH TAU",tapi kata2 dia ibarat mencurah air kedaun keladi..aku pun terpaksa bergerak ke pintu,coz takut abis borang..kalau dirakamkan memang macam demonstrasi MUET plak..he3

7.30 a.m ,pintu dibuka dgn keciknya oleh guard ,aku memegang erat syam agar dia x terlepas..sebab memang susah..tapi syukur akhirnya kami antara org terawal masuk ke dalam opis untuk amik borang..Maha Suci Allah,kami agak2 memang x dpt sebab terhad pada 130 borang je..tapi dapat >Perancangan Allah Paling best..

So x taulah camne dgn org2 yg datang awal pagi dapat ke x? Wallahualam,,InsyaAllah kamu akan dapat balasan baik nanti...kalau meninggal masa kana rempuh untuk amik borang Muet tu agak2 dapat pahala syahid x?wallahualam..pikir2 lah sendiri...

aku harap2 semuanya dapat band yg bagus ..he2 kalau ada band 7 pun aku nak...nak wat camne sampai band 6 je...doakan ye kami dapat cemerlang..tapi memang inilah antara jihad dalam menuntut ilmu..baru je amik borang,blom nak examnye...he ngeri plak..

0

AHLAN WASAHLAN ke dalam blog saya...

Posted by momo on 1/18/2009 11:41:00 PTG in
Alhamdulillah..Syukur Ya Allah,,18.1.2009,ahad 10.45pm.Tarikh bersejarah aku dapat gak wat blog yang x seberapa ni


memang macam2 kerenah ..wireless x kuat lah,busy nak siapkan assignment ,roomate pun byk x siap lagi sibuk2 tanya soalan apa nak disiapkan..dia pun busy gak..tapi syukur berkat keazaman dapat gak kusiapkan,sambil dengar radio Ikim..




memang dah lama nak wat blog sendiri after tgk blog sahabat2 lain..tapi x tau nak wat,isk2 xde sapa nak ajar..tapi akhirnya,aku cuba2 gak,rupa-rupanya kacang je..

Actually ada je ramai friend yang suruh aku wat blog ,,aku cakap InsyaAllah aku cuba,,nah da siap pun,ha jgn x singgah plak blog saya.

Teringin gak nak share pengalaman hidup sebagai pelajar,anak,kakak,adik,daie, dan hambaNya..




So pada sesiapa yang nak komen..Tafaddal..ana masih belajar mengarang...

FOR MY BELOVED ABAH N MAK

TO THINK FUTHER

BUAT KUNTUMAN BUNGA DUNIA

Copyright © 2009 TOWARD ISLAMIC GENERATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.